Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Contest: Adik-Beradikku Yang Comel

PENGUMUMAN...
Sekarang Sesi Ruangan Contest.. Dan Anne lama tak melibatkan diri dalam dunia Contest nie..
Tertarik dengan contest yang Anne tengok dekat Blog Seorang Jejaka Tampan...
Opps... Puji Skit...Tapi Ikhlas
Nie Contest pertama dia buat tau... Emm Nama Jejaka Nie ialah .... Fadhirul Ahmad... Atau Budak Kampung..
Saya pun orang kampung tau... He..he...
Nie Tajuk Contest Dia..

Adik-Beradikku Yang Comel

Contest"Adik Beradikku Yang Cute"

Ok.. Kat bawah nie adalah Pic Adik Anne .. Adik Bongsu Anne

Emm.. Nama Dia Nor Faisla... Adik bongsu aka.. yang no 12..
He..he... Gambar nie amik masa dia nak gi kenduri kahwin jiran.,
Sibuk Suh Anne mekapkan.. He..He.. Ala kadar jer..
Dak kecik takleh mekap banyak2 nanti terbiasa...
Comey tak Adik Anne???

Jom Join Cepat ...
Contest Nie tamat 10 April 2011 sebelum pukul 12.00 tengah malam tau..
Nak Join Senang jer...
Klik jer banner Contest kat atas nie...
Klik Jangan tak klik tau..

Nak tag saper ek?

Miss Annaz (Annaz Space)
Mama Redzuan (Kisah Seorang Ogy)

Ps: Dak kampung... saya dah join tau... he..he...

Friday, July 23, 2010

Contest: KISAH CINTAKU

Sebentar tadi Anne login GB terlihat ader satu kontest yang benar2 menarik perhatian Anne.. Lantas di klik pad link tersebut.. Emm.. Berfikir sejenak.. Nak masuk ker taknak.. Akhirnya decide untuk masuk.. Mana tahu.. ada luck disebalik kisah cinta saya.. 

Warning: 
This is the story of love that being happen.. mostly true.. Cerita ini diringkaskan bagi mengelakkan unsur2 yang tak diingini berlaku. So read it.. if u like please leave some comment.. TQ

Contest: KISAH CINTAKU


Kisahnyer Begini.....

Perkenalan Anne dengan Si Dia... bermula pada tahun 2006. Masa tu lagi seminggu sebelum Anne dapat tawaran Kemasukan ke IPTA... Masa tu tak tahu terbuka pintu untuk menerima Si Dia.. Si Dia amat rapat dengan keluarga rapat sangat2...  Masa tu tak fikir apa2 terus terima dia.. walaupun masa tu 50:50.. Sebab dia datang macam satu Anugerah dari Allah.. yang tak dipinta n tak diundang

Sebelum masuk ke Uitm dia memberikan hadiah pada Anne. dia minta Anne buka bila sampai sahaja Uitm. Malam lepas siap kemas2 baru Anne buka hadiah tersebut.. Terkejut bila buka.. Dalam tu ada:

Sebatang Pen yang comel, loceng yang digantung (if kene angin dia berbunyi), dua helai note duit, sepucuk surat dan sebentuk cincin emas..

Anne baca surat tertulis(lebih kurang begini)

" Jika awak sudi terimalah hadiah ini seikhlas hati awak... Sekiranya tidak, buangkan sahaja "

Anne mentafsir sendiri:
Pen yang diberi menandakan supaya Anne belajar rajin2, mencapai cita2 yang diimpikan serta menunaikan harapan kedua orang tua Anne yang mahu Anne mendapat segulung Ijazah yang menjadi kebanggaan keluarga.  Loceng yang diberi diibaratkan irama yang berbunyi menyampaikan rasa kasih sayang, rindu dan harapan dia tatkala ia berbunyi ditiup angin. Duit yang diberi untuk digunakan sebaiknya.. beringat dan berjimat.. Dia tahu itu sahaja yang mampu dia tolong Anne. Cincin emas yang diberi menandakan yang dia tidak bermain untuk memiliki Anne, dan mahu Anne memakainya supaya tiada siapa yang dapat miliki Anne selain dia.. tatkala jari manis si gadis disarung cincin emas.. tandanya si gadis telah dimiliki.

Tanggal 11 Ogos 2006 (11/08/06)
Anne dengan rela hati menerima dia sepenuhnya menjadi teman Anne.. hati Anne yakin 100% memilih dia sebagai teman Anne tanpa rasa ragu lagi. Walaupun kami bagai langit dan bumi, perbezaan yang cukup ketara dalam segala hal.. Namun... tatkala hati telah berbisik "Dialah Untukku...Aku Untukmu." 

Suka duka sepanjang perhubungan dengannya terlalu perit.. Pergaduhan, Pertengkaran.. Perkara biasa.. Anne yang masih terlalu muda berbanding dia, agak sukar mencapai keserasian.. Namun, segalanya dapat diatasi dengan izin Yang Maha Kuasa. Memang kebebasan hidup dan pergaulan Anne tersekat.. namun tidak sedikitpun merasakan satu kongkongan.. Walaupun ia kadangkala mendatangkan perasaan memberontak.. Itu tak boleh.. Ini tak Boleh.. sana Tak Boleh.. Marah..  Perkara biasa.. Mungkin sifat sabar yang dianugerahkan kepada Anne menyelamatkan segalanya.

Kenapa Dia Bermakna?
Pengorbanan yang lakukan pada Anne terlalu banyak... Kasih sayang yang tak pernah kurang, dia mengajar erti kejujuran, dia mengajar erti kasih sayang.. Perkataan yang sering diungkap.. "Abang hanya nak Ayang bersikap JUJUR pada abang... Itu sahaja" Susah payah, Sakit Demam Anne dia selalu membantu biarpun Hujan Panas, dia tetap datang berjumpa dengan Anne.. jauh manapun Anne dipindahkan.. Dari Lendu ke Bandar Melaka.. Dia tetap pergi..

