Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas. Ditengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncaknya kemarahan, seorang telah memukul sahabatnya.
Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis si atas pasir:
"Hari ini sahabat baikku telah memukulku"
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama, Setelah lama berjalan, mereka sampai disebuah lembah subur dengan tasik yang dingin. Tanpa berlengah sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan tubuhnya. Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.
Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik tersebut, ia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:
"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku"
Sahabatnya bertanya, " Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?"
Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku menginagtinya sehingga bila-bila..."
Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap penderitaan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar kita segera boleh melupakannya. Namun sebaliknya, apabila kita mengecap nikmat daripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah di dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila.
Rahsia untuk mendapat ketenteraman dan kedamaian hakiki:
Lupakan dan maafkanlah segala kesalahan orang lain kepada kita sebelum tidur dan pejamkanlah mata untuk merasai nikmat dan kesyukuran yang kita kecapi.
Kebencian dan dendam yang kita bawa sehingga ke dalam tidur menjadi racun yang direngguk, bisanya menyelinap ke seluruh tubuh dan kemudian membunuh kebahagiaan dan kedamaian diri
Justeru itu, tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Sumber: U-Turn Ke Jalan Lurus
1 comment:
Nice Blog. Harap dapat jalan2 juga di sini...
Jom Beli beg Crumpler dan NorthFace 100% Asli di sini:
http://hanafatini.yoshop.my/
Post a Comment