Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Monday, July 26, 2010

Aku Mencari Ketenangan

Monday, July 26, 2010 Posted by Ann Mohamad 10 comments
Puas sudah perasaan ini bergolak
Puas sudah jiwa ini berkocak
Puas sudah mata ini menahan
Puas sudah hati ini merintih
Puas sudah fikiran ini bercelaru
Puas sudah wajah ini berselindung

Hari ini...
Aku temui kedamaian
Jiwa ini rasa tenteram
Fikiran ini rasa tersusun
perasaan ini kembali stabil
Mata ini kembali bersinar

Aku mengerti
Kedamaian itu bukannya susah untuk digamai
Aku mengerti
Kegembiraan itu bisa dicipta 
Aku tahu..
Hati yang sakit takkan selamanya sakit
Aku Fahami
Jiwa yang luka takkan selamanya tak terubat
Dan aku tahu
Harapan itu takkan selamnya menjadi harapan

Disebalik apa yang diturunkan
Terselit satu rahmat yang kita sendiri tidak menyedarinya
Disebalik kehilangan itu
Pasti kan bisa dapat kembali..

Dalam aku diberi ruang bersendiri
Lalu aku berkesempatan menilai diri
Lalu aku berpeluang mengimbau kembali
Diantara salah diantara silap
Antara palsu antara benar
Antara kecuaian antara ketelitian

Disini aku berdiri
Dikelilingi memori kehidupan duniawi
Mungkinkah bisa difahami
Kehendak hati dan nurani..
Tekad azam dihati..
Mencari Rahsia diri..
Yang pastinya kembali kepada satu..
Ya Ilahi.. 


10 comments:

kobEj0rdan~ said...

hai there:)
semoga ketenangan y dicari akan diperolehi dan terus kekal bersama anda:)

btw, blog kite cm same jer:P
cuz same, i follow ur blog, lgpon cm best je entry2 stakat y saya bace ni:)

visit sy plak k:)

nazirulhazwanws.blogspot.com

ade gambar baby!

♥ Roshazzy Shag ♥ said...

ketenangan sentiasa ada selagi kita ingat kat Allah kan? ehee~

btw, nice poem! love it yoo.

;))

Nur Hawa Mohd Zin said...

awat anne...macam kecewa dan pasrah je ni

Ms. Ann said...

kobejordan: ye.. terima kasih... saya dah ke blog anda

Shag: thanks

Hawa: sikit lah.. tapi masih ader kekuatan lagi..

Nur Hawa Mohd Zin said...

be strong ok...

Ms. Ann said...

terima kasih hawa...

Raito Nagata said...

insyaAllah, semoga saudari mendapatkannya....ingat lah tiada yg lebih tenang dari mengingati tuhan mu, Allah....gud luck for you sahabat

Ms. Ann said...

terima kasih raito

::AnEp:: said...

kenangan ape tu..

Ms. Ann said...

AnEp: kenangan mengusik jiwalah... ha..ha..

Theme Support