Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Wednesday, August 6, 2014

Simple sahaja

Wednesday, August 06, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Saya suka yang simple dan mudah... Kadang-kadang orang tengok saya geleng kepala ada, atau berfikiran dia ni xda yang baru atau yang lain ke nak pakai. Emmm biarlah apa orang kata... Tak menyusahkan anda pun..

Pergi kemana-mana bawalah tas tangan, bukan yang ada cop2 jenama terkenal tau... Tas yang orang buat gift kenduri kahwin tu... Hahaaa.. Gelak sendiri jap... Dalam tulah isi ada beg duit small yang dah tercabut2.. hehe... Dah hukum buang jelah...

Tapi saya ni jenis tak kisah... Bukan tak mampu nak beli.. Tapi sy jenis asal boleh guna kita gunalah... Malas nak tunjuk gambo kat sini.. Malas nak snap... Lagipun saya jenis bukan guna handbag.. Kalau ada handbag segala macam nak letak lepas tu cari2 tak jumpa.. Terselit sana .. Terselit sini.

Pakaian pula.. Ofcoz.. Pakaian kerja sehari-harian.. Nasib company provide.. Just beli skirt dan match tudung sahaja. Simple jer kan... Nak pakai lawa-lawa nak tunjuk siapa.. Xgitu..janji kemas.. Lainlah kalau ada appointment ofcoz kite pakai formal attire. Baru orang impress.

Makeup... Emmm oles2 sedikit jer... Disebabkan saya specky.. Jadi takyahlah nak makeup2 sesangat. Ditutup juge.. He..he...

Kasut... Alah biasa jer.. Yang murah2 janji selesa... Beli mahal dulu pun.. Ada dekat kampung.. Tak guna-guna.. Ha..ha.. Itu beli time ikut nafsu... Asal nak beli jer... Sekarang.. No more.

Shopping?
emm lame tak bershopping.. Yelah.. Masa... Lagipun tak rasa nak membeli sangat. Saya bukan boleh tengok orang ramai-ramai... Barang banyak-banyak.. Pening kepala then xbeli apa-apapun.

Jalan-jalan...
Saya bukan seorang yang keluar jalan-jalan. Rumah adalah tempat yang paling selamat dan selesa. Jika dah balik rumah.. Emmm jangan harap saya akan keluar semula melainkan ada urusan penting.

Pokoknya.. Saya suka as simple as i can. As long as masih ok. Well cara kita kan... Semua orang tak sama... Apapun yang penting kita enjoy dengan life kita.

Love my bidadari..  love my love...

0 comments:

Theme Support