Thursday, June 7, 2012

Mati Itu Pasti

Baru sahaja Menerima perkhabaran kematian pesakit saya.. adalah sesuatu yang amat menyedihkan
Takziah buat keluarga Arwah.. Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...
Mungkin Allah lebih sayangkan arwah.. Tapi bagi kita yang masih lagi berpeluang menikmati akan nikmat dna kurniaan Allah..  ketahuilah.. akan Mati Itu Pasti..
Cuma tiadalah diketahui akan bila waktunya..

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Al-Fatihah Buat Arwah En Mohd Jalil...

Monday, June 4, 2012

Bilakah waktuku akan tiba

Terdetik dihati... Tertanya diminda
Terfikir diakal ... Berdegup dijantung

Bilakah waktu itu akan tiba
Tiadalah tahu akan waktunya
Tiadalah tahu akan masanya
Tiadalah tahu akan siang malamnya
Tiadalah tahu bagaimana akan keadaannya
Tiadalah tahu dimana tempatnya
Tiadalah tahu akan senang atau azabnya
Tiadalah akan diketahuinya selaian dariNYA

Apakah telah cukup bekalanku disana
Sempurnakah amal ibadahku didunia ini
Sudah terlangsaikah hutang piutangku
Sudahkah kupohon maaf pada setiap kesalahanku

Andai aku dijemput sekarang
Tiada sempat aku memohon maaf buat kedua ibu bapa..
Atas segala salah dan silap
Sempatkah kubertaubat atas segala dosa yang terlakukan
Tergambar akan azab yang terperi...
Adalah lebih azab dari apa yang tergambarkan

Takut ku dijemput sebelum aku sempat bertaubat PadaNYa
dari segala dosa dan noda
dari segala salah dan silap
Takut ku dijemput sebelum sempat ku cium tangan ibu
yang mengandungkan ku.. yang menjagaku.. yang melayan kerenahku
Yang sentiasa memaafkan akan segala salah silapku
yang tetap bersabar akan setiap perilakuku
Takut kudijemput sebelum sempat mencium tangan ayahku
Yang telah membesarkan aku..
Yang bersusah payah mencari rezeki menyekolahkan ku
Yang sentiasa menyenangiku...memaafkanku
Memberi nasihat tunjuk ajar padaku

Teringatku akan salah silapku pada mereka...
Menyakiti hati mereka dalam diamku..
Antara sedar dengan tidak sedar..
Ya Allah...
Berikanku petunjukmu dan hidayahmu..
Berikanlah aku kesempatan untuk menyempurnakan segalanya
Sebelum aku menemuiMu..
Ya Allah Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui Akan Segala Sesuatu..
DaripadaMu aku datang... dan kepadaMU jua aku kembali..


p/s: Syukur Alhamdulillah.. mengutuskan dia untukku...  moga terpeliharalah aku dari segala dosa..

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...