Pernahkah terfikir? Pernahkah Direnungkan? Pernahkah Dimuhasabahkan?
Akan apa yang dilakukan sepanjang hari-hari yang berlalu...
Pernahkan apabila mengakhiri hari sebelum lewat tidur malam
akan ..... apa yang dikerjakan sepanjang hari siang sehingga waktu tidurnya
Pernahkah akan kita terfikir...
Apa sahaja yang aku usahakan hari ini?
Apakah aku ikhlas melakukan kerja ku hari ini?
Adakah aku sentiasa mengeluh dengan pekerjaanku hari ini?
Adakah aku membiarkan waktuku berlalu hari ini dengan sia-sia?
Adakah setiap saat.. setiap detik masa yang berlalu kuisikan dengan kerja yang bermanfaat?
Adakah waktu itu kubiarkan berlalu dengan angan-angan yang kosong?
Adakah aku sekadar duduk termenung tanpa berbuat apa-apa?
Adakah aku sudah melunaskan akan kewajiban ku sebagai seorang muslim dan muslimah?
Adakah tertinggal akan lima perkara wajib yang harus aku tunaikan?
Adakah aku sering menangguhkan setiap kerja yang harus kulakukan?
Adakah aku sering berkata "Nanti dulu... Banyak masa lagi"
Dan sehingga masa itu berlalu... lantas satu perkataan muncul..
"Ya Allah.... aku terlupa" dahi ditepuk
Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...
Aku diberi kudrat untuk melaksanakan kerja
Adakah ... hari ini aku menggunakannya dengan sepenuhnya?
Atau hanya membiarkan ia rehat?
Aku diberi akal untuk berfikir
Adakah hari ini aku menggunakannya dengan sebaiknya?
Atau aku hanya menggunakannya untuk berfikir akan perkara yang sia?
Aku diberi mata untuk melihat
Adakah hari ini mata itu kugunakan melihat perkara yang tidak berfaedah?
Atau sekadar memandang pada luaran bukan pada mata hatiku?
Aku diberi telinga untuk mendengar..
Adakah hari ini aku membiarkan telinga ini mendengarkan berita yang sia-sia?
Adakah hari ini aku membiarkan telinga ini mendengar kata-kata nista
kata-kata cacian.. kata-kata kosong yang mencacatkan pendengaran?
Aku diberi mulut untuk berbicara..
Adakah hari ini mulut ini kugunakan untuk mengungkapkan kata-kata yang baik?
Adakah hari ini mulut ini kugunakan untuk mengucapkan kata-kata umpatan?
Adakah hari ini mulut ini tidak terucap kata-kata pujian akan kebesaran yang Maha Esa?
Aku diberi kaki untuk berjalan...
Adakah hari ini langkah kaki ini berjalan ketempat yang betul?
Atau kugunakan kaki ini melangkah ketempat-tempat yang tersia-sia?
Pernahkan kita muhasabah akan hari seharian kita?
Pernahkah kita berkata pada diri kita sendiri akan betapa lalainya kita akan hari itu?
Betapa banyaknya waktu kita bazirkan..
Betapa ruginya akan kita pada hari itu..
Betapa lemahnya diri kita pada hari ini
Moga hari esok akan lebih baik..
Moga.. tak terulang akan pembaziran yang kulakukan hari ini..
Insyaallah
p/s: hanyalah sekadar bingkisan dari kotak fikiran penulis... benar atau tidak.. sama atau tidak.. sesungguhnya kita manusia lemah... yang berhak mencari dan memperbaiki akan kelemahan itu...
Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lama meninggalkan dunia blogger
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
-
Tengah duduk-duduk menanti patient.,.... Teringat pulak zaman sekolah Masa tu darjah satu tak silap.... Alkisah... Anne bagitau kawan mac...
-
Zaman sekarang manusia bukan kira anak dara ker, isteri orang ker, mak orang ker, makcik orang ker.. semua nak try.. Maka.. kalau isteri2 ...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
No comments:
Post a Comment