Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Thursday, July 3, 2014

5 Ramadhan 1435

Thursday, July 03, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Alhamdulillah, hari ini dah 5 Ramadhan.. Cepat kan? Tak terasa masa berlalu. Nak tulis apa ye hari ni. Emmm pasal tidur di bulan puasa. Sebut pasal tidur bulan puasa memang best! Letih dan tidur. Lapar dan tidur... Alahai... best sungguh!

Biasa waktu yang best tidur lepas bersahur dah lepas solat subuh. Sepatutnya kita tak perlu tidur sampai kesiang hari.. Tapi kebanyakan kita itulah waktu yang paling best nak tidur.. He..he.. saya pun suke... Sesekali adalah sebab tak tahu nak buat apa kan..

Tapi apa yang kita rasa bila bangun pada siangnya? Macam rasa lapar, Macam pening kepala, Macam rasa dahaga, Macam rasa tekak kering, Macam rasa malas ..... Emmm tak tahulah orang lain rasa... Tapi itu yang saya rasa.. Ha... tidur lagi... kan elok kita penuhi dengan bacaan ayat suci Al-quran, Tengok siaran kuliah agama atau pergi masjid solat subuh.. Confirm dapat elak tidur...

Seeloknya kita mandi segarkan badan.. Tak tido semula.. confirm! Yelah... lebih-lebih bulan puasa.. Banyak aktiviti yang tak boleh dibuat.. atau terhad... Tapi inikan bulan yang mulia.. banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan...

Berbalik pada kisah tidur... Disiang hari pun kadang kita tidur... Kalau tidur terlalu lama boleh makruh tau.... Cukuplah tidur sekadar merehatkan diri. Bagi yang bekerja dapatlah elak dari tidur. Bagi kita yang tak buat apa ni.. emmm macam mana tu? Buat lah ape yang patut nye.. huhu....

Apapun nak tidur, tidurlah... tidur tu bagus tuk rehatkan minda dan badan... tapi jangan terlebih tidur sudah....

0 comments:

Theme Support