Hari berlalu kian berlalu.. Kadang kala kita meniti hari yang berjalan.. Waktu yang tiada henti bagaikan kita tiada sedar... Kadang kala kita menjadi alpa dan lalai... Dan kadang kala kita sendiri tidak menyedari.. Hanya selepas menitinya barulah kita tersedar... "Ya Allah... cepatnya masa berlalu" ... "Eh... dah hari Sabtu ? Rasanyer macam baru hari Isnin" ... " Eh.. dah nak hujung tahun dah ker?" .... "Eh... Dah malam ker?" ... Macam-macam perkataan kita ucapkan pabila kita tersedar akan berlalunya waktu....
Haruslah kita sentiasa beringat kerna waktu itu tidak pernah menunggu kita.. Pasti ia terus bergerak.. dari satu detik ke satu detik.. dari satu titik ke satu titik... Andai terleka ... alangkah ruginya kita... Biarlah kita menyedari akan berlalunya waktu itu.... Agar kita tidak akan merasa ketinggalan... Pabila terleka.... dan saat tersedar... barulah kita termanggu memikirkan akan masa yang terbuang dengan sia-sia.... Sesungguhnya perkara yang sia-sia itu amalan yang tidak baik...
Sesungguhnya aku pernah mensia-siakan waktu.... waktu yang terbuang dengan tiada apa yang diperolehi melainkan sia-sia belaka.... Dan akhirnya aku menyesali waktu yang pernah kubuangkan... Syukur kerana Allah sentiasa membukakan mata dan hati ini melihat segala perkara yang sia-sia .. dan aku semakin menyedarinya... Diharapkan kehidupan kita seterusnya dipenuhi dengan perkara yang tidak akan mensia-siakan... Insyaallah....
Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lama meninggalkan dunia blogger
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
-
Tengah duduk-duduk menanti patient.,.... Teringat pulak zaman sekolah Masa tu darjah satu tak silap.... Alkisah... Anne bagitau kawan mac...
-
Zaman sekarang manusia bukan kira anak dara ker, isteri orang ker, mak orang ker, makcik orang ker.. semua nak try.. Maka.. kalau isteri2 ...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
1 comment:
demi masa, sesugguhnya manusia dalam kerugian :)
Post a Comment