Saturday, March 13, 2010

Teringat Akan Kucing-Kucing ku

Bila tengok kucing-kucing dijalanan.... mindaku terus teringatkan kepada kucing-kucing ku yang terdahulu...
Kinit, Putih, Merah, Perang, Lotong, Cicak, Hitam, Comot, Adik, Comel, Sinchan, Abang, Sitam, ibu dan banyak lagi...

Kini dirumah tinggallah Sitam dan kucing yang baru datang kokang... Ksesemua kucingku sentiasa akan mendapat tempat teristimewa waktu tidur...  Di katilku berselimutkan selimut ku juga... Memang dia akan aku bawa tidur bersama... Sebab seronok... Badan mereka lembut...cam baldu...

Oleh kerana terlalu sayang kan kucing sampai pernah sekali anak buahku merajuk kerana aku.. Ceritanya satu hari aku sedang sediakan makanan Sitam... Anak buahku Aina datang..."Makcik Anne buat aper tu?" tanya Aina. " Bagi kucing makan..." Jawabku..."ooooo.Nak tolong boleh?" tanya Aina.. "Boleh...duk Sini" tak lama lepas tu Aina bangu dan beredar dari situ... Aku fikir dia nak tengok TV...


Lepas tu dik aku datang.... "Kak enes... Aina merajuk" " Kenapa?" " Dia kata Kak Enes bagi kucing makan. Kak Enes tak bagi Aina makan" "Lahaulawala....." Emak dan kakakku yang kebetulan berada kat dapur ketawakan aku...... " Tulah...padan muker..kucing diberi makan..Anak buah tak bagi makan" Selepuk kene sebijik kat aku...


La....baru pukul berapa....nak makan..Sensitif betul si Aina nie...Hari tu memang aku jadi bahan ketawa oleh keluarga aku.... Pandai yer Aina...... Nakal Sungguh kamu yer... Pas tu aku terus bagi Aina makan.... Kuat makan betul....

Tulah ceritanyer... Tapi bagi aku..kucing tetap kesayangan ku.....

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...