Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

Orang tu kata kat saya....

Emmm... Pening nyer kepala... Kene hujan... Hu..hu.. Kerja..kerja..kerja... Time rehat nie muat entry sikitlah...


Semalam ader orang tu bagi advice kat saya... Begini...

" Kalau nak mendirikan rumah tangga nie bukan senang (cerita dia sebagai yg dah ader experiencelah) Macam-macam masalah akan timbul.. Sebelum kahwin memang indah.. Bila dah kahwin banyak masalah akan timbul yang kene hadapi.
Masalah DUIT
Masalah KESETIAAN
Masalah KERJA
Masalah KEPERCAYAAN
Masalah CAMPURTANGAN pihak ke3, mak, ayah, adik, abg, kakak, ipar duai, kawan..dll
Masalah ANAK
Masalah SELEPAS BERANAK
Bukan senang nak hadapinyer.. Lainlah kalau ader yang seperti ini:
Sama-sama SERASI
Sama-sama BERTOLAK ANSUR
Sama-sama MEMAHAMI
Sama-sama MEMPERCAYAI
Sama-sama SALING YAKIN antara satu sama lain
Sama-sama BERJUANG TENGAK CINTA TERHALANG / DIRESTUI

Kalau sebelah pihak sahaja yang kuat dan sebelah lagi tak... Tak boleh jadi.. Kadang-kadang kita asyik mempertahankan sesuatu yang mustahil... dan akhirnya kita yang akan kecundang dan merana...
Kita kadang-kadang terlalu yakin dan selalu kata boleh walau nampak dh x boleh.. bila buat juga atau teruskan.. akhirnya makan diri...

"Sebab tu nak diingatkan kat sini kalau x bleh pergi jauh, jgn bohongi diri kata boleh"


Ada juga sorang kawan nie meluahkan pendapatnyer

Jangan sayang kat seseorang tu tak bertempat... Nanti kamu yang merana.. Kalau betul2 tak yakin.. baik jangan bagi harapan... Nanti hanya menyakitkan.. Kalau terlalu berharap.. Dan terlalu yakin dengan pilihan bila tak jadi merana sendiri... Kalau nak teruskan macam tu gak.. Kalau tak berjaya satu jer yang akan saya kata..... PADAN MUKER KAMU

Hai... macam nielah adat bercinta.. Takut juga fikirkan.... Tapi Pada kawan2 yang ader pengalaman bolehlah share ngan saya... Mana tau berguna pada saya atau pada pembaca yang lain... Makaseh...

ps: Credit buat Hafiz & Jijie

Wednesday, April 7, 2010

Kenapa kite pandai nasihat orang?

Kenapa kita pandai nasihat orang? Tetapi kita tak pandai nak nasihat diri sendiri..

" Bak kata orang mengata dulang paku serepih, mengata orang dia yang lebih..."

Tapi nie cam kasar sangatlah pulak. Bukan aper.. 
Kadang-kadang kita nasihat orang tapi kita sendiri yang buat.
Cakap pung pang pung pang, tapi kita tak buat pun..

Sebagai contoh la... kita nasihat orang tu... tak elok wat camnie... kene macam nie.. macam tu.. Kira nasihat yang baik2 lah.. Tapi orang yang bagi nasihat tu bukan baik sangat pun.

Apa kata korang tentang orang yang bagi nasihat tu?

Kata Anne:

Bagus dia bagi nasihat. Dia bagi nasihat yang betul. Tak salah rasanyer. Cuma bila tengok dia pun bukannya baik pun... orang mula rasa alah... nak nasihat orang jer.. tapi diapun sama gak... Bagi Anne.. kalau nasihat yang dia bagi tu betul aku accept walaupun dia tak macam tu. Sebab yang kita nak ambik benda yang baik jer.. Wat per nak ambik benda yang tak elok. Kalau perangai dia jahat buat aper nak ikut, ikut benda yang baik dia penah buat.. Takkan ko sama2 nak ikut kejahatan dia.

Contoh lain: Dia nie memang pandai bab-bab beri nasihat kat kawan2 dia, tapi dia tak pandai nasihat diri dia sendiri.

Apa kata korang?

Kata Anne:

Bagi anne dia nie memang ok... taktaulah macam mana ok nyer dia. Dia nie anne boleh kategorikan sebagai orang yang tidak boleh menasihati diri sendiri dan menyedari akan kekurangan dirinya. ini kerana kita sebenarnya memang pandai nasihat orang lain. Cuma bila kita nasihat orang kita kene lihat pada diri kita sendiri. 

"Eh aku nie nasihat orang jer pandai.. Tapi diri sendiri tak pandai nak nasihat"

Kene selalu kata pada diri kita perkara nie... Kadang kala kita tak nampak ape kita buat tapi orang lain nampak. Orang lain akan nilai kita. Of Cause lah kalau kita nilai diri kita mesti nak yang baik-baik sahaja kan... Jadi kene selalu tanya oranglah 

" Kau tengok aku macam mana yer? Apa pendapat korang tentang aku? Aku punya perangai ok tak? Adakah aku nie ini? Aku ni itu"

So bila kawan kita bagitau disitu kita tau penilaian mereka tentang diri kita. Tapi kawan2 tu janganlah bagitau yang baik jer.. just semata-mata nka jaga hati.. Kene beritahu dengan ikhlas...


Kata Ayah Anne:

Pepatah lama: Buang Yang Keroh Ambil Yang Jernih
ditukar Oleh Ayah: Letak Tepi Yang Keroh, Ambil Yang Jernih.
Kenapa yang keroh tu nak letak tepi?
Sebab: Yang keroh tu kenelah jernih kan semula. 
Kalau tak Kita tak tau aper yang keroh tu sebenarnya. 
Sentiasalah ia keroh dan tak pernar sorang pun nak jernihkan ia..

Setakat ini sahaja Anne nak share..
Selamat Membaca... Kalau Rajin Komen Arr..

Ikhlas dari:

Anne

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...