Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Tuesday, December 29, 2009

Kejujuran Yang teragung

Tuesday, December 29, 2009 Posted by kasihain No comments
Kejujuran? Memang sesuatu yang amat sulit untuk kita perjelaskan maknanya... Tanyalah kepada sesiapapun malah ada diriku sendiri apakah makna kejujuran itu? Pasti kita hanya pandai berkata-kata namun jarang sekali dapat kita lakukan sebuah kejujuran. Susah untuk kita mencari seorang yang jujur di zaman sekarang kerana kejujuran itu satu harta yang sukar untuk kita temui. Sesuatu yang amat ternilai harganya. Jaangankan kita untuk jujur kepada orang lain bahkan pada diri sendiri pun kita tidak jujur.

Persoalannya di sini. Apakah sukar bagi kita untuk berlaku jujur? Walaupun tidak pada orang lain, bisakah kita jujur pada diri kita sendiri? Ataupun sememangnya kita tidak mahu berlaku jujur? Sukar sangatkah untuk kita berlaku jujur?

Sememangnya sesiapa yang berlaku jujur selalunya memakan diri sendiri, menyusahkan diri sendiri, mendatangkan masalah pada diri sendiri. Itulah adat didunia ini. Kadang kala kejujuran sering sahaja disalah ertikan. Sering sahaja dipandang remeh dan enteng oleh masyarakat sekarang.

Apakah yang menyebabkan kita tidak berlaku jujur? Misalannya ramai mengatakan seringkali wanita akan berlaku tidak jujur dalam perhubungan. Ya ada benarnya...tapi bukanlah hanya wanita lelakipun turut berlaku tidak jujur.

Bayangkanlah apabila seseorang wanita itu berkawan dengan lelaki lain sedangkan ia hanyalah rakan sekerja dan tidak lebih dari itu, tetapi takut untuk menyatakan pada teman lelakinya. Niatnya adalah kerana " takut teman lelakinya marah, takut perhubungan renggang, takut berlaku pergaduhan" Mereka mula tidak memberitahu kepada pasangan mereka dengan alasan mahu menjaga perhubungan. Adakah salah apa yang dilakukan oleh wanita itu?

Adakah kejujuran itu bererti tiada sebarang rahsia? Adakah kejujuran itu menceritakan segalanya tanpa selindung? Atau kejujuran itu hanya suatu tuntutan sahaja?

Aku juga seringkali tertanya apakah selama ini aku bersifat jujur? Jujur yang seperti manakah yang diingininya? Seseorang pernah memberikan formular kejujuran kepadaku sebagai suatu peringatan dan nasihat khususnya bagi wanita dalam menjalinkan perhubungan.

FORMULA 1: TERLALU JUJUR = BERGADUH
FORMULA 2: TAK JUJUR = TAK BERGADUH
Ramai wanita/gadis memilih formula 2 demi menjaga perhubungan mereka.
Dan jarang sekali wanita/gadis memilih formula 1 kerana ia akan sakit dan akan sering ditimpa masalah.

Kesimpulannya: Oleh itu demi menjaga perhubungan maka ramailah wanita-wanita di dunia ini "TIDAK JUJUR"

Seringkali berlaku jujur, tapi mengapa masih lagi tidak dipercayai? Persoalan yang seringkali kita tertanya-tanya. Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Dalam perhubungan perlu ada kejujuran kerana kejujuran itulah yang membawa kunci kebahagiaan kepada kita. Biarpun ia seringkali mendatangkan masalah kepada kita tetapi itulah suatu perkara yang amat ternilai kerana kejujuran itu tidak lahir dari kepura-puraan atau pembohongan tetapi ia wujud dari keikhlasan hati kita sendiri.

Jujurlah anda selalu dalah setiap apapun yang kita lakukan. Renungkanlah:
Mampukah kita jujur kepada Allah swt atau sesama manusia sedangkan kita tidak jujur pada diri kita sendiri

Sunday, November 1, 2009

Kenduri Kesyukuran

Sunday, November 01, 2009 Posted by Ann Mohamad No comments
Tarikh: 1 November 2009
Tempah: Rumahku dikampung
Majlis: Kenduri Kesyukuran

Pada hari ini, keluargaku mengadakan kenduri kesyukuran untuk mengucapkan kesyukuran atas 3 perkara nie:

Pertama: Aku dan Ainul telah tamat belajar dan mendapat pekerjaan
Kedua: Adikku telah mendapat pekerjaan tetap
Ketiga: Menyambut "saudara baru" Cik Ainul Yaqin Binti Abdullah

Alhamdulillah, Ainul nampak ayu sekali apabila dia mengenakan baju kurung berwarna biru dan bertudung putih. Terserlah keayuannya dan kesuciannya... adik beradikku hampir tidak kenal dengan dia...ha..ha....


Saturday, October 24, 2009

Allah S.W.T membuka pintu hatinya

Saturday, October 24, 2009 Posted by Ann Mohamad No comments
Saban tahun dia cuba mencari sesuatu yang benar-benar tulus, benar-benar suci, dan jalan yang benar-benar membawanya kepintu syurga.....
Akhirnya gadis ini bertemu juga apa yang dicari selama hidupnya..Mencari agama dan pegangan yang akan diikut dan dipegang selama-lamanya....Ternyata ISLAM telah menjadi pilihannya...Alhamdulillah..Allah s.w.t telah membuka pintu hatinya dan memberikan petunjuk jalan yang lurus kepadanya...

Sudah lama dia bernekad untuk memeluk Islam..Aku sebagai rakan karibnya..tetap terus mendorong niat hatinya yang suci & ikhlas.. Akhirnya......
Tanggal 23 November 2009, bermulanya detik baru dalam kehidupan gadis ini.... Saat aku menemaninya ke Perkarangan Masjid Al-Azim, terasa angin yang bertiup sepoi2 bahasa di segenap ruangan Masjid, ibaratkan menyambut kehadiran saudara baru... Bagaikan telah lama menanti kehadirannya...

Saat dia berikrar dan melafazkan kalimah Syahadah.....Terasa sayu hatiku...Tanpa kusedari Air mataku bergenang di kelopak mataku..Tapi kutahan..Aku pasti diapun begitu... Kini dia Cik Ainul Yaqin Binti Abdullah telah sah bergelar seorang Muslim...

Keluar dari bilik dimana menjadi saksi Ainul menjadi seorang Muslim, Kami terus berpelukan. Air mata kami tidak dapat dibendung lagi...Kami menangis tanda syukur kehadrat Ilahi..dengan segala limpah kurnianya...dan hidayahnya Ainul telah menemui kehidupannya yang sebenar..,

Bermula saat itu...dan bukan saat itu sahaja..malah telah lama sudah..aku telah menganggapnya sebagai salah seorang ahli keluargaku...dan aku telah menganggapnya seperti adik kandung ku sendiri....

Pada Ainul...semoga kamu akan terus bergelar seorang gadis yang Solehah... Amin....

Saturday, June 20, 2009

Mencintaimu..Selamanya

Saturday, June 20, 2009 Posted by Ann Mohamad , No comments
Aku Yang Jiwang...

Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Setia menanti
Walau di hati saja...
Seluruh hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya...
Teramat berarti di hatiku
Selamanya...

Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Sampai bilapun sayang ....
Hanya kamu yang akan kekal di hatiku..
Biarpun masa berganti masa
Hari berganti hari
Bulan berganti tahun...
Namun aku tetap teguh pada cinta yang kita bina bersama
Selamanya

Theme Support