Friday, September 17, 2010

Updated!!! Raya Tanpamu

Selamat Hari Raya Aidilfitri..... Masih mood raya lagi...
Lama menghilang... sekarang muncul kembali.. Maklumlah tengah meniti hari-hari baru dalam hidup ini..
Raya berlalu dengan begitu pantas sekali.. Namun kenangan itu masih tetap ada..
Walaupun raya disambut sederhana namun diingatan masih kuat pada kenangan yang telah berlalu..

Malam raya membawa pengertian yang cukup bermakna... Tatkala bertemu dengan insan yang dahulunya pernah mendampingi.. Tiada kata manis yang terucap.. Tiada tawa yang menghiasi.. Melainkan.. hanya sepasang mata melihat.. dengan pandangan yang mendalam.. hampa dan kecewa...

Pertemuan yang seketika itu, diakhiri dengan salam dan deraian airmata.. Hanya kata maaf mampu diucap tatkala tangan bersalaman dengan penuh rasa kemaafan atas salah dan silap.. apa yang terjadi menjadi hikmah.. pengorbanan demi melihat kepuasan semua.. Genggaman tangan kian terlepas tatkala kaki melangkah pergi.. meninggalkan tubuh yang kaku berdiri memandang dari jauh.. Hanya air mata yang mengiringi permergian itu...

Hanya yang tersemat didua hati ini... Biarlah masa yang menentukan segalanya.. Segalnya telah ditentukan Allah.. Namun dua hati itu redha dengan segalanya... Mungkin apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tak ternilai harganya...

Pesanan buatnya: Lebaran ini tiada lagi kelibatmu.. Namun dihati ini tetap mendoakan kesejahteraanmu.. Semoga kau bahgia dengan dan redha dengan atas apa yang telah ditentukan.. Begitu juga aku, yang sedaya upaya menerimanya. Maaf atas segala yang telah berlaku... Namun kupercaya.. kau mampu mengerti...


Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buat pembaca blog AnnScape semua. Anne agak tidak berkesempatan untuk mengisi ruangan blog Anne dengan artikel atau apa sahaja untuk bacaan anda semua. Buat masa sekarang Anne sibuk memikirkan hal peribadi dan juga kerjaya yang tidak menentu. Jadi masa terhadap dunia blog agak terbatas.

Malam ini Anne berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk anda semua.Tanpa kita sedar Ramadhan kian melabuhkan tirainya, dan Syawal pula menjelang tiba. Tiba pula saat kita meraikan hari kemenangan kita setelah menunaikan Ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Di kesempatan ini, Anne ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pembaca blog Anne sekiranya sepanjang penglibatan Anne didalam dunia Blog ini ada salah dan silap yang Anne lakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Kemaafan juga dipinta andai hasil penulisan yang Anne paparkan disini ada yang menyinggung hati pembaca atau pihak-pihak tertentu. Kita semua hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Harap dimaafkan andai terdapat keterlajuran bicara. Walau apapun jutaan terima kasih buat pembaca yang setia melawat blog anne setiap hari. dan anne pun telah mengenalpasti beberapa blogger yang amat Anne hargai.

Akhir kata Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin... Saling memaafkan kesalahan yang dilakukan agar mendapat berkah. Insyaallah...

Jemput datang kerumah Anne raya nie... Emmm Tau tak rumah? he..he.. roger2lah dekat FB anne yer...
Jumpa lagi...

Wednesday, September 1, 2010

Pengalaman Itu Mendewasakan Kita

Semakin lama semakin malas nak update blog. Tak tahu kenapa.. Buka blog hanya nak lihat siapa yang masuk blog kemudian membalas kunjungan mereka. Mungkin sekarang bulan Ramadhan jadi tahap kemalasan terhadap blog semakin menjadi-jadi.

"Anne.. awat malas-malas ni? Kenapa suka tamak sangat? Bagilah malas tu dekat orang lain sedikit. Ni tidak semua nak bolot sendiri.. Tamak sungguh!...Dah..dah.. Bagi malas tu dekat orang lain sikit" 

PENGUMUMAN!
Siapa nak malas saya nie... Tawaran dibuka....
Ha..Ha... Ko giler!!!

Hari ini 1 September 2010, hari baru buat saya.. Hari ini saya akan atur kembali perjalanan hidup saya yang dahulu patut saya mulakan. Selama ini saya terlalu memikirkan kepentingan orang lain dan menjaga orang lain, tapi hari ini saya akan atur kembali hidup saya yang sepatutnya saya buat 4 tahun yang lepas.. Mungkin ambil masa untuk mengatur kembali, tapi masih belum terlambat kerana DIA selalu ada bersama saya.. Insyaallah.. semuanya akan berjalan dengan baik dengan izinNya.

Sesungguhnya setiap pengalaman itu mendewasankan kita dan menjadikan kita lebih kuat untuk memperbaiki apa yang kurang kepada yang lebih baik. Apa yang patut dan apa yang tidak. Kadang kala kita merasakan setiap dugaan yang diberikan kepada kita membuatkan kita menjadi lemah. Tetapi sebenarnya ia tidak melemahkan kita kerna ia memberi kekuatan kepada kita. Semakin kita sabar menghadapi dugaan tersebut, dan semakin kita tempoh dugaan itu maka kita menjadi semakin kuat dan bukan seorang insan yang lemah

Kerana orang yang lemah itu adalah orang yang tidak berfikir secara positif dan tidak pernah menilai kenapa dugaan itu diberikan kepadanya. Disebalik apa yang diberikan olehNya kepada kita, pasti ada hikmah yang terbaik buat kita. Sememangnya Ramadhan menguji tahap kesabaran dan keimanan kita. Selagi kita percaya, selagi kita mempunyai iman yang kuat dan selagi kita tidak cepat mengaku kalah selagi itulah kita akan merasa nikmatnya apa yang Allah swt berikan kepada kita.

Setiap apa yang terjadi disepanjang kehidupan kita pasti ada hikmahnya. Selagi kita masih bernafas, selagi kita masih diberi keizinan melihat dunia, selagi itulah kita masih lagi mempunyai peluang untuk menjadi yang terbaik. Dan selagi itulah kita mampu mengatur perjalanan kita menuju kepada jalan yang diredhai.

Insyaallah.. semuanya akan berjalan dengan baik dengan IzinNya.. Kita hanya merancang sesuatu dan hanya Allah yang menentukan. Allah tidak akan merubah nasib kita melainkan kita sendiri..

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...