Monday, June 21, 2010

Apa Yang Lagi Penting?

Suatu pagi si ayah menelefon anak perempuannya, disaat itu anak gadisnya masih lagi dikamar, masih lagi tidur.

Ayah bertanya “ Awak dekat mana? Awak sihat tak?” Betapa prihatinnya seorang ayah kepada anak perempuannya.
Si anak menjawab “ Sihat.. ada dirumah”.
Si anak pula bertanya “ Ayah sihat? Ayah dekat mana?
“Ayah sihat. Ada dekat kebun tengah menoreh” Jawab si ayah
“Emak sihat ker?” Anak gadisnya bertanya akan emaknya
Si ayah menjawab “ Kenapa?” Pelik, kenapa di Ayah berkata begitu.
Si anak menjawab “Tanya jer. Mak sihat ker?” Sianak bertanya lagi.
Kemudian ayahnya menjawab “ Emak demam tak elok lagi.Dah seminggu emak tak ikut ayah menoreh. Tangan mak terkena pisau getah.”
Anak gadis itu terdiam. Hatinya bertambah risau akan keadaan emaknya.
Si anak bertanya lagi. “Abang dengan kakak balik tak?”
“ Abang awak tak balik. Seorang pun tak balik” Jawab si ayah dengan nada sedih dan kecewa.
Si anak terdiam. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Terasa bersalah dia tidak pulang ke kampung.
Si anak gadis itu duduk diam... Memikirkan apa yang dia hendak lakukan. Ingin sambung tidur semula, hatinya tak sedap. Semua kerja yang dibuat tak kena.. rasa seperti ada perasaan bersalah wujud dalam dirinya.

Lantas dia terus nekad, handphone dicapai dan " Ayah rasa nak baliklah hari nie"
Kemudian Si Ayah berkata dengan nada gembira... " Baliklah... Nanti dah sampai bagitau ayah. Ayah jemput." 
Si anak gadis tersebut bangun dan terus bersiap pulang bertemu kedua orang tuanya..
Moralnya:

Jangan sesekali membiarkan kedua orang tua merasa sedih tatkala menunggu kepulangan anak tetapi anak tak muncul-muncul. Mengharap anak pulang menjengok walau seketika tetapi tiada juga. Ingatlah mereka tiada harta yang paling berharga selain daripada anak-anak yang ibu kandungkan selama 9 bulan, membesarkan sehingga dewasa. Takkan lah kita si anak tak dapat meluangkan masa walau sehari dengan mereka?

Walaupun ibu bapa kata "tak apa tak dapat balik, nanti baliklah" Tapi sebenarnya dalam hati mereka sedih anak mereka tak dapat pulang. Selagi mereka ada jagalah mereka sebaik-baiknya. Bila dah tiada jangan pula kita tangisi dan berasa kesal kerna dimasa hidup mereka kita mengabaikan mereka.

5 comments:

IERA HAJERAH AZMAN said...

seriyes i touch habis baca entry ni :(

Miss Annaz said...

nk balik tp..
aaaa.....ada jer hal nyer..

sI tEDI said...

ini cite betul ke?

tersentuh betul baca.

mmg banyak terjadi pada manusia zaman sekarang ni!

alynn malynna said...

n3 yg best...
suke kalau bace kisah mcm nie...:)

Ms. Ann said...

Iera: mekaceh..

Tedi: kisah betul-betul...

Annaz: hu..hu...

Alynn: Banyak dengar cerita macam nie.. Tapi.. kebenaran disebalik cerita tu..

Lisan Lidah dan Lisan berjari

Assalamualaikum wbt salam jumaat penuh barakah.. kita diminta menjaga lisan kita... bahya lidah nie ibarat pedang yang tajam.. walau ha...