Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Friday, June 3, 2011

Terharu sungguh tengok dia

Baru sebentar tadi makan di Restoran Madinah di Melaka Raya.. Terharu melihat satu keluarga yang makan bersama.. Nie cerita dia..

Anne duduk kira berdepan dengan meja makan yang mereka duduk.. Ayah dan ibu mereka adalah Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori cacat penglihatan... dan mereka ada 2 orang anak perempuan. Kedua anak mereka adalah normal. Yang besar  (kakak) mungkin dalam lingkungan umur 10 ke 12 tahun. Yang kecil (adik) sekali mungkin dalam lingkungan umur 6 ke 8 tahun.

Kak dia tak sentuhpun makanan dia. Mak dan ayah dia makan dahulu.. Kemudia dia memimpin mak dan ayah dia mencuci tangan.. Terharu sangat2..

Kemudian barulah dia menyentuh makanan dia.. Tapi kelihatan macam dia tak makan nasi tu.. Sebab dia leka menyuap adik dia makan.. Masa makan sempat dia melirik kearah Anne. Anne lemparkan senyuman pada dia.. Dia pun membalas senyuman...

Terharunya lihat dia.. Bayangkanlah Anne berada ditempat dia... punyai keluarga seperti itu... Mungkin banyak perkara yang dia kene korbankan untuk kedua ibu bapa mereka...



Anne doakan mereka sekeluarga akan terus hidup bahgia dan dipermudahkan kehidupan mereka walaupun mempunyai kekurangan.... Aminnnn...

6 comments:

syrupmasin said...

adoii..sedehnye..kecik2 dah pandai urus..baguss nyee

nabilah_2908 said...

bagusnya....kalau sy...tak tau la mampu atau tidak buat mcm tu...

nazirulhazwan~ said...

terbaik2, boleh buat bini tu kalau da besar nanti:)

Ms. Ann said...

@syrupmasin

betul tu... kecil, lagi dah punya tanggungjawab besar

Ms. Ann said...

@nabilah_2908

yup nabilah.. anne pun tak tau mampu tak buat macam tu.. hu..hu..

Ms. Ann said...

@nazirulhazwan~

harap2 dia dah besar jodohnya adalah memahami

Theme Support

I'AM BLOGGER

Blog Archive

MY READER

MY ONLINE STUFF (Sampingan)

Tuan Tanah Ye!

My photo

Write To Express My Thoughts And Feelings,
Like Simple. Not Talk Too Much Unless Needed.
Done!