Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Friday, October 31, 2014

Kesakitan melanda...

Friday, October 31, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments
Kesakitan melanda sesangat... macam mana nak buat lagi.. Oh gigiku.....

Aku rela sakit hati yang teramat sangat daripada sakit gigi.. Bila dah sakit.. apapun nak buat semua serba tak kena..
Ubat dah makan, Ais sudah.. apa lagi agaknyer... Jumpa bidadari kejap-kejap lagi...

Nak buat kerja pun susah... Dah dicabut pun masih sakit lagi. mungkin kene jangkitan kuman.. erkkkk bahayes betul... sudah tak sempurna gigiku.... ala.. bukan orang nampak pun... takanlah orang nak telek mulut kut... nak tengok gigi kut.. takkan nak kira kut... xkan kuttt


emmmm apapun memang minggu yang mencabar betul... but i like!!!!!!!



Thursday, October 30, 2014

Rindu kamu

Thursday, October 30, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments
Rindu ibu sangat rindu kamu
Mahu sahaja kamu sentiasa didekat ibu
Bilakah sampai waktu itu...
Masih mencari kesesuaian waktu...
Rindu betul dekat dak tecik nie

Wednesday, October 29, 2014

Clear apa yang ada

Wednesday, October 29, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Banyak perkara yang harus diclearkan dari kamus dan telefon.. delete... remove... blocking ....

tumpukan pada matlamat asal... rasa banyak waktu dihabisi dengan perkara yang akhirnya tidak memberikan apa-apa yang berfaedah...

.......

lega hati dengar suara bidadari.. ehhh...ehhh.. lastlast keluar perkataan KAKAK... emmmmm semua benda nak dikakak kan nye... huhu....

Rest at home

Wednesday, October 29, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Mc hari nie. duduk dirumah sahaja. Kesakitan melanda. Nak makan pun susah.. Masa ginilah teringat kat Bidadari... Rasa nak start kereta balik sana. Mujur sakit.. kalau tak memang dah pergi...

Simpan sakit lama-lama buat apa.. jadi penyakit...

huhu...

Sharing: Ikutkan sahaja

Wednesday, October 29, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments
:: Suami ni kadang2 sebelum cakap tak fikir dulu..Isteri pulak bila dengar terus emosi melulu...

Ada ketikanya, kata2 suami tu menyakitkan hati.. Isteri mula fikir suami dah tak sayang lagi.. Cara nak uji, senang je.. Isteri diam je.. Ikut je kehendak suami.. Jangan berleter, jangan tanya apa-apa.. Kalau dia nak pergi mana2, jangan tanya nak ke mana? Lambat ke balik? Hanya perlu kata, "ok, jalanbaik2 eh, bang".. Kalau suami suruh buat apa2, jawab "baiklah.." Kalau suami tanya pendapat, jawab "terserah pada abang, saya ikut je"..

✔ Orang tua-tua kata, inilah istilah "memberi hati"..

Sebagai manusia, suami mesti rasa serba tak kena.. Kebiasaan isteri sudah tiada.. Seolah2 isteri dah tak amek peduli.. Omputeh cakap, suami sendiri akan "guilty conscious".. Kalau tiba2 suami mula cakap lemah lembut, mula amek berat atau tanya, "awak ok ke?".. Haaa.. Itu tandanya dia masih sayang la tu..

✔ Tapi jangan la lama2 "memberi hati" yer, nanti awak yg makan hati! - TSM

SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan


#always says...


Hari ini esok bagaimana

Wednesday, October 29, 2014 Posted by Ann Mohamad 1 comment

Hari ini kita masih boleh ketawa
hari ini kita masih bisa bersukaria
Hari ini kita masih boleh melihat
boleh bergurau...
boleh berbual...

Esok... bagaimana
Masa kian singkat
Walaupun ia tidak kelihatan...
Masa kian hampir walaupun tak disedari

Menanti itu tidak kan pasti
tapi bersedia itu akan pasti

Hidup cuma sementara...
Amal yang sedikit...
Dosa yang tak kelihatan
Amarah yang tak berhabisan
Keinginan yang tak pernah kepuasan

Selangkah meniti waktu
Bila kan pergi...
Selamat tinggal.... Selamat jalan...
Habisi waktumu yang bersisa dengan kebaikan dan amal....
Jangan mengeluh dosa yang berlipat
Asal kau sanggup sujud mohon taubat
Allah swt maha pengampun dan maha mengetahui

...........

Berubah kena tekad

Wednesday, October 29, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Allah swt tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berubah.sendiri....

Betul... tiada perubahan akan berlaku dengan sendirinya tanpa kita yang menggerakkannya.. Jangan selalu mengharap keajaiban dari Allah swt...

Mulut selalu berkata ingin berubah.. ingin berhijrah.. namun ada sahaja halangan. Adakah halangan itu yang menjadi punca kita tidak berubah? atau ia alasan untuk kita sembunyikan ketidaksediaan kita?

Penghijrahan tidak perlu mendadak.. untuk berubah tudak perlu drastik. Perlahan-lahan sedikit demi sedikit.. Insyaallah.. semuanya berjalan lancar.

Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk melaksanakan apa yang sudah dirancang.. Insya allah

Tuesday, October 28, 2014

Bila nampak kekurangan

Tuesday, October 28, 2014 Posted by Ann Mohamad 1 comment
Setelah lama kenal dia , 
Baru hari ini melihat kekurangan pada dia..
Baru hari ini perasan apa kekurangan padanya..
Lama Allah swt menutup pandangan mataku melihat kekurangan dia
Iyalah.. sebab kita tidak mencari kekurangan dia..

