Showing posts with label RAMADHAN AL-MUBARAK. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN AL-MUBARAK. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan & Kanak-Kanak

Sedar tidak sedar dah setengah Ramadhan pun. Cepat sungguh masa berlalu, rasanya baru semalam berpuasa. Selepas berbuka semalam, duduk berbual dengan housemate tentang puasa zaman kanak-kanak. Melucukan sungguh berpuasa ketika zaman kanak-kanan. Tak kering gusi bila teringat kembali zaman yang dah lama berlalu.
Gambar: search dekat google

Masa kanak-kanak memang nakal yang amat. Dalam bulan Ramadhan, tak sah kalau takda puasa yangyok.
Masa kanak-kanak mesti suka ponteng puasa. Kalau pergi mandi tu, mesti nak mandi lama-lama. Kata orang sambil menyelam minum air. Ni tak, sambil mandi telan sikit air tu.. " Alamak...Termasuk air dalam mulut" He..he.. Padahal sengaja minum air tu. Keluar bilik air jer, muka segar yang amat.. Apa taknyer dah minum air..

Kalau pergi tandas pun sama, minum gak seteguk dua air. Air paip pun jadilah... Ha..ha.. Kelakar sungguh.. Keluar tandas segar bugar... Hu..Hu...

Ingat pula dekat adik anne, Dia beli Ais Krim, niat nak nak makan masa berbuka puasa. Tapi faham-fahamlah kan aiskrim cepat cair. Rumah pulak jauh dari sekolah. Alik-alik sebab tak tahan tengok ais krim tu cair dia makan ais krim tu. Tapi nasib baik dia balik rumah dia bagitau dekat emak. Kira jujurlah tu. He..he..

Banyak lagi cerita zaman kanak-kanak nie. Srok kuih dalam beg lah, Ambil kuih dan pergi makan belakang rumah lah. Kelakar sungguh. Dah besar ni bila tengok adik-adik yang kecil puasa yangyok.. Teringat, kita pun pernah buat juga.

Zaman kanak-kanak dah berlalu... Sekarang dah besar dah... He..he..

Wednesday, August 11, 2010

Mereka Yang Kantoi Tak Puasa

Ehem.... Pagi2 lagi saya telah berjaya merakam aksi dua makhluk yang juga pasangan kekasih..yang telah terkantoi tak puasa pada 1 ramadhan.... Aper nak jadi entahnyer.... Bawak2 lah puasa...

Orang lain puasa ko tak puasa...

Niee dia Makhluk tersebut...
Hentam sama mereka

PASANGAN KEKASIH YANG DITANGKAP KERANA TAK PUASA


keasyikan makan... di pagi Ramadhan.. Ko tak pose yer...


Teman wanita nya sedang asyik menjamu selera... tanpa menghiraukan Camera Gurl yang merakam aksi sungguh tidka sopan mereka... Ha..ha...


Teman Lelaki juga asyik dibuai kesedapan menjamu selera dipagi ramadhan ... Tak menoleh langsung pada camera gurl nie..

HA..HA...tpi siapa yang bertanggungjawab?
Pesalah sebenar adalah!!!!!


Jenis Hukuman : Khidmat Masyarakat 
Detail: Memberi makan kepada kucing2 jalanan yang bertandang kerumahnye..
Perbelanjaan: RM50 kebawah sebulan..dengan menyediakan makanan kucing setiap bulan

SEKIAN.. BERITA PAGI..
DARI LAYAR ANN WORLD

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Di Kesempatan ini Anne nak Ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Kepada semua Rakan-Rakan Blogger dan Juga Pembaca Blog Anne

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Selamat Berpuasa Semuanya..
Moga Anda Semua Dapat Keberkatan di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini
Insyaallah

Ps: image ihsan dari google

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...