Ramai kita masih lagi bermimpi-mimpi
Masih lagi diulit mimpi yang indah
Masih lagi mahu menyambung mimpi-mimpi yang tidak pasti
Mimpi-mimpi yang melalaikan
Ye.. Akui.. mimpi sememangnya indah
Tapi Adakah mimpi itu suatu realiti
Indahnya dikala bermimpi..
Jaganya tak seindah
Adanya kita suka bermimpi..
Berlari dari menghadapi realiti
Berharap mimpi akan menjadi realiti
Lantas diri terjatuh... terbuai dengan emosi
Mengharap.. dan terus mengharap
Duhai hati-hati semua
Bangkitlah dari mimpimu
Sedarkanlah diri dari lenamu
Hadapilah realiti dengan sabar dan redha..
Aku juga sepertimu
Terbuai-buai akan mimpi yang indah
Mengharap kan menjadi realiti
Tatkala terjaga... ia hanyalah mimpi
Inginkan menjadi realiti?
Usah berharap kan menjadi dengan sendiri
Tanpa menggerakkan diri untuk menjadikan ia nyata
Bangkitlah duhai hati-hati...
Bangkitlah seperti diri ini..
Menjauhi mimpi yang tak pasti
Mengejar akan yang realiti
Mencipta hidup yang penuh realiti
Dengan cara sendiri
Ayuhlah... hati-hati sekalian...
No comments:
Post a Comment