Thursday, July 31, 2014

Komedi Raya: Kecoh Pengacara Beraya Tv3

Nauzubillah himinzalik...

Apalah tv3 ni.. Cubalah siar rancangan yang lebih manfaat. Para pengacara seolah-olah boneka yang melawak yang sudi ditertawakan penonton. Oh lupa... Kenalah dengan rancangannya komedi raya..

Bagi saya ini bukan komedi raya.. Tapi memalukan.. Artis wanita meniru gaya artis korea dengan gelek sambil menggelekkan punggung dan badan dihadapan khalayak.. Ishhh yelah.. Seronok seronok juga.. Tp jagalah batas tu...

Saya terlanjur tengok.. Sebab adik lelaki duk kusyuk tengok.. Haiii... Apelah mereka nie...

Friday, July 25, 2014

Bila Syawal Terpaksa Sendiri

Alhamdulillah... hari ini Sudah 27 Ramadhan.. Malam yang ke-28.. Rajin sangat menghitung. Memanglah.. bulan Ramadhan dah hampir melabuhkan tirainya. Pasti akan merindukan Ramadhan.. Sebab bulan Ramadhanlah bulan yang amat membahgiakan...


Kerinduan kepada Bidadari semakin memuncak.. Bagaimanakah keadaan dia sekarang. Pasti dia rindu dengan ibunya. Pasti dia tersenyum lebar lihat ibu dia muncul nanti. Sedikit masa lagi ibu balik sayang.

Kelapangan sebentar ingin mecoretkan sedikit sebanyak dalam ruangan ini. Aidilfitri makin menjelma, ada yang gembira dan ada yang bersedih menyambut ketibaan Syawal. Sepatutnya syawal disambut dengan hati yang gembira. Hari kemerdekaan kita. Hari dimana kita dapat bermaaf-maafan dengan seluruh kaum keluarga dan sanak saudara. Walaupun kita diunjurkan untuk bermaaf-maafan setiap hari, tetapi mampukan kita berbuat demikian. Waulahualam.

Saya terdengar rintihan seorang sahabat. Maklumatnya rahsia ye... Menceritakan kisah tentang sahabat kami. Terpaksa menyambut Syawal bersama rakan sahaja. Terbit rasa kasihan lantas bertanya Kenapa? Anak nya? Suaminya?

Lantas diceritakan, anaknya beraya dengan bekas suaminya. Beraya dengan suami pula tidak kesampaian. Dahulu boleh beraya bersama dengan suami dan mertua.. tetapi hubungan dengan mertua menjadi keruh kerana dihasut oleh madunya (isteri pertama) lantas tidak dapat beraya bersama suami. Sedangkan suami tidak mampu menyelesaikan kemelut tersebut, terpaksalah si isteri beraya sendiri. Ingin beraya bersama keluarga apatah lagi setelah dipulau kerana berkahwin dengan suami orang. Mujur ada sahabat-sahabat yang prihatin sudi menjemput beraya bersama-sama.

Terfikir dibenak fikiran saya, walaupun saya seringkali tidak mahu ia menjadi racun difikiran, namun bila berdepan dengan masalah rakan, hati saya sedih. Cerita manusia dan kisah hidup walaupun sama haluannya tapi jalan ceritanya tidak sama.. Tersoal difikiran saya akan Tanggungjawab, Akan Keadilan dalam rumahtangga, akan konsep poligami mengikut Sunnah, akan hak seorang isteri, akan hukum Allah.. Nauzubilahiminzalik..

Kita manusia biasa... bukan nabi atau malaikat. Ye betul... tapi bukankah kita hamba allah.. sudah dikurniakan pancaindera terindah.. Dikurniakan akal fikiran.. Dikurniakan hati dan perasaan.., Masihkah tidak melihat? Masihkah tidak nampak? Waulahualam... kita tak tahu apa yang tersirat dan tersurat.. Hanya mampu mendoakan semoga mereka sekeluarga akan berbaik semula..

Apapun... tanggungjawab dan amanah harus dilaksanakan dengan wajib.. agar tidak tersoal di Akhirat kelak. Hatta tanggungjawab pada diri sendiri pun akan dipersoalkan...

