Wednesday, May 27, 2015

bahawa ....

Apa dirancang mungkin tak seperti yang benar terjadi... namun sering mengharap dan mencuba agar ia tetap dapat menjadi seperti yang diingini walaupun seakan-akan sahaja...

Mungkin ramai merasa tidak patut itu.. tidak patut ini... jangan begitu jangan begini...namun sebenar dan hakikatnya itulah yang perlu dijalani...

Kadang nampak seakan meminggirkan insan yang patut kita belai dan sayang demi orang lain... Kadang nampak kita melebihi orang lain berbanding diri kita... Namun hakikatnya kita terpaksa kuat menghadapi segalanya...

Disaat kita sendiri... dimanakah kekuatan boleh dicapai... tatkala mungkin ramai yang merasakan kita tidak seharusnya begitu... melainkan berharap pada Allah swt melindungi... memberi kekuatan.  memberikan kesabaran . .menjadikannya seorang insan yang tabah dimasa akan datang...

ketahuilah...
kutak mahu juga seperti ini...
sabarlah duhai hati yang kusayangi...
maafkan diri ini... namun kusedang berusaha tuk menjadi yang terbaik untuk dirimu.. dimana suatu hari kau berbangga kerana kau punya aku diawal dan akhirmu

mungkin kau tak mengerti namun kuharap kaukan mengerti dan mereka semua mengerti..

bahawa....

Monday, May 18, 2015

Diam...

Kadang diam itu lebih baik...
Kadang diam itu membawa sakit...
Kadang diam itu memberi waktu bersendiri
Kadang diam itu tuk mengelak perbalahan
Kadang diam itu merajuk hati
Kadang diam itu tanda mengalah
Kadang diam itu seperti kebodohan diri
Kadang diam itu seperti menyombong diri
Kadang diam itu seakan mementingkan diri sendiri
Kadang diam itu pastinya kan disalah erti
pastinya.....

Namun ada pertanyaan sampai bilakah harus berdiam diri...

senyuman dilemparkan....

Jawapan yang mudah... sampai waktunya bila bibir itu berbicara akan segalanya...


bicara hati ke hati

Sunday, May 17, 2015

Rindu ku buatmu bidadari

Tiada kata yang dapat ungkapkan perasaan ku... hanyalah sejuta kerinduan buat bidadari yang disayangi . .

Sebentar waktu benar bermakna buatku walaupun inginku panjangkan waktu itu...

Tangisannya kekasih hatiku ... memelukku erat dan ciuman tanpa putus buat ibunya yang dirindui...

Ketahuilah sayangku, ibu juga sepertimu... ibu rindu... ibu tak mahu berganjak darimu.. namun waktu benar cemburui kita..

moga kamu memahami keadaan ibu sayang.. tatkala ini air mata ibu mengalir kerana rindukan kamu sayang...

moga kereta ibu cepat baik.. dan pasti ibu selalu disisimu seperti dahulu..

Saturday, May 9, 2015

Rehat yang cukup

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Bangun pagi rasa letih @ segar?
Jika letih sememangnya belum memiliki rehat yang mencukupi... Jika segar pasti dapat rehat yang mencukupi..

erkkkk...

Bangun pagi nie rasa letih yang amat sangat... Rasa malas nak bangun, lenguh2 badan... kebiasaan segar sahaja... kali nie memang all out betul...

Pasti gara2 heavy duty semalam... Mujur hidup ni belum diberi kesempatan diuruskan dan menguruskan... Jika diberi kesempatan... emmmmm

this week full working till weekend... nextweek also... Ya Allah... syukur alhamdulillah..   kesibukan diberikan untuk mengalih waktu dari memikirkan hal yang tidak perlu....

Namun kerinduan ... rindu... rindu... buat yang disayang3... Bidadari.. ibu miss u so much....

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...