Tuesday, July 23, 2013

Amalan Untuk Merasa Tenang

Mungkin kita mengalami kegawatan perasaan. Kadangkala diluar kawalan diri kita. Adalah baik.untuk amalkan membaca Al-Mathurat dengan menghayati maknanya secara konsisten, paling tidak selama 40hari secara berturut. Jika tidak punya masa yang cukup... Amalkan Al-Mathurat ringkas sahaja.... Insya-ALLAH...
.....................................

"Dengan nama ALLAH yang dengan nama-NYA,akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan DIA Maha Mendengar dan Mengetahui."

"Aku berlindung pada kalimat ALLAH yang sempurna daripada kejahatan yang diciptakan."

"Ya ALLAH... Aku berlindung pada-MU daripada rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-MU daripada sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-MU daripada cengkaman hutang dan penindasan manusia."

"Ya ALLAH, sihatkanlah badanku ya ALLAH, sihatkanlah pendengaranku ya ALLAH, sihatkanlah penglihatanku."

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung pada-MU daripada kekafiran dan kefakiran, ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari azab kubur, tidak ada TUHAN selain ENGKAU."

...................

"Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)-MU, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)-MU, serta badan.yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)-MU.
Ya ALLAH, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.
(Ya ALLAH) kurniakanlah kami (deen) cara hidup yang jitu dan unggul;selamat daripada segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya ALLAH) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami (ya ALLAH) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain.daripada ENGKAU sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat-MU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan (ya ALLAH), ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat wahai yang memperkenankan pinta (perkenankanlah)."

Amin Ya Rab.....
...................

Apabila kita punyai masalah... Bukan kita tidak boleh mengadu kepada manusia... Ada perkara kita boleh berkongsi dan ada perkara tidak... Tetapi adalah lebih baik diutamakan kepada ALLAH, sebab ketenangan sebenar datangnya daripada DIA. Hanya DIA yang berhak disembah, hanya DIA juga tempat kita bermohon.

Coretan ringkas diambil dari Tulisan Dr HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ dari buku "Cipta Syurga Hati"

1 comment:

Annaz Mohd said...

Mencari ketenangan dengan kalimah suci al-quran..

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...