Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Thursday, March 24, 2011

Bila Pemilik Kedai Makan Mengeluh

Masa Anne singgah di kedai makan yang Anne selalu pergi kalau waktu rehat...
Kelihatan makcik atau pemilik kedai makan tu termenung jauh.. Matanya seakan berair..

Dalam hati Anne terdetik... "Kenapa makcik nie macam sedih? Dia ada masalah ker?"

Anne melihat sekeliling kedai dia... Memang takder pelanggan... Kebetulan Anne seorang jer yang berada dalam kedai makan dia. Masa tu baru pukul 1.15pm lah. Time rehat..

Selepas makan.. Masa nak bayar di kaunter.. Anne beranikan diri menegur makcik tu..

" Kenapa nie cik? Macam ada masalah jer? Makcik tak sihat ker? "
" Biasalah nak... kenangkan takder orang datang dekat kedai.. Pelanggan takder.. duit kedai pun nak kene bayar juga.... Tengah hari.. takder orang datang makan..," Kata mak cik tu dengan nada sedih... Terlihat dimatanya bergenang air mata... Cuma ditahan supaya tidak mengalir..
" Lauk masak akhirnya buang... Tak pulang modal.." tambah makcik tu lagi... 

Aku jadi kasihan.. Begini susah nak mencari rezeki...

Akhirnya anne bicara pada makcik tu.. " Insyaallah.. nanti ada orang datang.. Sabar ye makcik.."

Kemudian Anne beredar dari kedai tu.,. dengan penuh rasa simpati..

2 comments:

Encik Ketam said...

Kesian... masing2 ada masalah tersendiri.

Ms. Ann said...

betul tu encik ketam... berniaga nie susah juga.. ada kala naik ada kala turun

Theme Support

I'AM BLOGGER

Blog Archive

MY READER

MY ONLINE STUFF (Sampingan)

Tuan Tanah Ye!

My photo

Write To Express My Thoughts And Feelings,
Like Simple. Not Talk Too Much Unless Needed.
Done!