Persoalannya... Adakah kita bertanggungjawab pada diri sendiri? Sama-samalah kita renungkan.. Pesanan pada diri saya dan juga dikongsi bersama pembaca.

salam aidilfitri

Wednesday, July 23, 2014

Persiapan Raya 2014

Alhamdulillah.. hari ini puasa yang ke 25 Malam ke 26... Syukur kerana masih dapat menyempurnakan ibadah kepadaNya.

Lagu raya dah banyak berkumandang.. kurang seminggu kita dah sambut kedatangan Syawal. Ramai dah sibuk dengan persiapan raya.

Tahun ni seperti tahun yang lepas. tiada persiapan yang nak dibuat. Tapi tahun ni kehadiran bidadari mengisi kekosongan yang ada. Persiapan hanya untuk dia saja. Yelah, anak-anak yang lebih gembira nak sambut raya. Ni syawal pertama bidadari... Semoga dia happy kerana dikelilingi orang-orang yang sangat menyayangi dia...

Ibunye takda nak siap apa. Beli baju pun tidak lagi. Ala baju yang lama ada. Bukan.baju season.. Ada buat baju 2 tahun lepas.. Baju untuk majlis yang xkesampaian nak dilangsungkan. Masih boleh pakai lagi... Uitttt i maintain kurus tau.. jangan memain... penangan jamu ehem2 saye.. Oppsss rahsia.. Rahsia penjagaan wanita lew... mana boleh share.. he..he...

Teringat cabaran emak untuk buat kuih raya... Emmmm.. mak.. anak mak ni memang tak pandai memasak... xpandai buat kuih... xpandai itu... xpandai ini... bab mixing2 nie bukan kepakaran.. Tahu makan dan beli sahaja.. emmmm macam mana nie... tak buat-buat lagi...

Emmm ha.. degil lagi.. dulu-dulu xnak belajar... sekarang dah ada bidadari pun xpandai-pandai lagi. emmmm shame u... Insya allah satu hari mak akan rasa kuih special dari anak mak ni.. tunggu hati ikhlah nak minat nak buat. anak mak ni kalau memang hati xikhlas memang xkan buat.. suruhlah macam mana pun... he..he..

Ok.. banyak perkara nak buat... jupe lagi...

Tuesday, July 22, 2014

SHARING: TIDUR LEPAS SUBUH BULAN RAMADHAN..


PESAN BUAT PARA SUAMI, ISTERI, KELUARGA DAN KAWAN KAWAN

Pesan ini saya ambil dari wall sahabat peribadi saya, Dr Zubaidi Ahmad.
Dengar apa dia kata?

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

(Nota: Dari jam 4 pagi hingga 11 pagi)

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa

#copypaste

Dasar Tak Tahu Hormat Orang

Alhamdulillah... hari ini dah puasa yang ke 24 Ramadhan.. Malam ke-25... Pagi lagi dah mendatangkan sakit hati. Kita manusia biasa, amarah itu tetap ada. Mujur saya tak macan Cik KiKi cdm25 tu..
Kalau tak femes sekelip mata.

Kadang-kadang ada satu bangsa ni memang nak menang saja. Dah nampak kita bagi signal nak kekiri.. dah masuk pun laluan kiri.. Dia keretanya jauh lagi boleh dipecut tak bagi kita masuk lane kiri.. Apa kes... Pagi2 dah uji kesabaranku...

Tak nampak ker.. atau saje buat2 tak nampak... Kalau calar kereta saya.. macam mana?

Tak tahu hormat orang langsung.. Geram sungguh... Nak cepat pun kena lah toleransi dijalan raya. huh..huh...

Sila ambil kursus pemanduan berhemah ye..

Monday, July 21, 2014

Raya nak dekar

Hari ini masuk malam ke 24 kita berpuasa. Alhamdulillah.. Cepat masa berlalu.. Namun tak terasa bahang hari raya. Bila usia meningkat rasa biasa biasa sahaja. Tapi anak-anak pasti lebih meriah.

Belum buat persiapan lagi ni.. Rasa ala kadar sahaja.. Meriah pun.. meriah jupe adik beradik berkumpul sama-sama tahun ini. Meriah kuih.. he..he..

Apapun.. dalam kita sibuk nak menyambut kedatangan hari raya aidilfitri jangan kite leka pahala puasa amat berganda untuk hari-hari terakhir ini.

