Tajuk: Masihkah ada Bahgia? (sesuai tak?)
Keheningan pagi yang indah, dengan terikan matahari memancarkan kilaun serinya. Hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. membuatkan suasana Nampak begitu tenang. Terlihat akan anak-anak kecil yang sedang bermain bersama rakan-rakannya. Lucu betul telatah mereka. Terpancar wajah keriangan pada anak-anak itu. Menanglah.. kerana mereka masih kecil. Masih tidak mengerti akan kehidupan yang sebenar. Jika mereka tahu pasti mereka tidak meminta untuk dilahirkan. Namun semua itu bukan persoalannya. Kehidupan didunia ini adalah ketentuannya.dan kita hanya hamba yang melaksanakan perintah dan juga arahannya.
Aku yang dari tadi mengelamun memandang dari tirai jendela, bangkit menuju ke meja solekku. Aku memandang tajam kearah wajahku. Melihat akan parut lama yang masih berbekas membuatkan aku teringat akan kisah silamku. Seribu penyesalan, kesedihan, ketakutan sering bermain difikiran. Tak mungkin aku dapat melupakan segalanya.. Tak mungkin aku bisa menghapuskan kisah yang sering menghantui kehidupanku. Tak mungkin aku bisa melupakan peristiwa yang merobek seluruh kebahagiaanku,seluruh kehidupanku. Lantas aku menjadi benci melihat wajahku. Andai bisa waktu diundur, aku rela tidak dilahirkan disini dari menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan dunia ini. Ya Allah, berat benar dugaan MU pada hambamu ini. Sesungguhnya aku ini hamba yang lemah, yang hanya mampu berserah padaMu. Aku redha dengan ketentuan yang kau berikan padaku.
Assalamualaikum…..Assalamualaikum…Kedengaran suara sayup orang memberi salam. Aku tersedar dari lamunan lantas menjengah dari jendela.. Waalaikumsalam.aku menyahut salam sambil melemparkan senyuman walaupun senyuman itu tidak semanis dahulu. “Kak Ani masuklah. Ingatkan sapa tadi” kataku sambil menyambut huluran tangan Kak Ani yang sudah kuanggap sebagai kakakku sendiri. “ Lambat jawab salam. Nie mesti kes mengelamun nie” Tanya kak ani sambil mencuit pipiku. “ Tak adelah kak.. Saya dalam bilik tadi” aku cuba menyembunyikan walaupun memang benar kata kak ani.
“Ayu free tak harinie? Akak ingat nak ajak Ayu keluar. Nak tak” Tanya kak ani. Aku hanya diam sambil befikir. Melihatkan keningku berkerut kak Ani terus menepuk belakangku. “ha.. mengelamun lagi” aku tersentak.. “eh,,eh.. tak adelah..” Aku tersenyum. “ Ayu sejak ayu datang sini akak jarang tengok Ayu keluar. Habis kerja duk rumah. Cuti pun duduk rumah. Sesekali kenelah keluar hirup udara segar” kata kak ani sambil memegang erat tanganku. Aku tak ingat bila kali terakhir aku keluar berjalan-jalan. Bagi aku semua itu sudah tiada makna lagi. Amat sukar untukku mengembalikan semua keindahan dan keceriaanku semula selepas semuanya musnah. Biarlah.
Kak Ani masih merayu pada ku. Akhirnya aku bersetuju demi tidak menghampakan kak Ani yang telah banyak membantuku selama ini. Walaupun dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada hidupku. Lantaran aku membawa diri jauh dari semuanya Aku terus bersiap.
“Kita nak kemana kak?” Tanya ku tatkala kereta produa viva yang kupandu meninggalkan perkarangan rumahku. Rumah ehsan dari Kak Ani. Walau rumah itu telah lama tapi cukup dijaga rapi. Kereta ini sahaja yang mampu kubeli bagi menjalani kehidupan baruku. “Ke butiklah apa lagi” Ayu nie takkan dah luper kut” kata kak ani sambil mencuit pipi gebuku.. “Oh..ok.ingatkan nak kemana tadi” kataku sambil menggaru kepalaku. Lupa pula aku yang tinggal sebulan sahaja lagi Kak Ani akan bergelar raja sehari bersama insane yang dia saying. Perkenalan mereka yang agak singkat hanya dua minggu mereka sudahpun mengambil kata putus untuk mengakhiri zaman bujang mereka. Ye lah umur kak Ani pun dah menjejak 30 an. Apa lagi yang dia harapkan.
Sedangkan aku….. “ Ayu…. Lampu dah hijau.. Jalanlah” sapa kak Ani… Ya Allah….” Kenapa Ayu nie.. Bahaya tau… Bawa kereta pun masih nak mengelamun lagi…” Kak Ani membebel disebalah ku..” Ala.. Ayu tak perasan tadi..Maaf.” kataku sambil mengerutkan dahiku. “Ayu…Ayu… Ingat jangan buat lagi tau” pesan Kak Ani. Ok…..
Sampai dibutik pengantin yang sering dikunjungi oleh kak Ani. Kami terus masuk.. Aku Agak keberatan untuk masuk ke dalam. Tapi kak Ani ingin meminta pendapatku. Selain bakal suaminya abang izad, akulah orang kedua yang akan diminta pendapat oleh kak Ani. Memandagkan Abang Izad tidak dapat menemaninya.. Jadi akulah yang terpaksa menemaninya.. Tak Apalah..
