Dunia Percintaan?
Emm... Pastinya dunia percintaan segala-galanya indah. Semuanya Manis-manis belaka bila bercinta.. Tapi pahit bila berpisah. Pengalaman dalam dunia percintaan memang ada... Tapi keindahan percintaan itu hanya seketika. Rasanya malas nak ulang tentang pengalaman bercinta.. Boleh baca disini tentang kisah cinta saya KISAH SAYA. Tapi... apa yang kita harapkan dalam percintaan akan menjadi seindahnya.. Tapi tuhan Maha Mengetahui. Jadi dalam percintaan itu, harus ada persefahaman, harus ada sikap toleransi, harus ada sifat kejujuran, kesetiaan dan harus ada sifat hormat menghormati hak masing-masing. Cinta yang hakiki adalah cinta Ilahi. Dan apabila kita bercinta biarlah kita bercinta keranaNya. Harus tahu apa itu erti cinta. Jangan kerana cinta, kita menjadi BUTA, jangan kerana cinta, kita menjadi ALPA, jangan kerana cinta KITA HILANG SEGALANYA... Jangan kerana cinta KITA LUPA KEPADANYA... Permulaan Percintaan Biarlah dimulakan dengan jalan yang benar dengan cara yang betul.. Betul awalnya.. maka betullah keakhirnya. Insyaallah
Pendapat BERCINTA DAHULU @ NIKAH DAHULU?
Kedua nya seakan sama sahaja maksudnya.. Tak kisah lah mana yang dahulu.. Keduanya ada baik dan buruknya. Bercinta Dulu.. kita mengenal siapa pasangan kita sebelum kita melangkah lebih jauh... Dan kita dapat serasikan diri dengan pasangan kita... Nikah dahulu pun boleh juga, bercinta selepas nikah... Dah nikah tentu kena menjaga hubungan takkan dah nikah nak bercerai kut... (malu..malu..) Banyak benda boleh kongsi dan dicerita... tapi.. Pokok pangkal dari diri kita sendiri.. kerana biarpun sekejap atau lama kita kenal pasangan kita yang penting keserasian diri.. hu..hu..
tu jerlah...
nak join ? Klik jer gambar kat atas tu...
ps: Cinta Oh Cinta.. Cinta datang Dari Allah.. Dan ketulusan cinta itu harus datang dari kecintaan kepada allah..
5 comments:
nak join jugak lah! heee~
hehe..mcm mcm pendapat dah anis bace nie..yg pasti dah penat bercinta yg xkemane..:)
betol2 , smua org ada pendapat masing2 nk kawen dulu atau cinta dulu kan :)
cinta oh cinta ;)
macam macam pengalaman cinta yang ada... tapi cinta yang gagal tu menjadi satu pengajaran kepada kita supaya lebih dewasa dan menilai mana satu yang paling berharga
Post a Comment