Selamat beramal

Friday, July 18, 2014

Doa Apabila Merasa Takut Dan Kesepian Ketika Tidur

Sebelum tidur update sebentar...
Kita mulakan dengan sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa nahas MH17. Semoga seluruh waris mangsa dapat menerima ketentuan Allah swt.

Siapa pernah mimpi buruk ditidurnya.. Kadang ada yang fobia untuk lelapkan mata.. Saya kongsikan doa yang saya baca dari buku.

Doa Apabila Berasa Takut Dan Kesepian Ketika Tidur

Bismillahirahmanirrahim....
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaan Nya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku) HR ABU DAUD 4/12

Kalau anda bermimpi
Cepat-cepat mohon perlindungan dari Allah swt dari godaan syaitan dan keburukan mimpi.

Ubah posisi tidur

Berdiri dan lakukan solat sunat jika mampu

Ok.. Selamat beramal... Selamat malam

Kalau dah rezeki

Alhamdulillah dah 20 Ramadhan.. Bermakna sudah 21 malam ... Salam jumaat penuh baraqah.. dan sudah masuk 10 malam terakhir bagi kita menyempurnakan ibadah... Mengejar malam lailatulqadar...

Alhamdulillah mendengar berita gembira seorang sahabat... Allah beri rezeki Anak dibulan Ramadhan.. Tenang dia menerima pemberian Allah.. Anak nya yang pertama masih kecil.. sebaya bidadari... 9 bulan lebih...

Teringat Nurse2 yang dah berusia sikit berkata.. Ambil perancang.. Nanti anak ko kecik lagi ko nak dapat lagi. Jaga kesihatan...

Emmm rezeki kan Allah yang beri.. Secara logiknya orang zaman dulu pun ada je anak setahun satu anak.. ok sahaja.. hidup walaupun tak seberapa... Cantik sihat walafiat ibunya..

Yelah mana boleh nak samakan zaman dahulu dengan sekarang. Apapun tahniah buat Wan... Moga adik Hakim happy dapat adik ....

Thursday, July 17, 2014

Cukuplah Kisah CDM25

Alhamdulillah.. hari ini dah 19 Ramadhan.. Maknanya dah 21 hari kita menjalani ibadah puasa. Esok akan masuk 10 malam terakhir... Mudah-mudahan masa yang kelapangan ini dapat dipenuhi dengan munajat kepada Allah swt. Menghidupkan Malam Lailatul Qadar..

Tajuk entri kali ini bukanlah nak mencari top klik atau apa. Hanya sebagai pendapat mengenai isu yang sedang hangat berkenaan seorang gadis hilang kawalan diri apabila keretanya dilanggar oleh lelaki tua.

Saya ada menonton video.. Walaupun saya bukanlah penggemar gosip2 begini. Tapi bile dah depan mata terbaca perkara ni hari-hari.. emmm nauzubillahiminzalik..

Teruk- terukpun kelakuan sigadis yang bernama KiKi.. Teruk lagi rasanye anda-anda yang diluar sana sibuk menghentam dan menghukum dia.. Melemparkan kata-kata kesat dan cacian pada dia.. Salah dia dengan Pakcik tersebut... Salah anda dengan dia bagaimana?

Paling menyedihkan bagi saya.. umat Islam juga saudara sebangsa dan seagama yang mengutuk... Para muslimah yang bertudung litup juga mengeluar kata-kata yang kesat... Anda sibuk berkata Kiki bertudung tapi perangai nauzubillah.. (saya tak mahu menulis bait-bait kata yang anda lempar pada dia) Tapi anda pula bagaimana? Sama??? Anda bertudung bukan?

Saya tidak kenal beliau dan tak tahu siapa beliau.. Tetapi saya sekadar memberi pandangan... Apa yang beliau buat adalah salah beliau.. Kerana kegagalan beliau mengawal nafsu mengawal amarah.. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan yang mulia.

Saya juga terlihat keratan pos dan gambar-gambar beliau yang edit oleh individu yang tidak bertanggungjawab.. Kemudian disebarkan dimerata... Perlu kah buat semua itu.. Anda seperti mengaibkan beliau.. menfitnah beliau.. Tanyalah pada diri anda

"Apa salah gadis itu pada aku? Dia kenal aku? Aku kenal dia? Dimana aku kenal dia? emmm hanya kenal bila terlihat insiden kemalangan kecil tersebut..."

