Tuesday, April 13, 2010

Enggan Melayan Permintaan Seks

Terbaca didada berita Mymetro kisah suami yang yang sanggup menyimbah cuka getah keatas isterinya kerana keengganan si isteri melayan permintaannya mengadakan hubungan seks dengannya. Ya Allah kenapa semua ini terjadi?



Adakah Si isteri Sudah bosan dengan suaminya?
Adakah keengganan si isteri melayan Si suami disebabkan kelakuan Si Suami itu sendiri?
Patutkan Si isteri melayan nafsu ganas si suami yang panas baran?

Bukankah si isteri itu tercipta dari tulang rusuk sebelah kiri, dekat di hati agar ia dicintai dan terletak dekat tangan, rasionalnya agar ia dilindungi. Isteri bukanlah tempat untuk disepak terajang, dipukul dan dihamun.

Memang si isteri harus melayan si suami, tetapi tidakkah si suami itu mempunyai perasaan untuk memahami kehendak si isteri? Jika terlalu banyak kejadian seumpama ini dimanakah si isteri atau kaum hawa untuk berlindung? Pada siapakah tempat mereka berlindung.

Maka ketakutan akan mula mencelah dibenak hati kaum hawa. Apakah mereka akan menerima nasib yang sama?

Apa pendapat U all semua?

3 comments:

Mindbreaking said...

salam pknalan ann,
bg MM org skrg ni pendek akal...
tak fikir panjang...

Ansof86 said...

salam kenal juga.

betul MM, saya sokong dengan MM

Annaz Mohd said...

salam, Ms Ann...
manusia dikurniakan akal untuk menilai nama yang baik dan mana yang buruk....apabila nafsu menguasai akal manusia jadi hilang pedoman hingga melakukan perbuatan di luar batasan...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...