Wednesday, April 21, 2010

Tok.. Siapa Mak dan Ayah Saya?

Tok.. Siapa Mak dan Ayah Saya?

Seorang anak kecil sedang bermain ditaman permainan tiba-tiba berdiri kaku.Dia memandang tepat kearah kanak-kanak yang sedang bermain sambil ditemani kedua ibu bapanya. Entah apa yang difikirkan oleh anak kecil itu.Lantas anak kecil itu berlari anak kearah seorang lelaki tua yang sedang duduk dibangku.

“Tok… Adam nak tanya sedikit boleh?” Tanya anak kecil yang menggelar dirinya Adam
“Ye cu... nak tanya aper.” Jawak lelaki tua itu
“Siapa mak Adam?” tanya Adam dengan nada yang perlahan. Lelaki tua itu terkejut namun tidak berkata apa-apa.
“ Siapa ayah Adam? “ Adam bertanya lagi. Namun pertanyaannya tidak terjawab.
“ Kenapa mereka ada Ayah dan Ibu.. Tapi Adam takder?” Anak kecil itu bertanya lagi.
Lelaki tua itu berasa bersalah. Sama ada ingin memberitahu atau tidak.
“ Tok Adam rindukan mereka… Setiap hari Adam doakan kesejahteraan mereka. Adam nak sangat bertemu mereka. Atok tahu tak mereka dimana? Adam rindu … sangat dekat Ibu.. Adam ingin sangat bertemu ayah..” Kata anak kecil itu tanpa henti.

Lelaki tua itu menjadi semakin bersalah. Persoalan itu lah yang paling digusarkan oleh lelaki tua itu. Anak kecil itu sudha mula bertanyakan Ayah dan ibunya. Anak kecil itu sudah semakin inginkan jawapan. Anak kecil itu semakin membesar dan semakin mengerti.

“Tok,,,,, Kat mana mereka.. Adam rindu.. sangat.. Adam teringin nak menjadi seperti anak-anak itu” Kata Adam lagi sambil menunjukkan jarinya kearah kanak-kanak yang sebaya dengan nya sedang bergembira bersama keluarga.
“ Tok.. kenapa atuk diam.. jawablah.. Adam tanya nie” tanya Adam sambil menggoncangkan tubuh uzur lelaki tua itu.
Lantas lelaki tua itu berkata.” Mereka ada di atas” kata lelaki itu sambil menujukkan jarinya kearah langit. “ Allah sayang mereka.. jadi Allah ambil ibu dan ayah adam” kata lelaki tua itu lagi.. “ Adam dah petang nie.. mari kita pulang” kata lelaki tua itu sambil mengajak anak kecil itu pulang.

Adam tidak bertanya lagi hanya mengikut sahaja. Mungkin dia masih tidak mengerti atau masih lagi berfikir. Dalam perjalanan fikiran lelaki tua itu berputar..

Apa yang harus aku katakana pada anak kecil ini? Haruskah aku memberitahu perkara sebenar? Adakah dia bisa mengerti dan menerimanya. Perlukah dia tahu siapa dia sebenarnya. Aku telah berbohong padanya. Aku tak sampai hati untuk memberitahu dia bahawa dia “ Anak Pungut” aku takut untuk mengatakan dia “ Anak Haram”.. Ya Allah.. Anak ini tidak berdosa. Haruskah aku beritahu bahawa dia mangsa kekejaman kedua ibu bapa mereka. Dia angsa keadaan orang yang tidak bertanggungjawab? Aku tak mahu dia rasa terhina dengan kejadiaannya di atas muka bumi Allah ini. Biarlah dia tahu bahawa kedua ibubapanya telah tiada. Adalah baik dari mengetahu perkara sebenarnya . Ya Allah berikanlah kekuatan padaku untuk membesarkan anak ini menjadi anak yang berguna. Tidak seperti ibu dan bapa mereka.Selagi aku bernyawa selagi itu akan kujaga dan kudidik dia menjadi anak yang soleh”


Mereka terus berjalan pulang tanpa seribu bicara.

Nota: Jangan biarkan anak2 yang tidak berdosa ini terus bertanyakan dimana ibu bapa mereka. Anak itu anugerah yang teragung dari Allah Swt. Anak itu amanat dari Allah. Peliharalah dan jagalah ia sebaiknya. Jangan biarkan mereka menanggung derita kerana kita yang berdosa.

Wednesday, April 21, 2010, 1:12:39 PM
Miss_Anne

3 comments:

Jard The Great said...

tok ku da takda.. huhuhu

Ansof86 said...

samerlah... dua2 atuk dah takder

Cheqna said...

Dalam cerita ada peringatan...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...