Saya syorkan.. hentikanlah semua itu.. Apa yang kita dapat? Top like? Top News? For Funny? For top ranking? Emmm betullah zaman sekarang zaman mencari salah.. zaman sekarang zaman berbalah... zaman sekarang zaman menfitnah... zaman sekarang zaman membuka keaiban.. siapa pelakunya??? umat islam sendiri.. Waulahualam..

Tak salah jaga tepi kain orang, tapi jangan lah kita selak-selak kain orang.. Hari ini hari dia.. esok mana tahu terkena pada kita, isteri atau suami kita, ibu baoa kita, adik beradik kita, kaum kerabat kita??? Maka lihatlah kembali why it happen....

Apapun.. saya hanya memberi pendapat.. Maaf andai saya tersilap bicara.. Sedangkan nabi ampunkan umatnya inikan pula kita.. Yer.. betul kita bukan nabi.. kita hanya ada secebis hati yang kecil tapi kita merasakan.diri kita besar....tapi harus mencontohi sifat terpuji Nabi...

Apapun.. Sempena Ramadhan yang mulia ini Saya mohon maaf jika penulisan saya didalam Blog ini ada menyinggung hati para pembaca. Jika saya salah tegurlah saya... ramadhan semakin melabuhkan tirainya.. Marilah kita rebut pahala yang dijanjikan Allah swt bagi hambaNya yang berpuasa dan sujud kepadaNya...

Salam Ramadhan....

Tuesday, July 15, 2014

Bersama Kekasih Tersayang

Alhamdulillah... syukur 15 ramadhan... Masih diberi kesempatan menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.. Syukur juga kerana diberi kesempatan bersama insan-insan tersayang terutama bidadari. Kekasih awal dan akhir.

Segala yang telah berlaku ada hikmahnya... Disebalik pahit ada manis... Disebalik duka ada suka... Disebalik benci ada rindu... Disebalik sendiri ada temannya.. Alhamdulillah....

Walaupun hadirnya secara tiba-tiba tanpa diduga... Tapi sekarang terlihat baiknya.. kerna dialah peneman setiasa hingga hujung nyawaku... Alhamdulillah...

Suami itu pinjaman.. bila-bila masa dia ditarik...Sekelip mata...
Harta juga pinjaman... kerna bila kita pergi kita akan tinggalkannya...
Anak itu amanah dan tanggungjawab dan bukan bebanan...

Alhamdulillah.. Bidadari amanah buatku... Dan dialah pengubat luka, duka dan penyeri hatiku...

Semoga jadi anak yang solehah sayangku...

Friday, July 11, 2014

Balik Kampung Memori

Hari ini 13 Ramadhan... Cepat betul masa berlalu. Mood raya xdalah sangat. Sama seperti tahun-tahun yang sudah. Pastinya beraya bersama keluarga tersayang dan lebih bermakna kehadiran Si bidadari kesayangan.

Masa kecil-kecil, setiap kali balik kampung, ayah akan menyewa sebuah van. Yelah adik beradik ramai. Manalah nak muat. Kami bukan orang senang ketika itu. Sekarang semua besar-besar. Sudah ada kenderaan sendiri. Tetapi naik satu Van juga yang indah...

Kenapa?

He..he... dapat bergurau senda dengan semua adik beradik. Imbas memori masing-masing. Masa tulah rasa paling erat.

Memang kami sangat mengambil berat antara satu sama lain. Bertuah bidadari hadir dalam keluarga ni. Memang semua ambil berat dan sayang pada dia bukan bidadari saja.. Anak-anak buah yang lain pun sama.. Tetap menjadi kesayangan pakcik dan makcik mereka.

Alhamdulillah... Tahun ini, semua adik beradik beraya bersama-sama. Semoga tahun ini menjadi raya yang paling meriah buat kami semua...

Walaupun saya beraya berdua sahaja.. Tapi ia tetap indah... Yang penting sy tetap bersama keluarga tersayang.. Syukur Alhamdulillah...

