Tuesday, September 24, 2013

Nasihat dan pandangan, itu berbeza

Assalamualaikum wbt...

Dalam perbincangan dan perbualan dengan berapa teman, sering membicarakan tentang perjalanan hidup masing-masing. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang terlalu beremosi dan ada yang hanya tersenyum berdiam diri. Ada yang mampu memberi nasihat yang membina dan ada pula nasihat yang boleh menjatuhkan...

Ketahuilah bahawa walaupun kita berada dijalan yang sama atau tempat yang sama, tetapi harus kita ingat bahawa jalan yang kita lalui punyai berbagai ragam, berbagai warna, punya pelbagai dugaan. Pastinya lain rencahnya yang dirasa.

Ada teman mengatakan... "Andai aku punya pilihan... Pasti aku akan memilih untuk....." Ya... Pilihan memang ada... Ada dimana-mana... Namun tanyalah pada diri kita adakah kita telah membuat pilihan yang tepat atau sebaliknya.

Risiko? Usah cerita risiko kerna setiap apa yang kita lakukan akan ada kesan baik dan kesan buruknya. Namun bersediakah kita menghadapinya? Jawapan ada pada kita... Tidak pada orang lain...

Sering mendengar keluhan dan kesahan teman-teman... Namun apa yang boleh dilakukan... Hanya sekadar membantu meringankan bebanan perasaan rakan-rakan melalui pembinaan diri. Nasihat yang sekecil zarah melalui pengalaman yang dilalui.

Sedangkan memang menjadi lumrah... Kita biasanya mampu untuk memberi nasihat kepada orang lain, namun kurang berhasil untuk menasihati diri sendiri. Kata pakar motivasi untuk merubah orang lain, kita harus ubah diri kita sendiri.

Saya setuju... Bagaimana kita nak membawa orang kearah yang lebih baik, kearah peribadi yang lebih baik, sedangkan keperibadian yang kita tonjolkan masih lagi terkebelakang. Masih lagi lemah...

Ada juga pakar motivasi mengatakan bahawa jangan kita hanya lihat siapa yang sedang berkata-kata, tetapi lihatlah apa yang mereka kata. Lebih kurang beginilah. Kenapa? Kerana tidak semestinya nasihat atau pandangan yang diberikan oleh orang yang kurang baik itu tidak bagus hanya kerna dia mempunyai perilaku kurang baik. Dan tidak semestinya nasihat yang diberikan oleh orang yang peribadi baik itu bagus. Don't Judge A Book But Its Cover. Well.thats right!

Berbalik pada pokok perbincangan tadi. Buat teman-teman yang masih lagi dalam keadaan keluh kesah.. Bersabarlah... Ingatlah bahawa hidup tak selalunya indah dan tak selalunya pahit. Kadang keindahan itu membuatkan kita alpa dan kepahitan itulah yang membawa kepada keindahan.

Pernah seorang teman memberi pandangan dan nasihat yang amat berguna... "Sungguh saya tak tahu untuk memberikan nasihat terbaik dengan pertanyaan itu, tapi apa yang mampu saya berikan adalah... Cuba alihkan fikiran awak dari masalah kepada pembinaan diri. Bila keyakinan diri awak kuat, insyaallah tiada masalah yang tak mampu awak selesaikan dan hadapi"

Kunci terhadap dugaan yang dihadapi adalah KESABARAN... Kunci kepada ketentuan adalah REDHA... Kunci kepada nikmat adalah SYUKUR... dan kunci atas segalanya adalah IMAN... Imanlah yang menjadi pengukur segalanya...

Waulahualam...

Bersambung....

Notakaki: Diri juga masih meniti titian rapuh perjuangan... Bersamalah kita saling nasihat menasihati.. Berpesan-pesan pada kebenaran.. Beringat-ingatlah akan kemungkaran...

