Monday, April 12, 2010

Kekejaman Manusia Tiada Batasan

Pagi Anne baca berita kat Mymetro.. Sedih dan pilu hati Anne melihat kekejaman manusi zaman sekarang. Hati Anne semakin takut.. Beginilah tanda-tanda Zaman semakin menghampiri waktunya. nauzubillah hi minzalik

Mengapa begitu kejam sekalu manusia sekarang sehingga sifat kemanusiaan kian luntur. Yang mula diterapkan sifat kebinatangan. Ya Allah.. Kenapa harus membuang bayi yang tidak berdosa? Binatang pun sayang kan anaknya

Mayat Dalam Tong Sampah





RAWANG: Masih tidak berkesudahan apabila manusia berhati syaitan sanggup membunuh zuriat sendiri dengan memilih tong sampah sebagai ‘kubur’ insan cilik ini. Sungguh menyayat hati apabila bayi lelaki dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu ditemui mati dengan berbalut empat beg plastik sebelum dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, dekat Sungai Choh, di sini, semalam.

Bayi sempurna sihat dengan kesan berdarah ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, yang juga pekerja syarikat kutipan sampah swasta Hulu Selangor, jam 8 pagi. Menurutnya, ketika mengambil sampah yang terdapat dalam dua tong, dia terkejut menemui satu bungkusan berat dibalut beg plastik cerah yang terdapat dalam tong sampah itu.

Berita Selanjutnya Bayi Dalam Tong Sampah


Kejam sungguh mereka nie. Kalau betul tak mahu menjaga bayi tersebut. Kenapa tidak di berikan pada orang lain. Ini sanggup ditinggalkan ditempat-tempat sedemikian rupa? Dalam tong sampah!!! Sebelum buat sesuatu cuba bayangkan lah jika anda yang berada ditempat bayi tersebut.

Siapa yang harus dipersalahkan????
Adakah si ibu? Adakah teman lelakinya? Atau keduanya sekali?

6 comments:

shaffique said...

tak tau la ape nk jadi dengan ibu zaman sekarang...


http://belogbagus.blogspot.com/

Anonymous said...

Manusia akhir zaman~

sal ya said...

budak2 zaman skg ni tau buat tp xnak tanggung akibatnya...

Ansof86 said...

sememangnya mereka nie kejam.. Tiada perasaan bersalah... kalau taknak bagi kat saya

Annaz Mohd said...

Dosa yang bertimpa2..manusia akhir zaman..puas melayan nafsu serakah, akibatnya bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman mereka..Masyaallah..

Annaz Mohd said...

kenapa manusia hari semakin hilang pertimbangan...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...