Petang ni nak mengomel sedikit... Sebab dah bosan sangat-sangat.
Sekarang ni trend " Berkasih @ Bercinta dengan Kekasih @ Hak Orang Lain" dah menjadi satu perkara biasa.. Betul... Tak Percaya takper.. Tapi memang betul....
Berkasih Dengan Suami Orang @ Kekasih Orang
Yang nie memang dah terlalu kerap kita dengar dah. Kenapa dan Mengapa Suami orang menjadi pilihan? Bukan ramai lagi yang single dan available lagi diluar sana...
Adakah suami orang matang @ lebih menjanjikan kebahagiaan @ lebih penyayang @ lebih memahami kehendak @ berkemampuan @ sebagainya?
Tak terfikirkah mereka akan merampas hak orang lain itu suatu yang tidak baik.. Bayangkanlah hak kita diambil dan cuba diganggu orang.. Tak ke pedihnya hati?
Kalau dah suka @ cinta lautan api pun sanggup diredah... Dah tak kisah semua tu
Betul tak? Janji bahagia... Tapi kalau nak bahagia pun carilah bahagia yang berpanjangan bukan yang hanya sementara..
Hak kita bila dirampas memang pedih yang amat.....
Cuba letakkan diri kita pada orang yang kita rampas hak dia... Akan terasa pedihnya...
So kita kena hormat hak orang lain....
Supaya orang lain akan hormat hak kita juga...
Tapi kadang-kadang ada juga yang tahu mereka merampas hak orang..
tapi kadang-kadang mereka tak ada niat pun nak merampas hak orang lain...
Tapi kalau itu dah ditakdirkan...
Hu..Hu...
Ps: Masing-masing kene beringat juga... Hu..Hu....
Pokok pangkal pada diri sendiri...
Edited: Poligami banyak ditentang isteri pertama bukan kerana mereka menolak hukum Allah swt tetapi merasakan suami mereka tidak layak untuk berpoligami. Ini kerana ada suami sememangnya tidak layak untuk berpoligami dari segi kemampuan zahir namun batin tetap berkeinginan. Ramai marah kerana cinta dikhianati oleh suami, cinta suami beralih arah. dan suami bernikah diluar negara dan berpoligami tanpa izin dan kebenaran isteri pertama walaupun ia tidak perlu mendapatkan keizinan isteri pertama. Seharusnya suami perlu bijak menangani hati isteri dan mencari jalan terbaik menyelesaikan konflik poligami dan isteri-isteri harus bantu suami untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil. waulahualam..