Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Monday, April 30, 2012

Cerita Kita... Rahsia Kita

Monday, April 30, 2012 Posted by Ann Mohamad 1 comment
Cerita kita rahsia kita
Untuk apa bercerita.. biarlah hanya kita yang tahu
Jangan heboh-heboh... nanti bisa kepoh
Jangan jaja-jaja... nanti tersalah sangka

Cerita kita rahsia kita
Hanya kita dan DIA yang tahu
Apa yang berlaku atas keinginan kita
Mungkin sudah tertulis
Akan begitu cerita kita
Pen dan kertas ditangan kita
Kita yang corak hidup kita
Bukan orang lain... bukan sapa-sapa

Orang lain hanya pengaruh
Memandang-mandang Mencelah celah..
Mencucuk-cucuk
Jangan sampai terpengaruh

Letak pada pendirian kita
Teguh pada pegangan kita
Tetap dengan niat kita

Cerita boleh reka
Jangan sampai lari tajuk..
Lari arah... bengkang bengkok..

Cerita kita rahsia kita
Hanya kita yang rasa..
Biar apa orang kata...
Biar apa orang nak cerita
Namun hanya kita yang rasa..
Akan rasa kita bersama
Kerna satu yang tetap bersama
Iaitu Allah Yang Maha Esa..
Moga bahagia kekal sentiasa
Serah segala KepadaNya
Insyaallah.. kan selamat semua..


1 comments:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Nice ! Setuju sangat. Cinta kita, rasa kita. Biar kita je yg tahu. Nak menunjuk, dapat apa ? Dosa adalah ;)

Theme Support