Tuesday, December 30, 2014

Sharing: ALLAH SANGAT DEKAT DENGAN ISTERI YANG TERANIAYA DAN DIZALIMI...

ALLAH SANGAT DEKAT DENGAN ISTERI YANG TERANIAYA DAN DIZALIMI...

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.
Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan. Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, ALLAH sedang mengujimu. ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat dengan doa orang2 yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai puan.
Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH. ALLAH akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: ALLAH...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun Tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasulullah yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?

Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu.
Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.
Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000 tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan anak2nya sendiri. Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH. Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redho, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redho. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;
Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redho akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada ALLAH. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redho akan perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

*Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh.
WaLlahu a'lam

Wednesday, December 24, 2014

Masa Tetap Berubah

Hari ini jika kita buka jendela, kita akan terlihat kehijauan pokok2 ... namun esok-esok pasti yang akan kelihatan hanyalah konkrit-konkrit yang menggunung...

Jika hari ini kita lihat anak kita masih merangkak.. esok kita lihat dia sudah berjalan, berlari...

Jika hari ini kita rasa sihat... esok lusa kita tak tahu.. kita kan sakit ..

Hari ini kita bahagia.. mana kita tahu esok lusa kebahagiaan kita lenyap sedikit ..

Hari ini kita senang... mana tahu kita terleka.. kesenangan itu menghanyutkan kita...

Mana tau....

Jagalah diri... jagalah hati... jagalah iman... jalan lalai.. jangan.hanyut...
Kadang ia berlaku tanpa kita sedar...

Nikmat dan ujian.Allah itu selalu ada buat hambaNYA..

Tuesday, December 23, 2014

Mamee Monster

Yummy.... minggu nie sahaja dah 4 paket kecik nie menjadi santapan perutku.... Sedap juga mamee monster nie... dah kenapa... ngidam kew?...

ehhh.. takat mamee nak ngidam aper nyer...

oklah... janji makan mee nya sahaja.. serbuknyer tolak tepi... hihi..

Sunday, December 21, 2014

Selingkuh

hari-hari berhadapan dengan situasi dimana isteri tidak lagi mempunyai minat terhadap suami kerana beberapa perkara:
1. Suami kurang romantik. Tidak mengambil berat terhadap isteri. Tidak prihatin terhadap isteri. Ibarat hanya melepaskan diri sendiri sahaja.
2. Suami tidak mahu berkongsi pendapatan untuk anak-anak dan isteri. Lebih sayangkan duit.
3. Isteri tidak memahami erti kepuasan bersenggama walaupun sudah bertahun bersama dan sudah punyai anak.
4. Suami lebih mementingkan kepuasan sendiri tanpa memberi kepuasan isteri terlebih dahulu..

emmm banyak lagi... lantas si isteri selingkuh... erti kata lain tidaklah menjurus kearah curang tetapi punyai teman tapi mesra. dimana si isteri merasakan lebih bahgia..

emmm bagaimana tu ye?

bermacam ragam... kalau orang kita emmm mujur orang kafir... namun ada juga yg begitu selagi manusia...

jadi si suami harus memahami isteri dan isteri juga harus fahami suami.. namun hanya suami dan isteri itulah yang lebih mengerti antara satu sama lain.. bukan individu lain atau luar.

yang mendengar mampu menafsir tetapi tak semestinya ia realiti... jangan buat andaian terlebih-lebih nanti jatuh fitnah.. nauzubillahiminzalik...

jom prepare kan diri untuk hari mendatang...

Thursday, December 18, 2014

Aku bukan tangan seni

Assalamualaikum....
Update sesekali di blog kesayangan yang dipandang sepi sahaja. emmmm tengok tajuk macam tak best saja.. macam tak menarik jer... macam tak da point jer....

Yelah.... Saja nak tulis pasal tangan senu. Anyway.. i bukan tangan seni.. emm ape tu tangan seni.. Alah.. g saja google maksud tangan seni.. tapi pemahaman saya tangan seni nie dia kreative.. apa saja yang dia nak buat jadi.. contoh kraft... gubahan bunga ke ape ker.. memasak ker... menjahit atau yang berkaitan dengannya lah...

