Tuesday, September 27, 2016

Selamat hari lahir sayangju

Alhamdulillah... Hari ini ulangtahun kelahiran bidadari tersayang ANNUR HUMAIRA AZMI .. genap 3 tahun kehadirannya.. Syukur Alhamdulillah.. Terbayang saat2 kelahiran dia dulu. Hari jumaat sekitar 12.42pm hujan diluar. kamu xsabar nak lihat dunia.. sendirian ibu bersama misi2 yang baik2 semuanya..buat air tuk ibu.. air milo, air kosong. tenangkan ibu. Bau syurga kamu masih terbau sampai kini. eee rindunya...

Maaf Ibu xdapat berada bersama pada hari ini.
Tapi ucapan terima kasih kamu bila ibu nyanyi lagu happy birthday dekat kamu buat ibu touching amat. Dalam telefon pun jadi.. "Sayang ibu... terima kasih ibu "
itu pun dah berderai air mata ibu...

Selamat hari lahir sayang.. Ibu selalu doa yang terbaik buat kamu.. Selamat hari lahir juga buat bidadari Zara. Mamanya Yan dan papanya Nor Aazim Mohamad Moga jadi anak solehah dunia akhirat..

#permatahatiibu
#selamatharilahir

Saturday, September 24, 2016

Hentikan Tuduhan

Manusia memang tidak boleh melihat kesenangan orang, tak kisahlah dalam apa keadaan sekalipun.
Bila kita rasa marah dan sakit hati, mereka kata ini KIFARAH buat kita.

Tapi ... siapa mereka nak menyatakan kita sedemikian. KIFARAH ke apa ker itu semua dari Allah swt. Ujian buat hambanya.

Tapi bukan hak mereka nak menuding jari, menuduh, menfitnah. Macam lah mereka tahu keadaan kita, situasi kita, cerita kita, perihal kehidupan kita. Tolong lah..

Hantar Whatsapp dengan kata-kata fitnah, dah lah fitnah, boleh lagi nak nasihatkan kita. emmm
Kita tak lah marah, tapi caranya tidak betul. Maaflah pada yang terasa. saya tak tujukan pada sesiapa diluar tetapi pada penghantar pesanan Whatsapp kepada saya yang menuduh saya bermacam.

Saya pun tak mahu menduga siapa gerangannya. Tetapi andai dia mengenali saya dan terbaca tulisan ini. tak perlulah berkata seolah-olah awak mengenali saya atau keluarga saya, atau suami saya, atau kehidupan saya.

Jagalah kehidupan rumahtangga kita sendiri.

Kerana orang-orang seperti awaklah yang sebenarnya perosak dan pemusnah rumahtangga orang. Baling batu sembunyi tangan. Jangan menuduh sebarangan tanpa usul periksa dan jangan menfitnah tanpa kemukakan saksi.

Nak berwhatsapp atau nak nasihat ker.. silalah letak gambar profile sebenar awak daripada dibiarkan kosong. Entah-entah FAKE PROFILE, entah-entah nak SKODENG atau STALKER.

Harap faham..

Sekian..

Thursday, September 22, 2016

Walls cookies & cream chocolate

Serius amatt memang marveles ..
Dalam peti sejuk beku..  tengok ayat... bahasa baku lagi...

ada icecream nie.. huhu... walls cookies & cream chocolate
meleleh air liur.. Tunggu Miss P habis baru i habiskan.. dann..... boleh beli baru...

yummmyyy..

jom try.. siyesly..

u all nak wat ape ngan ice cream tu.. semua boleh...

nak manja2 .. hihii
nak wat kek..
nak wat sneck
nak makan gitu jer..

apepon boleh..

jom.. try walls oreo.. memang terbaik..

Saturday, September 17, 2016

Jakarta View

Haritu berkunjung ke Jakarta atas urusan kerja selama 4 hari. Pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Jakarta.. Alhamdulillah..

Banyak benda yang dikagumkan.. banyak juga benda baru yang anne belajar..

Kepadatan penduduk, Kesesakan lalu lintas yang amat... makanan yang wow... pelbagai...
Tapi tak nampak motor2 buruk pun.. semuanya yang baru2.. hihi..

Saturday, September 3, 2016

Kalau kita Gaduh

Motivasi hari ini
Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

Sharing is caring

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...