Merenung jauh diriku melihat kekurangannya..
Lantas aku melihat diriku sendiri..
Aku juga punya kekurangan.. 
Cuma jelas dengan tidak..

Apapun Melihat kekurangan orang pada mata hati..
Untuk mensyukuri apa yang kita miliki..
Mungkin apa yang kita miliki pinjaman..
Bukan mungkin.. tetapi memang pinjaman..

Maka haruslah kita bersyukur dengan semua yang ada..

Alhamdulillahh....

Sunday, October 26, 2014

Amanah

Sunday, October 26, 2014 Posted by Ann Mohamad 1 comment

Amanah dan tanggungjawab bukanlah beban... bila rasa ia beban kita akan ragu-ragu... berkira-kira.. jika ia amanah dan tanggungjawab... tiada alasan menjadi penghalang..

Begitu juga tanggungjawab pada ibubapa, ramai juga yang anggap ia beban sebab itu ramai orang-orang tua dihantar ke rumah orang tua-tua...

Begitu juga anak-anak.. dan keluarga..

bidadari dont worry... you.always my responsible.. not only responsible but nyawa ibu....

love you baby

Monday, October 20, 2014

Rasa hati seorang ibu

Monday, October 20, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Semakin gerun setelah menjadi ibu.. Bukan gerun jadi seorang ibu tetapi naluri keibuan.. perasaan seorang ibu... Jiwa ni sangat sensitif sekarang . Terutama bila melihat video tentang kecederaan baby dan kanak-kanak. penderaan kanan2. Terus terbayang wajah si bidadari kesayangan.

Terbaharu video kanak-kanak kecil yang bermain tepi kolah.. dan terjatuh. tak.sanggup nak tengok video tu sampai habis.. Ya Allah... menangis rasanye...

Moga bidadari sentiasa dilindungi.. dan juga semoga anak2 lain pun di lindungi dari malapetaka yang tak diingini.

#terbayang lagi video baby kene gilis keretapi.. sape suruh tengok... kan sampai hari ni terngiang..
#serupa juga bila bidadari jatuh terlentang.. Sampai hari nie teringat.. ketakutan.. trauma rasanye.. rasa xmo bg dia jalan.. xmo bg dia berdiri.. takut dia jatuh lagi...

Sunday, October 12, 2014

Senyum...

Sunday, October 12, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments



Thursday, October 9, 2014

Coretan sahaje

Thursday, October 09, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

9 okt

Emmm bidadari dah tido pule...
Apa nak buat... nyonye.. sensoranglah ibu.. Dah besar dah dia... rasa kecik jer.. rasa macam baru je...  ada lagi nanti.. emmm.. cepat sungguh...

Banyak perancangan untuk dia .. semoga apa yang direncanakan akan dipermudahkan Allah swt...

Bidadari....
Ibu sayang kamu lebih dari nyawa ibu...

Wednesday, October 8, 2014

LindunganMu

Wednesday, October 08, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Alhamdulillah...
Masih mampu melihat alam..
Merasakan mungkinkan semalam adalah hariku yang terakhir
dan lenaku untuk pergi...

Masih ada waktu untuk melaksanakan lagi
Namun ia tidak menanti kita
Entahkan sebentar lagi...
Enatahkan sejurus sehabis ayat ini
Entahkan sedang melirik ayat ini...

Amalku sedikit....
Sedekahku pun tidak lagi mencukupi
Bidadariku sekecil lagi
Andai kupergi....
Bagaimanakah dia...
Meniti tanpa insan yang sangat mencintai dan menyayanginya

Mimpiku semakin menghantui...
Mungkinkah kuterlalu berfikir sehingga tidur ku terganggu..
Mungkinkah ia peringatanMU untuk diriku

Ya Allah....
Tunjukkan ku kebenaran....
Jauhiku dari kepalsuan...
Lindungiku dari kejahatan...
Payungiku dengan rahmatMU ...
Suburkan hatiku dengan cintaMU...
Tetapkan imanku kepadaMU...
Agarku terus teguh memuji kebesaranMU
Agarku sabar menghadapi musibahMU
Agarku sentiasa berada dalam lindungan kasihMU...

Amin....

Tuesday, October 7, 2014

Puisi sekerat tak jadi

Tuesday, October 07, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

hembusan angin sepoi..
menyapa lembut pipiku..
damai tenang suasana walaupun dipenuhi suara hiruk pikuk keramaian
Kedamaian terasa menenggelamkan sejuta kekalutan perasaanku..
Disapa suara mematikan kenikmatanku....

"Adik manis.. mau makan apa?"

Kacau betul mamak ni....

Salam Aidil Adha

Tuesday, October 07, 2014 Posted by Ann Mohamad No comments

Selamat menyambut hari raya AidilAdha kepada seluruh umat islam semua. Alhamdulillah.. Syukur kepada umat islam yang telah berjaya menunaikan ibadah haji, rukun islam yang ke lima. Bagi yang mampu..

Ramai juga yang mampu mengerjakan.ibadah qurban .. Alhamdulillah....

Semoga kita mengerti apa itu erti sebuah pengorbanan....

Salam AidilAdha...

@ temerloh pahang...

Theme Support