Pertengkaran...
Sering berlaku pertengkaran... Tidak Percaya... Cemburu yang teramat sangat... Berperasangka Buruk yang tinggi.. Curiga Melampau.. Memang membuatkan hati menangis.. Namun.. demi kasih dan sayang tak berbelah bagi.. Anne masih mampu bertahan dengan sikap dia.. Mungkin itu ujian dia pada Anne sama ada Anne lah yang terbaik untuk dia.. 

Perkahwinan...
Acapkali Anne ajukan hal perkahwinan dengannya.. Dan acapkali menjadi hampa... Alasannya.. "Mahukah keluarga awak terima saya? Mesti tidak punya.." Belum cuba belum tahu.. Beribu kali tapi macam tu juga.. janji.. habis belajar... xjugak.. lepas dapat kerja... xjugak... lepas Konvo... xjugak..Lantas hubungan renggang.

Mei 2010
Menjadi saksi segalanya... Antara Suka dan Duka, Tawa dan Air Mata.. Antara Pertemuan dan Perpisahan Kata diucap.. hasrat diluah.. Namun... Musnah semuanya... Keadaan menjadikannya begitu... Namun.. tidak pernah aku lemah dan tak bermaya.. biarpun dia berputus asa.. adakah ini cinta terhalang oleh orang tua? bagi Anne tidak... masih ada ruang dan harapan untuk tetap bersama..

June 2010
4 tahun kasih bersemi... Akhirnya..Mahligai indah yang dibina runtuh .. namun semangat ini masih kuat.. Masih tetap menanti Sang Putera Idaman biarpun harapan itu bagai hilang.. Walaupun mampu bermimpi.. tetapi msih berharap sehingga kini.. Mimpi yang tinggal hanya mimpi.. Adakah mimpi menjadi realiti.. Harapan hanya tinggal harapan.. Aku Hawa yang masih tidak putus asa masakan kamu Adam telah mengalah? Perjuangan belum tamat.. Masakan kamu Adam telah berundur..  Hawa berbicara.. Andai Jodoh kita kuat..Pasti Kita bersatu kembali... Kerna  Hawa masih menanti Adam kembali melunaskan JANJI yang diletakkan..

Inilah KISAH CINTA Anne yang dapat dipertandingkan didalam kontest ini.. Kisah ini bukan rekaan tetapi adalah yang benar.. Harap Luck Contest ini Memberi Luck juga kepada Kisah Cinta Anne..

Terima kasih.. 

Thursday, July 22, 2010

Contest: TUDUNG KESAYANGANKU

Wah..Wah.. Ader orang invite masuk contest..
Emm tak rugi aper pun.. Cuberlah..
Ada nasih Anne leh menang..
Mekaceh Kakakku Tersayang Miss Annaz atas pelawaan..

Nama Contest Nie: "TUDUNG KESAYANGANKU"

Contest nie dibuat oleh Kak Aleeya..
Klik jer gambar bawah nie yer


Kat bawah nie gambar tudung yang nak dipertandingkan..
Ho..Ho..
Tengoklah yer...


Tudung nie beli dengan bestfriend Anne. Pertama kali pakai tudung sedemikian ruper.
Apapun memori ngan tudung nie adalah.. Dengan bestfriend Anne yang paling Anne sayang merangkap adik saya.

Contest nie nak dikongsi jugak ngan member yang lain..
Tengok siapa yang kene..


ChIpMuNk
Nur Hawa Md Zin


Sunday, July 18, 2010

Contest: HITAM ITU MENAWAN

First time nak masuk contest nie... Kebetulan Blog Anne warna Hitam.
Dah Kene lah tu dengan kontest nie.

" HITAM ITU MENAWAN"

Nie gambar Yang Anne Edit Untuk Contest nie


Nak Tau Cerita Disebalik Gambar Nie?

Gambar nie adalah gambar Anne sama dengan My Best Friend Forever..
Kami nie amat rapat.. Nama di El.. So gelaran kami L & N..
Gambar bie diambil masa Hari terakhir Anne bersama dia sebelum dia berangkat kembali ke Sarawak.
Sedih... Comel tak dia? Dia baru jer memeluk Islam Masa nie..
Alhamdulillah... Miss Her so much.. Sebab memory dengan dia terlalu banyak. Susah senang sama ngan dia..
One thing yang important.. She is My Sister and be part of my sibling... 
Kira dia anak angkat mak and ayah saye.. 
Sayang sangat kat dia..


Nie banner Contest...HITAM ITU MENAWAN
kepunyaan Cik missyaniabdullah



SYARAT2 CONTEST HITAM ITU MENAWAN

1. Menjadi follower missyaniabdullah..
2. Gambar mesti hitam putih..Jadi U all kene edit la jadi hitam putih
3. Gambar bebas janji hitam putih..
4. Buat entry khas dalam blog U all "kenapa korang suka pic itu" dan linkkan kepada blog missyaniabdullah
5. Kena letakkan banner contest di side bar blog u all...and mesti linkkan pada blog missyaniabdullah
6. Sila tinggalkan link u all di bawah contes ini..senang nak usha
7. Tag kan kepada 5 rakan blogger yg lain

8. Contest bermula pada 1hb Julai 2010 - 31 Julai 2010..keputusan akan diberitahu seminggu dr tarikh tutup.
9. hadiah menanti anda : 1st place - album gamba 2nd place -coklat

SELAMAT MENCUBA...


Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...