Thursday, July 10, 2014

Saf diruangan wanita bersolat

Sentiasa bermain difikiran saya setiap kali mengunjungi masjid. Tertanya-tanya saya akan saf wanita ketika solat jemaah..

Saf lelaki lurus, tersusun.. sebaris.. tetapi saf wanita... emmm bukan saya bijak pandai... saya sendiripun masih belajar... ilmu masih kurang... Masih tercari-cari...

Berjemaah tetapi saf tidak lurus... tidak rapat...bukankah harus rapatkan saf semasa jemaah... malah ada pula yang terpisah-pisah... waulahualam... saya tidak tahu bolehkah begitu?

Pernah suatu ketika apabila saya memasuki saf dan cuba rapatkan saf hamba Allah disebelah merenggangkannya... Yelah... hati kecil kita tertanya-tanya... Perkara yang mudah tapi tak ketemu jawapan...

Waulahualam... saya hamba Allah yang masih mencari dan mempelajari ilmu selagi ada waktu...

Biskut Raya...

Alhamdulillah... tq my dear cute cik adik shuhada...  untuk biskut raya nie... Marvelous... Rasa nak request lagi boleh x? Sedapp giler...

Saya nak buat kuih... waulahualam... Sungguh tak pandai... Setakat nak acu-acukan bolehlah.. tapi nak uli-uli atau baking... Ya Allah... sungguh tak pandai yang amat...

Tahun nie rasa nak belajar buat biskut raya... Cookies for my beloved one.. Bidadari...

Ok... rasanye setiap tahun berazam begitu... Alik-alik resepi tunjuk-tunjuk jadi pilihan...

ye betulll.... itu yang paling mudah...

Apapun... saya tak makan sangat... mana yang betul2 sedap saja jadi pilihan hati... Dasar cewek cerewet.....

ok bye.....

Apabila Hati Dibiarkan Bertuhankan Syaitan Nauzubillahi min zalik

Alhamdulillah.. Syukur hari ini kita berpuasa yang ke 12 Ramadhan... Alhamdulillah...

Lambat masa berlalu... Coret sebentar diruangan ini.. Berkisar tentang hati yang dibiarkan bertuhankan syaitan.. Nauzubillah hi min zalik... Minta kita dijauhkan segala amalan khurafat ini... Sebagai satu pengajaran buat diri saya dan sebagai perkongsian bersama pembaca ruangan saya. Perkara yang baik dan nasihat yang baik, harus kita sebarkan sebagai renungan dan ikhtibar dalam kita menjalani kehidupan seharian kita.

Beberapa hari yang lepas, saya diberi kesempatan menonton kisah disaat seorang isteri sedang menjalani rawatan Islam. Disini saya tidak bertujuan mengaibkan sesiapa dan tidak saya mendedahkan siapa hamba Allah tersebut.

Mendengar kisah dan melihat sendiri tidak sama. Terbit rasa kasihan melihat beliau menanggung kesakitan akibat perbuatan khianat dan cemburu bila hati tidak redha dengan hukum Allah swt.

Video yang saya maksudkan, dimana isteri yang menjalani rawatan bagi mengeluarkan makhluk halus yang dihantar untuk mengganggu hidupnya oleh seseorang. Hamba Allah tersebut adalah isteri kepada seorang suami yang mengamalkan poligami. Beliau isteri kedua.

Mengapa terjadi begini? 11 tahun mendirikan rumahtangga dalam poligami dan bergelar isteri kedua. Alhamdulillah.. kehidupan beliau baik. Dan dia bersama madu amat baik. Jarang kita melihat madu-madu berbaik.

Namun... akibat dendam dan tidak puas hati... isteri kedua menanggung sengsara didalam diam akibat perbuatan khurafat isteri pertama. Dalam hubungan yang baik dan tiada masalah rupanya isteri pertama telah mengenakan sihir terhadap isteri kedua dalam diam melalui makanan... Nauzubillahi min zalik...

Saya melihat video yang dirakam semasa sesi rawatan. Kedengaran suara yang amat menakutkan... Ya Allah.... Masih ada manusia yang kejam dan zalim... Masih ada manusia yang masih berfikiran sedemikian dalam zaman serba moden.

