Friday, July 23, 2010

Contest: KISAH CINTAKU

Sebentar tadi Anne login GB terlihat ader satu kontest yang benar2 menarik perhatian Anne.. Lantas di klik pad link tersebut.. Emm.. Berfikir sejenak.. Nak masuk ker taknak.. Akhirnya decide untuk masuk.. Mana tahu.. ada luck disebalik kisah cinta saya.. 

Warning: 
This is the story of love that being happen.. mostly true.. Cerita ini diringkaskan bagi mengelakkan unsur2 yang tak diingini berlaku. So read it.. if u like please leave some comment.. TQ

Contest: KISAH CINTAKU


Kisahnyer Begini.....

Perkenalan Anne dengan Si Dia... bermula pada tahun 2006. Masa tu lagi seminggu sebelum Anne dapat tawaran Kemasukan ke IPTA... Masa tu tak tahu terbuka pintu untuk menerima Si Dia.. Si Dia amat rapat dengan keluarga rapat sangat2...  Masa tu tak fikir apa2 terus terima dia.. walaupun masa tu 50:50.. Sebab dia datang macam satu Anugerah dari Allah.. yang tak dipinta n tak diundang

Sebelum masuk ke Uitm dia memberikan hadiah pada Anne. dia minta Anne buka bila sampai sahaja Uitm. Malam lepas siap kemas2 baru Anne buka hadiah tersebut.. Terkejut bila buka.. Dalam tu ada:

Sebatang Pen yang comel, loceng yang digantung (if kene angin dia berbunyi), dua helai note duit, sepucuk surat dan sebentuk cincin emas..

Anne baca surat tertulis(lebih kurang begini)

" Jika awak sudi terimalah hadiah ini seikhlas hati awak... Sekiranya tidak, buangkan sahaja "

Anne mentafsir sendiri:
Pen yang diberi menandakan supaya Anne belajar rajin2, mencapai cita2 yang diimpikan serta menunaikan harapan kedua orang tua Anne yang mahu Anne mendapat segulung Ijazah yang menjadi kebanggaan keluarga.  Loceng yang diberi diibaratkan irama yang berbunyi menyampaikan rasa kasih sayang, rindu dan harapan dia tatkala ia berbunyi ditiup angin. Duit yang diberi untuk digunakan sebaiknya.. beringat dan berjimat.. Dia tahu itu sahaja yang mampu dia tolong Anne. Cincin emas yang diberi menandakan yang dia tidak bermain untuk memiliki Anne, dan mahu Anne memakainya supaya tiada siapa yang dapat miliki Anne selain dia.. tatkala jari manis si gadis disarung cincin emas.. tandanya si gadis telah dimiliki.

Tanggal 11 Ogos 2006 (11/08/06)
Anne dengan rela hati menerima dia sepenuhnya menjadi teman Anne.. hati Anne yakin 100% memilih dia sebagai teman Anne tanpa rasa ragu lagi. Walaupun kami bagai langit dan bumi, perbezaan yang cukup ketara dalam segala hal.. Namun... tatkala hati telah berbisik "Dialah Untukku...Aku Untukmu." 

Suka duka sepanjang perhubungan dengannya terlalu perit.. Pergaduhan, Pertengkaran.. Perkara biasa.. Anne yang masih terlalu muda berbanding dia, agak sukar mencapai keserasian.. Namun, segalanya dapat diatasi dengan izin Yang Maha Kuasa. Memang kebebasan hidup dan pergaulan Anne tersekat.. namun tidak sedikitpun merasakan satu kongkongan.. Walaupun ia kadangkala mendatangkan perasaan memberontak.. Itu tak boleh.. Ini tak Boleh.. sana Tak Boleh.. Marah..  Perkara biasa.. Mungkin sifat sabar yang dianugerahkan kepada Anne menyelamatkan segalanya.

Kenapa Dia Bermakna?
Pengorbanan yang lakukan pada Anne terlalu banyak... Kasih sayang yang tak pernah kurang, dia mengajar erti kejujuran, dia mengajar erti kasih sayang.. Perkataan yang sering diungkap.. "Abang hanya nak Ayang bersikap JUJUR pada abang... Itu sahaja" Susah payah, Sakit Demam Anne dia selalu membantu biarpun Hujan Panas, dia tetap datang berjumpa dengan Anne.. jauh manapun Anne dipindahkan.. Dari Lendu ke Bandar Melaka.. Dia tetap pergi..

Pertengkaran...
Sering berlaku pertengkaran... Tidak Percaya... Cemburu yang teramat sangat... Berperasangka Buruk yang tinggi.. Curiga Melampau.. Memang membuatkan hati menangis.. Namun.. demi kasih dan sayang tak berbelah bagi.. Anne masih mampu bertahan dengan sikap dia.. Mungkin itu ujian dia pada Anne sama ada Anne lah yang terbaik untuk dia.. 

Perkahwinan...
Acapkali Anne ajukan hal perkahwinan dengannya.. Dan acapkali menjadi hampa... Alasannya.. "Mahukah keluarga awak terima saya? Mesti tidak punya.." Belum cuba belum tahu.. Beribu kali tapi macam tu juga.. janji.. habis belajar... xjugak.. lepas dapat kerja... xjugak... lepas Konvo... xjugak..Lantas hubungan renggang.

Mei 2010
Menjadi saksi segalanya... Antara Suka dan Duka, Tawa dan Air Mata.. Antara Pertemuan dan Perpisahan Kata diucap.. hasrat diluah.. Namun... Musnah semuanya... Keadaan menjadikannya begitu... Namun.. tidak pernah aku lemah dan tak bermaya.. biarpun dia berputus asa.. adakah ini cinta terhalang oleh orang tua? bagi Anne tidak... masih ada ruang dan harapan untuk tetap bersama..

June 2010
4 tahun kasih bersemi... Akhirnya..Mahligai indah yang dibina runtuh .. namun semangat ini masih kuat.. Masih tetap menanti Sang Putera Idaman biarpun harapan itu bagai hilang.. Walaupun mampu bermimpi.. tetapi msih berharap sehingga kini.. Mimpi yang tinggal hanya mimpi.. Adakah mimpi menjadi realiti.. Harapan hanya tinggal harapan.. Aku Hawa yang masih tidak putus asa masakan kamu Adam telah mengalah? Perjuangan belum tamat.. Masakan kamu Adam telah berundur..  Hawa berbicara.. Andai Jodoh kita kuat..Pasti Kita bersatu kembali... Kerna  Hawa masih menanti Adam kembali melunaskan JANJI yang diletakkan..

Inilah KISAH CINTA Anne yang dapat dipertandingkan didalam kontest ini.. Kisah ini bukan rekaan tetapi adalah yang benar.. Harap Luck Contest ini Memberi Luck juga kepada Kisah Cinta Anne..

Terima kasih.. 

3 comments:

noie said...

tq sebab joint yer dik... kisah yg menarik ni.. nantikan update dari akak nanti yer.. :P

♥ Roshazzy Shag ♥ said...

menyentuh! kan bagus kalau shag pun sekuat, seteguh anne. moga berjumpa Adam yg tercipta utk anne ye.

btw, good luck for the contest.

Kisah CIntaku : Cinta dlm Diam

Noraini Azhari said...

tachin lah mcm ni
sobsob

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...