Sunday, April 18, 2010

Rintihan Seorang Lelaki

Rintihan Seorang Lelaki

Aku hanya seorang lelaki
Lelaki yang mempunyai kehidupanku sendiri
Biarpun tiada yang mengerti
Bahawa peritnya kehidupanku
Adakah siapa sudi mendengar?

Aku lelaki seorang perantau
Merantau mencari kehidupan diriku sendiri
Hidupku melara, hidupku kosong, hidupke sengsara
Ditinggal kekasih, suatu saat dahulu,
Ditipu teman sehidup-hidup
Dihina orang tanpa kasihan
Dihimpit kesusahan tak sudah-sudah

Namun aku seorang lelaki
Aku harus tabah takkan pernah aku jatuh
Andai jatuh kubangun jua
Hidupku penuh berbakti
Berbakti pada yang memerlukan aku
Berikhsan pada yang meninginkan aku
Membantu pada yang inginkan pertolonganku

Sesekali aku tersedar
Tersedar bahawa terlalu banyak aku member
Namun bila lagi untukku menerima?

Aku seorang lelaki
Membantu temanku didalam kesusahan
Tanpa melihat kesusahan pada diriku
Melebihkan orang lain berbanding diriku
Menyayangi orang lain selain diri sendiri
Membantu orang lain selain membantu diriku sendiri

Namun aku kesal….
Kesal dengan mereka-mereka
Aku langsung tidak dihargai
Aku ditindas
Saat susah aku dicari… Bila senang aku dipinggirkan
Bila perlu aku dicari.. bila tak perlu aku takdipandang walau sebelah mata
Bila perlukan bantuanku.. aku membantu..
Namun.. tak pernah dipandang. Tak penah dipuji
Aku bukan mahu dipuji.. Aku bukan mahu disanjung
Tapi aku mahukan secebis penghargaan
Secebis pengertian..

Saat aku perlukan bantuan..
Kamu semua dimana?
Saat aku susah.. kamu semua hilang entah kemana
Saat aku sakit… tiada yang menjengukku
Saat aku sendiri tiada siapa menemaniku

Aku merintih pilu..
Sebab dihati walaupun aku seorang lelaki
Namun aku punya perasaan

Sampai bila aku kan hidup begini
Terus berbakti sehingga akhir hayatku
Berbakti pada orang yang tidak tahu mengenal erti budi
Tidak tahu mengenaljasa pekerti

Kalian semua..
Sungguhpun hatiku sakit…
Tapi tidak pernah sekali aku menjauhkan diri
Tidak pernah sekali aku menolak permintaan kamu
Selagi nyawaku diberi.. selagi aku diizinkan Ilahi..
Akan aku terus begini…
Sesungguhnya aku redha
Andai ini pemberianNya

Nukilan: Miss Anne
18 April 2010, 3.40pm
Adaptasi dari kisah hidup seorang lelaki

2 comments:

Zaidah said...

lelaki kena kuat dan bermotivasi...jangan terlalu emtional

Annaz Mohd said...

amat2 memilukan..kerana ku kenal insan yang seperti nukilan itu...hampir dan terlalu hampir...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...