Monday, December 10, 2012

Biarlah Sekadar Coretan

Dari mulut berbicara..
Tiada apa yang merubah segala..
Biarlah ia menjadi coretan sahaja...
Tak semua kata terluah dengan suara..
Tak semua bicara dengan bibir berkata

Mungkin ada yang tidak senang..
Mungkin juga ada yang tidak suka
Mungkin juga ada yang memerli..
Dan mungkin juga tak kurang yang mencaci...
Lumrahnya akan mulut manusia...
Walau rambut kelihatan sama..
Namun hatinya lain-lain 

Berkatalah kita dengan perkataan yang elok..
Berbicaralah kita dengan nada yang sopan..
Menulislah kita dengan jujur dan ikhlas..
Mencoretlah kita dengan tiada niat menuju orang lain
Cerminlah diri... sebelum berkata perihal orang lain.
Muhasabahlah diri... dengan segala kekurangan dan kelebihan yang ada

Bagi diri insan yang lemah..
Masih tegar berdiri dengan niat dihati..
Menulis dengan rasa telus dihati..
Sekadar berkongsi coretan dan luahan hati..
Tiada niat menunding jari..
Tiada terselit kebanggaan diri
Tiada terpalit sekelumat benci

Andai mencari kesalahan.. maka bertemulah juga dengan kesalahan...
Andai mencari kebenaran.. maka kan temuilah kebenaran...
Ingatlah dimana letaknya diri kita...
Usah sibuk mencari cerita orang lain..
Sebaliknya jagalah cerita sendiri...
Itulah yang lebih baik...

Apa ditulis sekadar coretan..
Tiada bersangkutan dengan yang lain..
Mata melihat... fikiran berfikir..
Turun kehati.. menilai-nilai..
Maka bertemu akan jawapan...
Apa tindakan yang bakal terlakukan..
Insyaallah... 

Selamat beramal....

p/s: coretan sedar coretan.. menulis bukan kerana nama.. menulis kerna jiwa...

1 comment:

Annaz Mohd said...

Hati berbicara, mulut terkunci..
hendak diluah serba tak kena..
hendak disimpan siksa di jiwa..

Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan disembunyikan
dan Allah juga yang mengetahui apa yang dirasai dan terbuku di hati hamba Nya..

Berdoa dan berserah pada Nya kerana Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..

Lisan Lidah dan Lisan berjari

Assalamualaikum wbt salam jumaat penuh barakah.. kita diminta menjaga lisan kita... bahya lidah nie ibarat pedang yang tajam.. walau ha...