Inilah yang dinamakan hamba Allah yang rela menjadikan jin dan syaitan sebagai tuhan bagi memuaskan nafsu diri. Nauzubillahi min zalik...

Sebagai renungan buat diri saya... kita ini hambaNya ... Tiada Tuhan Disembah hanyalah Allah swt... Dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah swt.. Janganlah kita menyesatkan diri kita dan tunduk kepada nafsu... Maka nerakalah tempat kita...

Ya Allah... semoga rakan itu cepat sembuh dan bersabar diatas ujian dan musibah Allah swt terhadapnya...

Bulan yang mulia ini lagi berkat.. janganlah kita penuhi hati kita dan jiwa kita dengan rasa amarah, dan jangan kita ikutkan hawa nafsu yang ditinggalkan Syaitan untuk menghasut kita.... Jagalah iman kita.. jangan sampai terpesong dari landasan Allah swt...

Setiap yang berlaku adalah kehendakNya dan setiap itu ada hikmahNya...

Waulahualam....

Wednesday, July 9, 2014

lagi Kes Kematian bayi dikaitkan dengan pengasuh

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Selepas seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat mengalami kecederaan parah di kepala ketika dijaga pengasuhnya, seorang bayi lelaki berusia 18 bulan menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.


Berderau darahku bila membacanya... Ya allah.. disebabkan itu hati ini sentiasa keberatan... Berat hati untuk memberi orang lain menjaga bidadari. Walaupun ada usaha survey mana-mana yang ok.. Namun semakin hari semakin ketakutan menghampiri. Memang ajal dan maut ketentuan Allah swt.. Namun tak sanggup rasanya...

Apapun.. Al-Fatihah untuk bayi tersebut.. Adik Khalish.. Semoga kedua ibu bapa mereka tabah menghadapi ujian Allah... Mencari pengasuh yang betul-betul.menjaga anak kita seperti anaknya sendiri memang susah. 1 dalam 100... Seharusnya company sediakan tempat mengasuh anak bagi ibubapa yang bekerja. Macam tempat pelanggan saya. Siap ada pusat jagaan kanak-kanak. Peralatan serba lengkap. Lokasi di bangunan pejabat dan diusahakan oleh salah seorang staff disana. Dia ada offer saya untuk hantar bidadari kesana. RM100 sahaja bayarannya sebulan... Tempatpun selesa. Anak dijaga baik. Masih memikirkan lagi... Memandangkan bidadari tak biasa dengan orang... diakan puteri lilin... anak dara jenis duduk rumah.. hu..hu... Amat takut dengan tempat baharu... Tak mengapalah... biar dia berada dalam jagaan saya dan keluarga saya sahaja buat masa ini... Lebih terjaga dan disayangi...

Mari bersahur

Alhamdulillah... Ramadhan ke-11, Sudah bangun sahur kawan-kawan?.. Makan apa? Ke masih berulit di pembaringan...

Saya bersahur biasalah.. Makanan rutin saya Nasi + Lauk... He..he.. Saya orang kampung jadi tetap nasi jadi pilihan. Lebih kenyang dan lebih tahan.

Apa? Gemuk?

He..he... Mitos sahaja tu.... Saya makan nasi kadang- kadang bertambah.. 3 ke 4 senduk nasi sekali makan. Siyesly... saya memang makan banyak... Yang penting makan ikut keperluan kita...

Saya tak kisah gemuk... Cantik apa.... Awak ada? he...he...

Ada orang tidak bangun bersahur kerana mereka telah bersahur awal pada malamnya.. Ish...ish... Kita kena bangun sahur jugak... Pasang Alarm lah.. Apa guna ada telefon canggih-canggih tapi tak digunakan.. rugi sahaja...

Oh.. mengantuk pula rasa... Sekarang 5:19 pagi... Rehat kejaplah.. nanti mandi dan solat subuh... Kenapa mandi? Nanti kita sambung ye....

Selamat bersahur...

Tuesday, July 8, 2014

Rasa apa yang paling banyak dalam bulan puasa?

Ok... Dah berbuka... dah berterawih... dah rehat2.. Alhamdulillah... Syukur dapat menyempurnakan ibadah puasa yang ke sepuluh...

Berbalik pada tajuk entri saya...
Rasa apa yang paling banyak dalam bulan puasa?

