Tajuk: ALPA…..
Tarikh: 25 Februari 2010
Masa: 10.00pm
Tempat: Dikamarku
Mata melihat…telinga mendengar, mulut berbicara,
minda berfikir, dan hati….mula terdetik
menyedari akan setiap langkah perjalanan ini
menuju ke destiniasi impian setiap kaki yang melangkah
setiap detik masa berlalu
dan….
Setiap insan yang menduduki didunia ciptaanNya
Bagi yang ingat dan sedar
Akan makna kewujudan dirinya
Dia akan sentiasa berada dalam jalan yang lurus
Dan bagi mereka yang Alpa… segeralah kembali
Kembali kelandasan yang benar…
Aku disini berharap
Bahawa aku tidak tergolong
Dalam golongan mereka yang alpa
Insyaallah….
No comments:
Post a Comment