Posts

Showing posts from December, 2009

Kejujuran Yang teragung

Kejujuran? Memang sesuatu yang amat sulit untuk kita perjelaskan maknanya... Tanyalah kepada sesiapapun malah ada diriku sendiri apakah makna kejujuran itu? Pasti kita hanya pandai berkata-kata namun jarang sekali dapat kita lakukan sebuah kejujuran. Susah untuk kita mencari seorang yang jujur di zaman sekarang kerana kejujuran itu satu harta yang sukar untuk kita temui. Sesuatu yang amat ternilai harganya. Jaangankan kita untuk jujur kepada orang lain bahkan pada diri sendiri pun kita tidak jujur.

Persoalannya di sini. Apakah sukar bagi kita untuk berlaku jujur? Walaupun tidak pada orang lain, bisakah kita jujur pada diri kita sendiri? Ataupun sememangnya kita tidak mahu berlaku jujur? Sukar sangatkah untuk kita berlaku jujur?

Sememangnya sesiapa yang berlaku jujur selalunya memakan diri sendiri, menyusahkan diri sendiri, mendatangkan masalah pada diri sendiri. Itulah adat didunia ini. Kadang kala kejujuran sering sahaja disalah ertikan. Sering sahaja dipandang remeh dan enteng oleh ma…