Cer jawab.....

Nak tau rasa apa?

Rasa manis.... Banyak nak di terjemahkan rasa manis tu.... Tapi manis yang paling banyak... manis makanan lah... Segala-galanya manis... Alahai.. kencing manis dibuatnye....  Kawal makan juga... nanti naik gula dalam darah ni... erkkkkk....

Ok... jom makan... minum malam pula...

da...da....

Bulan Puasa Ada Apa Dekat Facebook

Alhamdulillah Syukur... 10 hari kita berpuasa... Puasa kali ni macam biasa, walaupun letih tapi masih tak rasa dahaga dan perut berbunyi...

Tengok tajuk entri saya kali ini?

Facebook... Saya tak main facebook sekarang. Lagipun tiada apa yang menarik. Cuma hari ini saya buka facebook sebab ada private message yang penting.

Apa saya lihat dekat wall... Banyak sungguh video diuploap dan dishare di facebook. Tak kiralah video apa pun.

Seingat saya, bulan ramadhan yang lepas pun perkara yang sama berlaku. Banyak video dishare dan diupload semasa bulan puasa.

Emm musim kut... mungkin takda nak buat apa. Isi waktu yang ada dengan toton video dan lain-lain...

Dan di instagram pula.. rata-rata upload gambar makanan.. Juadah buka puasa dan juadah bersahur... Emm lazat-lazat belaka... terliuq saye.. he..he...

Apapun.. enjoy your day... I nak berehat dulu.. kesihatan tak sembuh lagi... harap-harap boleh sembuh segera.. Kalau x quarantine la diri sendiri dekat bilik ....

Sunday, July 6, 2014

Merepek di pagi buta

Awal terjaga... Nak masak apa untuk.bersahur... Masing-masing nyenyak tidur... yang ada deruan kipas dan juga bunyi rintik-rintik hujan yang menimpa atap rumah kecil kami. Bidadari masih nyenyak tidur... Melihat dia bergerak tatkala dicium dahinya...

"Cepat sembuh sayang....."

Aku membelek-belek akan diriku... Tertanya apakah yang tersirat dibalik musibahMU Ya Allah.... Aku tahu... PerancanganMu amat lengkap dan baik...
Teringat klinik yang disyorkan untuk mendapatkan rawatan... Tapi tutup saat aku pergi petang dan malam..

Moga pagi ini dia ada buka ... Kelinik ketiga bakal menjadi tempat peringahanku... huhu.... Jika tiada juga kesembuhan mungkin akan usahakan perubatan islam... Kita boleh usaha selagi ada cara kan....

Hai... apalah pagi-pagi merepek nik... Opsss mak dah bangun.... Jom kedapur buat persiapan sahur... Emm masak sup panas sedapp nie... goreng ikan... buat binjai manis cicah sambal belacan... ni feveret emak ni... opppsss ada lagi ke belacan... lagi...  goreng sayur... 

Emmm eh merepek lagi...apapun.. kedapur dulu... nanti lewat pula...

Selamat bersahur semua.... Elok lewat2 kan bersahur.... Lepas sahur jangan tidur nanti terlajak subuh..

Daaaaa.......

Saturday, July 5, 2014

Al-Fatihah Buat Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini

Melihat Instagram Feed pagi sewaktu bangun sahur, terlihat Lisa Surihani update Biduanita Negara Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah . Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh solehah dan beriman.. Al-Fatihah



Al-Fatihah..

Penyakit satu musibah

Alhamdulillah..... hari ni dah 7 ramadhan.. Seminggu sudah umat Islam berpuasa.. Cepat betul masa berlalu.. Memanglah waktu tidak akn menunggu kita. Kalau kita asyik menanti, melengah, tapi masa kan tetap berjalan... walaupun tiada kaki..

Dah sebulan.. masih begini... harap-harap petang nie jumpa doktor boleh membantu... doktor ketiga...

Memang sakit itu satu musibah... Ujian Allah swt ke atas hambaNya... Sakit juga mungkin satu kifarah pada kesilapan yang lepas. Apapun setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati...

Sebagai hambaNya kita harus berusaha mencari penawar dan ikhtiar bagi penyakit atau musibah yang kita hadapi... insya allah.. mudah-mudahan..

