Wednesday, September 3, 2014

Mungkin Ini Yang Lebih Selesa

Alhamdulillah... Moga semua sihat-sihat
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari-hari baru yang dilalui ini semuanya nampak lebih baik.. Aktiviti tidak berfaedah telah berjaya dikurangkan.. Alhamdulillah diisi dengan kesibukan yang amat sangat... Aktiviti malam dipenuhi dengan mentelaah dan berehat.. Sejak mengandungkan bidadari dulu selalu tidur awal.. pukul 9 malam memang dah rasa nak lena terbawa-bawa hingga sekarang.. hihii..

Ada waktu nie rehat sebentar update blog kesayangan.

Mulalah join satu group WhatsApp nie.. yelah.. kita bosan tak tahu nak buat apa. Atleast berbunyi juga handphone nie dari senyap sahaja. Kalau group nie ok boleh join lama.. If tidak confirm out.. hihi.. Apepun just cuba isi waktu dengan apa sahaja asalkan tidak menggugat tugas hakiki kita.

Tengok dan dengar kisah-kisah orang. Kadang kita rasa kitalah yang paling tak beruntung.. tapi ada lagi yang lebih tak beruntung.. kadang kita rasa kita selalu tidak bernasib baik, tapi ada lagi yang kurang bernasib baik.

Moralnya.. Allah swt memberi sesuatu seraya dan semampu kita menanggung dan melaluinya. Jadi tak perlu risau.. sandarkan kepad allah swt.. Insya Allah

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...