Monday, August 17, 2015

Masa Lebih Berharga

Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan lagi mengisi ruangan blog yang kadang mahu diupdate kadang malas.. Bila terasa nak update barulah mencorat coret disini..

Alhamdulillah... Bidadari Humaira semakin membesar biarpun hanya hujung minggu mampu luangkan waktu dengannya. Tapi sedang berusaha untuk sentiasa bersamanya selalu.. mudah mudahan Allah swt kabulkan permintaanku dan mudahkan urusanku.

Teringat akan humaira yang sudah pandai bercakap, pandai merajuk, pandai mengajuk kata orang serba serbi pandai sudah.. Alhamdulillah syukur kerana ramai yang sayangkan dia.. dan kasihi dia.. beri perhatian padanya... Alhamdulillah..

Sekarang bila balik.. pasti dia mahukan perhatian ibu 100% .. kena selalu dengan dia.. main dengannya.. bual dengan dia..

Balik dirumah duduk sebentar dia terus tarik tangan ibu..

"jom...jom" sambil dia cakap..
"nak g mana sayang..." aku bertanya pada humaira..
"jomla main.. main.. jom.." jawab humaira sambil mengangguk kepala dan menarik kuat tanganku keruang tamu untuk bermain dengannya..

Kutahu.. dia mahu bermain dengannya.. dia mula menunjuk kepandaiannya bermain.. berbual denganku..

Dia menarik bantal.. dan meminta aku baring..
"jom.. tido..tido..." humaira menyuruh aku baring diatas bantal yang dia beri..
Aku sengaja mengujinya..
"xnaklah.. ibu ada kerja" kataku sambil pura2 mahu bangun..

Humaira dengan pantas nak menangis sambil berkata
"tidolah... sini... janganlah..." sambil dia menarik tanganku..
Aku tersenyum sambil baring dibantal tersebut..

kemudian dia mengambil mainannya can baring ditepiku dan kepalanya berbantalkan lenganku.. sambil dia membebel kepadaku dan sesekali dia senyum padaku dan menciumku..

Aku memeluk humaira dan menciumku..

Dalam hatiku berkata..
"Ya Allah.. syukur Alhamdulillah kau kurniakan bidadari syurga buatku yang senantiasa menyenangkan hatiku.. kau bahgiakan anakku ini.. lindungilah dia dari segala kesulitan dan tempatkan dia bersama orang2 yang menyayanginya"

Ruginya jika aku seorang ibu mensiakan bidadari syurga sepertinya... Walaupun aku terpaksa meninggalkan seketika dia bersama keluargaku.. tapi tanggungjawab sebagai ibu harus kugalas biar sesibukmanapun diriku...

Bagiku masa adalah segalanya.. jauh bukan penghalang.. setakat sejam perjalanan hari2 kumampu berulang alik pagi petang.. namun ku ada juga tanggungjawabku yang lebih penting.. Alhamdulillah Allah memberikanku kemudahan melaksanakan tanggungjawabku dengan mudah...


Duhai bidadariku...
Ibu yakin kamu bahagia...
Ibu yakin kamu kuat...
Ibu rindu kamu..
bila ibu mengaduh sakit..
kamu cepat peluk ibu cium ibu..
bila ibu nangis..
cepat juga kamu peluk cium ibu..
lantas air matamu juga kelihatan menitis..
Bila makcik kamu nak picit ibu..
Kami menjerit marah dan nangis
Ya ibu tahu kamu tak mahu sesiapapun menyakiti ibu..

Ya Allah...
Anakku.. kau anugerah terindah..
Ibu sayang kamu keakhir nyawa ibu..
Semoga kita kan bersama berpimpin tangan menuju ke syurga bersama ayah dan yang lain2 juga...

Amin ya Rabb




Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...