Saturday, May 21, 2016

First episode

Kali kedua bidadari dimasukkan ke wad, buat aku lebih prihatin setiap perkembangan dia. Ibu mana tidak risaukan anaknya. Hatta anak terjatuh sedikit pun jantung bagai mahu jatuh. Apa sahaja berkaitan dia pasti membuatkan aku tidak senang duduk...

Kata doktor, ini "first episode" bagus awak ada knowledge pasal keadaan ini. Awak staff nurse ke?

Saya bukan staff nurse atau dalam perubatan, hanya insting seorang ibu sahaja. saya google. Allah gerakkan hati saya.. Alhamdulillah..

Tak mengapa ibu, kami akan ajar ibu nanti bagaimana nak buat jika berhadapan situasi ini. Selamat hari ibu ye..

Masih terngiang lagi semuanya.. lebih2 lagi keadaan bidadari sewaktu kejadian.

India allah... semoga aku dapat jadi ibu yang berpengetahuan dan bijak..

hanya untuk awak... biar ibu hilang kerja, tiada harta sekalipun, kerana awaklah harta ibu dunia akhirat.

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...