Posts

Showing posts from August, 2015

Masa Lebih Berharga

Image
Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan lagi mengisi ruangan blog yang kadang mahu diupdate kadang malas.. Bila terasa nak update barulah mencorat coret disini..

Alhamdulillah... Bidadari Humaira semakin membesar biarpun hanya hujung minggu mampu luangkan waktu dengannya. Tapi sedang berusaha untuk sentiasa bersamanya selalu.. mudah mudahan Allah swt kabulkan permintaanku dan mudahkan urusanku.

Teringat akan humaira yang sudah pandai bercakap, pandai merajuk, pandai mengajuk kata orang serba serbi pandai sudah.. Alhamdulillah syukur kerana ramai yang sayangkan dia.. dan kasihi dia.. beri perhatian padanya... Alhamdulillah..

Sekarang bila balik.. pasti dia mahukan perhatian ibu 100% .. kena selalu dengan dia.. main dengannya.. bual dengan dia..

Balik dirumah duduk sebentar dia terus tarik tangan ibu..

"jom...jom" sambil dia cakap..
"nak g mana sayang..." aku bertanya pada humaira..
"jomla main.. main.. jom.." jawab humaira sambil mengangguk kepala dan men…