Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Monday, April 8, 2013

Bukan Kata Sebagai Nilai

Monday, April 08, 2013 Posted by Ann Mohamad No comments
Manusia bijak berkata...
Tika kecilnya lagi... Sehingga Dewasa... Hinggakan Kehayatnya
Bezanya kata ... sama ada bermakna... Kosong... Lesu... Bersahaja...
Ada insan bijak berkata... namun dia bukan seorang sasterawan
Ada insan bijak berkata... namun dia bukan cediakawan...
Ada insan bijak berkata... namun dia bukan karyawan...
Ada insan bijak berkata... tapi dia insan biasa...
Ada insan bijak berkata... tapi dia hanya suka berkata...
Ada insan bijak berkata... tapi mungkin tiada makna...
Ada insan bijak berkata ... hanya kerna meluah rasa...
Ada insan bijak berkata... hanya sekadar bicara...

Walau apapun yang dikata....
Hasilnya pada pembacanya....
Hasilnya pada penilaian pendengarnya
Hasilnya pada pemikir yang bijaksana

Kadang manusia melihat hanya terpesona pada kata..
Keindahan bahasa... tutur dan gayanya
Kadang manusia melihat dan menilai bukan hanya pada katanya..
Namun pada makna disebalik kata...

Kerna tiada.. kata tanpa makna..
Tiada bicara tanpa tujuan
Bukan hanya sekadar bingkisan...
Hanya terletak nilaian pendengar...
Kadang sampai maksud tujuan katanya..
Kadang terpesong nilaian manusia
Kadang turut tersalah ertinya..
Berbeza pendapat... Berbeza nilaian...
Itulah bezanya tahap pemikiran...
Diantara satu manusia dengan manusia yang lain.....

0 comments:

Theme Support