Tuesday, May 4, 2010

Mungkinkah Berubah Hati

Emmm.... Nak tulis apa yer? Rasa sian pulak kat blog nie tak happy cam tuan dia yang tengah sakit nie... Ok nak story pasal Bercintan-cintun skit... He..he... Mood Bahgia..

Tajuk harinie.."Mungkinkah Berubah Hati?" Emmm Berubah? Pendek kata adakah si kekasih nie akan berubah hati dan berpaling pada yang lain.. Dan mengapa itu terjadi? Bercinta bagai nak rak.. tak kisahlah 2, 3, 4, 5 tahun ker... Last-last berpisah... Yang dah kahwinpun... lepas 7, 8 tahun or lebih.. boleh bercerai... Yang dah bertunang apa lagi..... Kenapa yer semua tu terjadi?

Adakah mereka tak serasi.. Kalau bercinta maybe boleh lagi kut sebab , mereka masih ada peluang untuk mencari yang lebih baik. Di sini ada beberapa faktor yang anne kira boleh mengundang hati berubah kut...

1. Kepercayaan
Sebab mereka saling tidak percaya antara satu sama lain. Ada jer yang nak dicurigakan.. Padahal Takder... Kalau dah saling tak percaya camna nak bahgia.. Sikit2 curiga Sikit2 curiga.. Mana tak angin... Kalau curiga benda yang betul boleh lah.. Nie kalau benda yang bukan-bukan... Ish..ish.. ish... Kesian kesian..


2. Tidak Jujur
Nie pun satu sebab. Bila masing-masing dah takda kejujuran.. memang sahlah... bakal lah tu... Tapi jika terlalu jujur pasti ada pergaduhan... Tak boleh nak jujur sangat... Tapi bila tak jujur... dikata memang sah penipu.. nak berahsia.. ish..ish..ish.. Camna tu?

3. Kongkong
Manusia nie memang tak suka dikongkong. Bila dikongkong memang hati mereka memberontak.. Apa sahaja yang dibuat pasti sahaja disekat. Bagai tiada kebebasan dan privasi dalam hidup mereka. Kesian jugak kalau dapat kekasih yang suka mengongkong nie. Kalau nak kongkong mungkin boleh tetapi biarlah kene pada tempatnya. Janganlah setiap masa dan setiap waktu sehingga pasangan merasa begitu terikat dan tidak bebas.

4. Paksaan
Siapa yang suka paksa2... Mesti takder nyerlah... Boleh ker perasaan dipaksa-paksa. Atau memaksa membuat sesuatu yang tidak kita ingini. Pasti taknak kan... Kalau asyik nak paksa.. atau push pasangan kita, mereka akan rasa tertekan dan sakit hati... Dan mula rasa tiada kesefahaman dan membawa keruntuhan terhadap perhubungan.. Buat apa nak paksa-paksa.. Cinta bukan boleh dipaksa-paksa.. Biarlah dengan rela hati.

5. Insan Lain
emmm yang nie juga adalah faktor kenapa hati berubah. Cinta nie kadang kala unik. Insan lain boleh membuat hati berubah. Kira macam hati berubah pada yang lain. Ini berlaku apabila wujud insan lain dalam diri pasangan tersebut. Dan mereka merasakan orang itu lebih baik dari pasangan mereka. Atau lebih menepati citarasa mereka. Perkara ini memang arr tak dinafikan.. tapi.. kalau itu satu-satunya perkara yang mmebuatkan hati berubah.. kita sebagai pasangan kene tahu apa yang menyebabkan hati pasangan kita berubah pada yang lain.. Mesti ada yang tak kene pada diri kita sehingga membuatkan pasangan kita berubah pada yang lain.

Yang nie jer nak gariskan... Tapi kalau dah jodoh tak kemana.. Kita manusia hanya merancang sahaja.. Tetapi tuhan yang tentukan.. Kadangkala kita ditemukan dengan orang yang salah pada mulanya... dan kemudian kita akan dapat yang lebih baik. Kerna tuhan itu maha adil. Setiap apa yang diberikan pada kita.. walau siapapun pasangan yang diberikan olehnya kita patut bersyukur kerna ada hikmah disebalik pemberiannya. Berdoalah untuk mendapat pasangan yang benar2 membuat kita bahgia di dunia dan di akhirat. Aminnnnn....

3 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

kadang2 bile cinta tak sume bnda kita tau..tp bile dah kahwin dah duduk serumah, makan semeja, tido sekatil tu sume yang tau kelemahan dan kelebihan yg kdg2 tak leh terima...hah.itulah..dia

Annaz Mohd said...

mmm..tak semua orang dapat apa yang dibayangkan..semua ketentuan tuhan..cinta perlu kejujuran, setia, saling sayang, yang paling penting percaya natara satu sama lain...buang yang keruh, ambil yang jernih..

joeamir70 said...

Untuk memilih kekasih, jgn la terburu2, kematngan diperlukan. Biasanya Tuhan Maha Adil, lelaki baik utk pompuan baik, semua manusia ada kelemahan, TAPI yg paling penting dlm perhbungan ialah keikhlasan dan kejujuran

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...