Monday, April 30, 2012

Cerita Kita... Rahsia Kita

Cerita kita rahsia kita
Untuk apa bercerita.. biarlah hanya kita yang tahu
Jangan heboh-heboh... nanti bisa kepoh
Jangan jaja-jaja... nanti tersalah sangka

Cerita kita rahsia kita
Hanya kita dan DIA yang tahu
Apa yang berlaku atas keinginan kita
Mungkin sudah tertulis
Akan begitu cerita kita
Pen dan kertas ditangan kita
Kita yang corak hidup kita
Bukan orang lain... bukan sapa-sapa

Orang lain hanya pengaruh
Memandang-mandang Mencelah celah..
Mencucuk-cucuk
Jangan sampai terpengaruh

Letak pada pendirian kita
Teguh pada pegangan kita
Tetap dengan niat kita

Cerita boleh reka
Jangan sampai lari tajuk..
Lari arah... bengkang bengkok..

Cerita kita rahsia kita
Hanya kita yang rasa..
Biar apa orang kata...
Biar apa orang nak cerita
Namun hanya kita yang rasa..
Akan rasa kita bersama
Kerna satu yang tetap bersama
Iaitu Allah Yang Maha Esa..
Moga bahagia kekal sentiasa
Serah segala KepadaNya
Insyaallah.. kan selamat semua..


Jangan... Jangan

Jangan bermain api
Jika takut terbakar diri
Jangan bermain jarum
Andai takut tercucuk jari
Jangan berumah ditepi pantai
Jika takut dilanda badai
Jangan belayar ditengah lautan
Andai takut dilanda ombak

Jangan bermain ditengan hujan
Jika takut dipanah petir

Jangan cuba untuk menipu
Kalau takut diri tertipu
Jangan pernah bermain kata
Andai takut terbinasa
Jangan cuba bermain jerat
Kalau takut kan terjerat
Jangan asyik mencari salah
Hingga tak nampak apa yang betul
Jangan asyik memandang keatas
Hingga terlupa apa dibawah
Jangan asyik dengan duniawi
Kelak tergadai akhirat yang dinanti

Jangan...Jangan.. Jangan..
Jangan lah leka berbual kosong jika tiada pengisian dihati
Jangan asyik berkata-kata andai tiada muhasabah didalam diri
Jangan.. Jangan.. Jangan...

Sunday, April 29, 2012

Tiadalah Terduga

Diantara yang terduga dan tiadalah terduga
Sering menjengah akan kehidupan
Antara rasa kesyukuran dan rasa keriangan
Akan anugerah yang tidak ternilai
Antara sedar atau kebingunan
Lantaran akan yang telah terjadian

Mungkin ini dinamakan takdir
Yang runtuh terbangun kembali
Yang punah terbaiki lagi
Akan yang patah kan tumbuh lagi
Yang hilang kan berganti
Yang retak akan tercantum
Yang putus bersambung lagi

Benarlah...
Andai berkehendak sesuatu..
Panjatkan saja kepadaNya
Tanpa rasa lelah... Tanpa rasa jemu
Tanpa rasa ragu... Tanpa rasa sangsi
Dengan niat tulus dihati
Mengikhlaskan diri keranaNya
Segalanya adalah DemiNya
Nescaya diperkenankkan..
Insyaallah...

Moga dengan anugerah ini
Membawa akan lembaran yang baru
Melengkapkan akan kukurangan diri
Mengisi kekosongan jiwa nan sepi
Mendekatkan diri kepadaNya Ilahi
Syukur Alhamdulillah...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...