Wednesday, November 23, 2011

Mudahnya Dileraikan Segala

Datang tanpa terundang
Disaat mencari-cari
Kasih tersemi tanpa terduga
Cinta berputik dalam diam
Sayang tercipta tanpa disemai
langsung terluah dengan kiasan

Dua hati kian bersatu
Mencipta bahagia tiada rasa ragu
Walau tahu onak dan ranjau
Kan sering bertamu
Namun cinta dan kasih mendalam
Rela jua akan segalanya

Nekad hati untuk bersama
Akhiri jua dengan bahgia
Yakin dihati tiada gementar
Rela terima akan segalanya

Badai datang melanda
Namun tetap jua nekad dihati
Cinta tersemi setulusnya
Seikhlas hati seadanya
Tempuh jua walau terpaksa bekorban segala

Saat menyiap segala
Melengkapi akan segalanya
Bermimpi sudah menaiki takhta
Bersedia sudah hidup bersama

Namun...
Terlerai sudah kasih segala
Meragut segala impian tercipta
Kasih dicurah bagai tiada makna
Yang dahulunya bahagia kini derita
Tergamaknya menghancurkan segala
Merampas separuh jiwa dan raga
Tangisan air mata mengiringi segala

No comments:

Lisan Lidah dan Lisan berjari

Assalamualaikum wbt salam jumaat penuh barakah.. kita diminta menjaga lisan kita... bahya lidah nie ibarat pedang yang tajam.. walau ha...