Friday, November 30, 2012

Persoalan dan Jawapan

Kadangkala banyak perkara yang sering kita tertanya.... Mengapa? Kenapa? Macam mana? Untuk Apa? Perlukah? Pastikah? Bila?...

Akan banyaknya persoalan yang kadang kala ada jawapan... dan kadang kala tiada jawapan...

Kenapa?

Kerana tiap persoalan kadang kala telah ada jawapannya... Hanya kita sendiri yang tidak nampak jawapannya... Hanya kita yang masih mahukan jawapan lagi sampai dapat penuhi kepuasan diri... Tak semestinya perlukan jawapan yang pasti... Kerana kita sendiri mampu mencarinya...

Susahkah?

Kadang kala memberi jawapan pada setiap persoalan adalah sesuatu yang sukar. Kenapa? Kerana mungkin jawapan yang diberi bakal menyinggung hati... sukar diterima... atau jawapan yang tidak ikhlas dan tidak jujur atau terdapat sedikit pembohongan atau sembunyian. Kenapa harus ada sembunyian dan pembohongan??? Kerana menjaga sesuatu daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini. Betulkah begitu? Emm betullah... Xpercaya.. tanyalah diri sendiri.

Perlukah begitu?

Terletak kepada individu itu sendiri. Ada orang tidak suka memberi jawapan pada soalan yang meremehkan @ merunsingkan @ menyakitkan @ menjerat diri. Ada orang akan memberi jawapan pada pertanyaan yang dirasakan dia boleh memberikan jawapan yang yakin dan pasti. Dan membiarkan persoalan menjadi tanda tanya....

Apa yang patut? Perlukah semua itu?

Emmm tepuk dada tanyalah hati... Rambut sama hitam.. tatapi hati lain2. Yang perlu dilakukan adalah menjawab pertanyaan yang kita mampu berikan jawapan yang yakin dan pasti. Adalah lebih baik berkata benar walaupun kebenaran itu menyakitkan daripada pembohongan yang akhirnya memakan diri... Kerana ia akan disusuli dengan pembohongan juga...  Bagi persoalan yang tak mampu diberi jawapan... cukuplah dengan mengatakan "saya tiada jawapan untuk pertanyaan itu buat masa ini"

Oh Persoalan dan Jawapan...
Hidup penuh soalan... Pertanyaan...

p/s: Bahgia itu letaknya dihati... Cipta bahgia dengan cara kita... Tiada bahgia tanpa menempuh derita...


No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...