Tuesday, April 5, 2011

Kecoh Pasal Video Seks

Emmm tak habis-habis lagi cerita pasal politik seks ni. Sememangnya tak mengambil tahu sangat pasal Video yang dah tersebar meluas-luas gila nie... Tengok TV pasal hal ni.. Tengok paper pasal hal ni...
Tengok KOSMO!.. Pap!!! Terpampang muka depan... sebesar-besar alam... Dari muka depan sampai muka 3.. Emmm.. Conpirm ramai beloi KOSMO hari nie... Berita Sensasi Tuh!!!!

Semua.. Politik... Tak ada yang bersihnyer.... Masyaallah....

Ps:... Lupa lak... dah nak dekat pilihan raya kan.... Mesti banyak isu naik.. He.he...

Tapi ada sesetengah pihak ambil kesempatan.. Ada yang sebarkan kepada umum... Untuk apa? Tak tau ker.. Dalam akta mengatakan..

Bagi individu yang memiliki atau mengedar bahan lucah boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun atau Denda atau kedua-duanya sekali.

Ada yang meragui imej lelaki yang dikatakan mirip ketua atau pemimpin parti pembangkang... Polis pula mengesahkan Video tersebut adalah Tulen... Tapi.. Keraguan adalah pada individu yang didalam video tersebut..

Macam-macam masalah.... Apa nak jadi dunia politik di Malaysia Kini... Tak habis isu Liwat.. mucul pula isu video seks... Lepas ni apa lagi...

Lantas terfikir akan apa yang akan terjadi pada masa depan Malaysi kalau Percaturan Politik Di Malaysia Kucar-Kacir????

Isu-isu sebegini membawa imej buruk kepada Malaysia di mata dunia... (Mungkin ada yang ketawa @ tersenyum melihat kekacauan politik di Malaysia) dan sebagai salah sebuah negara Islam yang dipandang tinggi...

Tepuk Dada Tanyalah Selera...

Maklumat lanjut boleh baca paper ek.. atau search jer kat internet...

ps: tak mahu libatkan diri dalam politik... ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut kunci..

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...