Friday, July 4, 2014

Bila dia tak sihat

Setelah dua kali bawa klinik kerajaan, kesihatan bidadari masih sama... Akhirnya klinik Swasta jadi pilihan.... Hari ni suhu badan bidadari 38° Doktor kata sangat-sangat panas... Padahal.di klinik kerajaan hari tu suhu yang sama... Kenapa tindakannya berlainan.. emmm tak mengapalah.... malas nak rosakkan mood bulan puasa.....

Melihat alahan pada badan bidadari... Kata doktor scabis... Aduhaii..... Kenapa jawapan doktor kerajaan dan doktor swasta berlainan... Huh... sekali lagi... Sabar ..... Bulan puasa...

Why it happen.. Dari mana dapat penyakit tersebut.... Bidadari dijaga baik 24 hours 7 days per week.... Me also face same.situation.. but just gatal-gatal only... nothing happen to my skin... but bidadari....

Sabar.... musibah dari Allah swt... Terima dengan hati yang redha... Kita pun tak tahu perancangan Allah swt...

Rasa tak sedap hati... tak sedap badan... Tak ada selera.... huh.... Sabarlah hati.... doakan yang terbaik...

Bidadari diberi ubat sumbat dipunggung... Berpeluh2 bidadari....

Moga bidadari ibu cepat sembuh.... Selepas ini.....

Surah An-Nuur - سورة النور

Terjemahan Surah An-Nuur
Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
(An-Nuur 24:1
A002
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(An-Nuur 24:2
A003
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(An-Nuur 24:3
A004
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
(An-Nuur 24:4
A005
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:5)
A006
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -
(An-Nuur 24:6
A007
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.
(An-Nuur 24:7
A008
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -
(An-Nuur 24:8
A009
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.
(An-Nuur 24:9
A010
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).
(An-Nuur 24:10
A011
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
(An-Nuur 24:11
A012
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
(An-Nuur 24:12)
A013
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(An-Nuur 24:13
A014
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
(An-Nuur 24:14)
A015
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
(An-Nuur 24:15)
A016
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
(An-Nuur 24:16)
A017
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(An-Nuur 24:17
A018
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:18)
A019
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
(An-Nuur 24:19
A020
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
(An-Nuur 24:20
A021
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
(An-Nuur 24:21)
A022
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:22)
A023
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;
(An-Nuur 24:23)
A024
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
(An-Nuur 24:24
A025
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.
(An-Nuur 24:25
A026
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)
A027
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
(An-Nuur 24:27
A028
Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
(An-Nuur 24:28
A029
Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
(An-Nuur 24:29)
A030
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An-Nuur 24:30)
A031
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur 24:31
A032
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nuur 24:32
A033
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:33
A034
Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(An-Nuur 24:34
A035
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nuur 24:35
A036
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
(An-Nuur 24:36
A037
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
(An-Nuur 24:37
A038
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.
(An-Nuur 24:38)
A039
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.
(An-Nuur 24:39
A040
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
(An-Nuur 24:40
A041
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
(An-Nuur 24:41
A042
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
(An-Nuur 24:42)
A043
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
(An-Nuur 24:43
A044
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.
(An-Nuur 24:44
A045
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(An-Nuur 24:45
A046
Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.
(An-Nuur 24:46)
A047
Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.
(An-Nuur 24:47
A048
Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
(An-Nuur 24:48)
A049
Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
(An-Nuur 24:49
A050
(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
(An-Nuur 24:50
A051
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
(An-Nuur 24:51
A052
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(An-Nuur 24:52
A053
Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama Allah, dengan sebebar-benar sumpahnya: bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. Katakanlah: " Janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".
(An-Nuur 24:53
A054
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
(An-Nuur 24:54) |
A055
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(An-Nuur 24:55
A056
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.
(An-Nuur 24:56)
A057
Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan Allah (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah neraka; dan sesungguhnya neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(An-Nuur 24:57
A058
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:58
A059
Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:59)
A060
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(An-Nuur 24:60)
A061
Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.
(An-Nuur 24:61)
A062
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Maka apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka, maka izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:62
A063
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(An-Nuur 24:63

A064
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.
(An-Nuur 24:64)
http://www.surah.my/24

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...