Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Sepi

Alhamdulillah...
Hari ini 4 Ramadhan... Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah harian dan puasa. Ada juga yang tak berpuasa hari ini... Yang saya maksudkan adalah para jelita-jelita yang diberi cuti khas oleh Allah swt.... Cuti orang perempuan... Walaupun tak boleh berpuasa tetapi tetap dapat ganjaran pahala yang besar sama seperti orang yang berpuasa. Nak dapat ganjaran pahala macam mana? Salah satunya menyajikan makanan buat mereka yang berpuasa... Contohnya para isteri menyediakan juadah untuk suami berbuka puasa... Untuk anak-anak.. dan lain-lain..

Taknak pahala?  Rugi...

Selain itu dalam ibadah seharian juga boleh dilipat gandakan dengan berzikir.. Biasanya wanita yang sedang cuti khas ini hatinya akan rapuh dan mudah digoda nafsunya, emosinya cepat tersentuh. Bawa-bawalah berzikir.

Saya tahu ramai rakan-rakan sedih, sepi, rasa keseorangan kerana berbuka puasa sendirian tanpa pasangan. Sedih memang sedih.. tapi ingatlah suatu hari nanti kita sendiri juga... semua ditinggalkan.. Jangan dilayankan perasaan kerana nanti memakan diri. Apa yang boleh kita lakukan adalah manfaatkan waktu sendirian yang kita perolehi ini dengan ibadah.. dengan zikir, baca Al-quran, solat sunat dan sebagainya. Bukan mudah nak dapat hidup diri.

Kalau tidak.. dipanggil itu.. dipanggil ini... masa pun dibahagi-bahagi. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi..

Apapun.. selamat bergembira hati-hati suci sekalian... Selamat berpuasa...

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...