Sunday, September 21, 2014

Tazkirah: 9 Sifat orang yang berani

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Ahad 21 September 2014).

9 SIFAT ORANG YANG BERANI.

Berani merupakan sifat yang terpuji yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul serta sholihin. Keberanian merupakan sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Berani kerana benar,  berani melawan musuh, berani menentang kezaliman dan lain sebagainya,  merupakan makna berani dalam kehidupan di zaman sekarang.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 74:

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Dari ayat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa. orang yang berani, memiliki sifat terpuji di antaranya adalah:

1. Berjiwa Besar.

Orang yang berani, sentiasa meningkatkan kepandaian diri, sanggup menghadapi risiko apa yang akan berlaku serta bersedia memikul tanggung jawab dengan tabah dan penuh keyakinan.

2. Bercita-cita Tinggi.

Orang yang berani sentiasa bersedia melakukan segala amalan kebaikan dengan penuh  keyaqinan meskipun terpaksa menghadapi halangan & rintangan.

3. Percaya Diri.

Orang yang berani,  memiliki keyakinan yang kuat pada diri sendiri. Tidak mudah tergoyahkan dengan halangan yang dilaluinya.

4. Kuat Pendirian.

Orang yang berani,  memiliki pendirian yang tetap dalam membuat suatu tindakan dan keputusan yang bijaksana.

5. Istiqomah.

Sifat orang yang berani sentiasa Istiqomah dan berterusan dalam melakukan perkara-perkara kebaikan dalam hidupnya.

6. Selalu Mencoba.

Berani mencoba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam merupakan sifat orang yang berani.

7. Berdikari.

Orang yang berani,  sanggup melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain. Serta berupaya untuk melakukannya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.

8. Handal Dan Tahan Lasak.

Orang memiliki keberanian, mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat  juang yang tinggi,  yav merupakan hasil daripada latihan yang berterusan.

9. Berjuang Pada Jalan Allah. 

Orang yang berani adalah yang sentiasa sanggup berjuang untuk mempertahankan Agama,  Bangsa & Negara, keluarga serta diri sendiri dan kehormatannya meskipun terpaksa mempertaruhkan jiwa dan raganya.

Wahai saudaraku sekalian, Islam tidak akan tegak berdiri serta harum namanya melainkan dengan keberanian setiap individu muslim itu sendiri.

Wahai Allah yang Maha Berkuasa,  jadikan keberanian pada kami dan saudara mara kami dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, Jauhkanlah kami dari  musuh- musuh Islam yang akan merosakkan aqidah dan Iman kami. Aamiiin !!!!!

ِWallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk  semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!..

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...