Aku melangkah masuk ke butik itu dengan rasa takut dan gementar. Debaran yang sama kurasa seperti suatu saat dahulu. Perasaan itu tak mampu aku sembunyikan lagi. Melihatkan pakaian pengantin yang tergantung indah.. Peralatan perkahwinan yang begitu cantik… Kelihatan sepasang kekasih yang sedang mengenakan pakaian pengantin yang dipilih. Gaun yang berwarna puti cream…begitu cocok dengan mereka.. Tanpa aku sedari air mataku bergenang di kelopak mataku. Lantas kusapu supaya tidak disedari kak Ani.
“ Ayu.. yang nie ok tak dengan akak?” Tanya Kak ani sambil menunjukkan pada aku dua pasang persalinan pengantin. Satu berwarna cream keemasan dan satu berwarna merah hati. Aku tahu Kak Ani minat pada dua pasang baju itu. Aku lebih beminat dengan baju berwarna cream keemasan itu. Kerana ia tampak cocok dengan kak ani dan abang izad kerana warna kulit mereka memang sesuai. Jika warna merah hati ia terlalu panas dan agak terang warnanya. “ ok akak ambil yang inilah” .. sambil dia menghulurkan baju pilihanku pada perunding perkahwinan miss cerry. Kak Ani berbisik padaku “ Akak tahu pilihan Ayu memang selalunya tepat”… Aku hanya tersenyum.. selepas siap semuanya..kami pergi ketempat lain pula.. Seharian kami menghabiskan masa bagi mencari peralatan bagi persediaan majlis persandingan kak Ani yang bakal tiba tak lama lagi.
Sepulangnya dirumah setelah menghantar kak ani, Aku terus mencapai tuala untuk membersihkan diri..
Malam itu aku sukar untuk melelapkan mata. Terbayang dimataku akan segalanya yang telah berlaku. Ingatanku terus berputar kepada kenangan silam…
“ Abang… tak sabar rasanya Ayu menanti hari bahgia kita” aku berkata kepada abang amir. “ Abang pun sama Ayu… lama abang tunggu saat ini.. dah lama abang impikan untuk hidup bersama Ayu..Sejak kali pertama lagi abang kenal dengan Ayu” Kata Abang Amir sambil mencuit pipiku. “ Lepas nie kita tak boleh nak jumpa selalu.. kta orang tak manis… “ aku berkata sambil memuncungkan bibirku. “ Takkan seharipun tak boleh.. Kalau abang rindu dengan ayu macam mana? Abang bukannya boleh kalau sehari tak tengok wajah Ayu” Kata abang Amir sambil merenung tepat kewajahku. “ Alah abang nie.. bukan lama pun.. 2 minggu jer..tak lama lah sayang” Kataku sambil memegang erat tangan Abang amir.. orang yang sangat aku sayang.. Hanya dia tempat aku mencurahkan kasih, menceritakan masalah. Dia orang yang sanggup menungguku habis mencapai cita-citaku. Orang yang sanggup berkorban segalanya demiku. Kami menyusuri pantai sambil berpegangan tangan.. Tiba2 ombak besar datang menarik abang Amir jauh ketengah lautan… Aku menagis sambil menjerit memanggil abang amir…Abang ……..
Lantas aku tersedar… Astaghafirrahalazim….. Aku mengucap panjang.. Rupanya aku hanya bermimpi… Air mataku berderai jatuh kepipi bila mengenangkan Abang Amir…
Jam menunjukkan pukul 6, Aku bingkas bangkit membersihkan diri untuk menunaikan Solat subuh…
“Ya Allah Ya tuhanku, hanya padamu tempat aku mengadu dan memohon. Berilah aku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Kau tunjukkanlah aku jalan kebenaranmu… Kau berikanlah aku kesenangan hidup dan ketenangan. Hanya padamu ya Allah… kau berikanlah kesihatan yang baik untk kedua orang tuaku.. Sesuangguhnya aku terlalu merindui mereka. Berat benar dugaan yang kau berikan padaku Ya Allah. Aku redha jika ini telah kau suratkan untukku. Hanya padamu ya Allah aku bermohon kau lindungilah mereka dari segala bahaya.. sesungguhnya hanya kau yang mengetahuinya”
Seperti selalu pagi subuhku hanya dipenuhi dengan berzikir dan bacaan Al-quran. Didikan yang diberikan oleh ibuku memang amat bermakna padaku. Hanya ini yang mampu kubuat bagi mengisi hari sendiriku. Terkenang akan kampung halaman yang aku tinggalkan demi membawa diri jauh dari segalanya.
Bersambung.....
Note: Ada sesiapa nak tolong bagi idea.. or sambung2...
Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lama meninggalkan dunia blogger
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
-
Tengah duduk-duduk menanti patient.,.... Teringat pulak zaman sekolah Masa tu darjah satu tak silap.... Alkisah... Anne bagitau kawan mac...
-
Zaman sekarang manusia bukan kira anak dara ker, isteri orang ker, mak orang ker, makcik orang ker.. semua nak try.. Maka.. kalau isteri2 ...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
1 comment:
Cik Ann boleh buat novel la...menyayat ati betul citer nie...rekaan ke..ada kena mengena...nk sambung citer tu x de idea lagi..nanti la...dah lama meninggalkan kerja tulis menulis nie...ari2 mengadap PC, kira2, statistik, laporan...terasa sangat idea tu kurang...insyaallah, klu ada masa rasa macam nk sambung jer citer tu....Cik Ann sambung la dulu sbb citer tu macam best jer...
Post a Comment