Friday, April 29, 2011

Kesilapan.... Adakah Kita Menyedarinya?

Setiap dari kita ada melakukan kesilapan.. Antara silap yang besar atau silap yang kecil.. Kadangkala kesilapan itu kita lakukan dengan sengaja atau mungkin dalam ketidaksengajaan. Mungkin ada diantara kita menyedari kesilapan itu dan ada pula yang tidak menyedarinya.

Silap itu sudah menjadi lumrah bagi kita sebagai manusia. Saat melakukan kesilapan kita tidak menyedarinya.. setelah dilakukan.. barulah kita sedar akan kesilapan itu.. Mujur bagi yang menyedari kesilapan tersebut dan memperbetulkannya.. Bagaimana pula antara kita yang menyedari tetapi.. membiarkan ia terus menjadi silap tanpa memperbetulkannya.

Mungkin bagi kita ia satu perkara biasa. Mungkin ia satu kesilapan yang kecil. Tetapi.. anda sering melakukan kesilapan tersebut bukankah ia menjadi besar.. Andai kita membiarkan diri kita terus melakukan kesilapan.. maka selamanya kita akan terus melakukan kesilapan.. Andai kita perbaiki kesilapan tersebut insyaallah ada jalan kesedaran yang diberikanNya.

Terpulang pada diri kita menilai sejauh mana kesilapan yang kita lakukan. Dan bagaimana kita ingin perbetulkannya.. Pada anda dan juga saya yang menyedri akan kesilapan kita segeralah perbetulkannya.. Kerana... silap berterusan membawa padah....

ps: menyedari akan kesilapan diri dan sedia memperbetulkan adalah lebih baik dari orang yang sedar tapi tak buat apa-apa dan biarkan ia berterusan..

3 comments:

Mustaffa Khairul Azzam said...

totally agreed 100 %...tiba2 teringat 1 kate2 "nak nasihatkan orang memang senang, tapi nak nasihat diri sendiri susah sangat"...oh hati, dimanakah silapnya diri ini :(

Ms. Ann said...

@Mustaffa Khairul Azzam

betul tu sokong... pandai jer kite nasihat orang tapi nak nasihat diri sendiri punya lah susah..

huh.... (ketuk kepala sendiri)

puteraduyong said...

bila silap...kena mintak maaf kan... :)

Lisan Lidah dan Lisan berjari

Assalamualaikum wbt salam jumaat penuh barakah.. kita diminta menjaga lisan kita... bahya lidah nie ibarat pedang yang tajam.. walau ha...