Well saya bukanlah berseni sangat orangnya... bukan dikategorikan dalam orang yang berseni.. seni lain tahulah.. hihi....

Menjahit tak pandai.. memasak ni pun sama.. masak nie contoh macam buat kuih ker, kek ker, cookies ker.. memang fail... mengubah bunga ker.. ber kraf ker.. alahai....

tapi sebenarnya seni ni boleh dipupuk.. dengan cara menimbulkan minat dan praktis selalu.. kalau baru cuba sekali dah putus asa bila tak menjadi... emm sayalah tu... haha.... apapun kene cuba selalu barulah menjadi.. learn from mistakes.. baru ok... dan jangan berputus asa...

apapun.. marilah kita mencari sesuatu yang kita mampu dan mahir untuk lakukan,.

good luck!

*** serba tak tahu... emmm

Saturday, December 6, 2014

Sharing: 7 Sunnah Hebat

Very nicely written 
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Friday, December 5, 2014

Hati bicara

Bila hati bicara...
Terbitnya tiada suara....
Jeritanya tiada kedengaran...
Tangisnya tiada kelihatan...
Lukanya tiada darah...
Namun parutnya kekal ada....

Manakan biasa bicara didengar....
Andai tak dizahir dengan perkataan...
Andai tak disulami dengan perbuatan...
Manakan ia kedengaran
Andai diam mulut kaku bicara...

Luahkan....lepaskan.... hamburkan..
Agar semua tahu....
Agar biar kelihatan....

Thursday, December 4, 2014

Mengapa WANITA sering menangis?

Mengapa WANITA sering menangis??

Jawab Allah :

Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,

KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,

KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,

KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,

KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

WANITA sangatlah istimewa...

.... Kirimkan pd WANITA yg kamu sayangi...
.... Kirimkan juga pd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahawa WANITA.....ciptaan Allah yg istimewa..

** SHARING IS CARING

Wednesday, December 3, 2014

Antara kasih dan kasihan

Rasa kasih akan membawa ke syurga tetapi rasa kasihan hanya membawa kepada tak sampai hati sahaja.

Jadi perlu bezakan antara kasih dan kasihan namun ia tidak boleh dipisahkan.

Rasa kasih boleh membawa kepada kasihan lantas akan timbul.rasa tidak.sampai hati. Dalam erti kata lain, rasa kasih itu perlu didasari dengan keimanan.

Perlu didahului rasa kasih namun tidak semestinya sampai kepada kasihan.

Tepuk dada tanyalah iman.. dimana kita letakkan rasa kasih dan kasihan.. Kerana Allah swt memberikan kita sesuatu untuk kita mencari, menilai, menikmati hikmah dan nikmat... Namun jangan lebih kepada penyalahsangkaan...

Maka terbitlah kecenderungan kearah kegusaran...tidak sedap hati... tidak keruan... kerna kita telah dari dari maksud dan tujuan sebenar... kerana kita telah alpa dengan nikmat yang diberikannya...

Kasih membawa kesyurga... Kasih Allah yang satu...

Tuesday, December 2, 2014

Hidup ini pilihan

Betul... segalanya satu pilihan..
Namun pilihan kita tak semestinya tepat
Tidak semestinya pilihan kita membawa kepada kebaikan atau kebahagiaan
Kerana...

Pilihan... diikuti dengan usaha untuk menjadikan pilihan kita itu adalah yang tepat..

dan slebihnya Allah swt yang menentukan..
Kerana kita hanya mampu merancang.. dan yang memberi izinnya adalah Allah yang Maha Esa

Monday, December 1, 2014

Kian rapuh lenyap

Segalanya telah layu lemah...
Semakin gugur dari waktu ke waktu...
Dari hari ke hari...
Manakah subur segar...
Tatkala tiada baja tuk menambah kesuburannya...
Tiada air tuk siraminya...

Kan layu..... layu... layu.....
Akhirnya yang tinggal....
Ranting yang rapuh...
Hingga lenyap .....

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...