Monday, September 23, 2013

Give Away Set Kurus/Diet Shaklee


Syarat-syarat penyertaan:

1. GA ini terbuka kepada semua sahabat blogger, kecuali ahli keluarga Shaklee.

2.Follow blog dibawah

3. LIKE Facebook Page: Ummuhafiey Stop Center

4. Buat Entry Bertajuk  "Give Away Set Kurus/Diet Shaklee"

5. Link kan entry tersebut ke blog INI (pun optional) 

KLIK BANNER UTK JOIN

Notakaki: Set Kurus Shaklee.. Menarik.. Nak jugak.. Berat macam bertambah... Free sape taknak kan.

      Segmen Saya Mahu Ditegur


      Tarikh Tutup: 25 September 2013

      Kenapa Saya Mahu Ditegur?

      "Kadang semasa kita memaparkan cerita atau apa sahaja di dalam blog kita mungkin mengundang rasa kurang senang. Jadi orang lain boleh tegur dan kita boleh betulkan kesilapan kita. Tak gitu?
      Kadang juga Blog kita agak serabut jadi orang yang bertandang ke Blog kitalah yang tahu bagaimana rupa blog kita. Kalau kita ofcoz.."My Blog Is The Best" .. So Teguran Pembaca akan membina & memandu kita kearah Blogging yang lebih baik.."

      Mohon Ditegur.. Terima kasih

      Siapa Makan Tempoyak?

      Assalamualaikum...

      Sebut pasal "Tempoyak" mesti ramai yang tahu.. Tapi bagi yang tak makan durian tu, maybe tak tahu. He..He.... Gambar dibawah ini merujuk kepada Tempoyak


      Tempoyak dihasilkan daripada isi durian.. Durian???? Raja Segala Buah.... Tempoyak boleh disimpan lama .. So simpan dalam bekas dan letakkan dalam peti ais. Pastikan ditutup rapat. Nanti meletop!!! Kerana gas yang dihasilkan... Makin lama simpan.. Makin sedap.. Tapi periksalah mana tau jika ada yang berbau hapak dan tak boleh dimakan lagi.

      Pelbagai jenis masakan boleh dicampur dengan tempoyak. Antara yang Famous bagi orang Negeri Sembilan ialah "Sambal Daun Kayu".. Ehh.. Apa tu? Sambal Daun Kayu nie terdiri daripada sayur-sayaur @ daun-daun kayu yang boleh dimakan contohnya, Daun lidah kerbau, Pucuk Ubi, Daun Labu, Daun Kaduk, Daun Kunyit, Petai dan beberapa jenis daun lagi.

      Kredit tiffinbiru
      Selain itu Tempoyak boleh juga dibuat Sambal yang diberi nama Sambal Tempoyak. Resepi simple kalau malas sangat. Tumbuk@ Blend Cili Api + Ikan Bilis + Sedikit garam. Kemudian Gaulkan Bersama Tempoyak. Dah siap.. Maaf Gambar tiada dekat sini.

      Boleh juga Dibuat Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin . Masak macam masak lemak biasa cuma ditambah dengan Tempoyak. Rasanya pasti sedap. Macam Gambar di bawah ini.

      Kredit Azie Kitchen
      Asam Rebus Tempoyak pun boleh juga.. Pendek kata, macam-macam lagi masakan dengan menggunakan tempoyak. Yang pastinya semua sedap-sedap belaka...

      Cubalah... 

      Notakaki: Tulis jangan tak tulis... Selagi boleh menulis... 


      Sharing: Doa Seorang Isteri

      Ya Allah
      Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
      Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
      Kau berikanlah aku kekuatan mental
      Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
      Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
      Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
      Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

      Ya Allah
      Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
      Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
      Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
      Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
      Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
      Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
      Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
      Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
      Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
      Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


      Ya Allah
      Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
      Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
      Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
      Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
      Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
      Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
      Sekiranya aku engkar dan derhaka
      Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

      Ya Allah sesungguhnya
      Aku lemah tanpa petunjukMu
      Aku buta tanpa bimbinganMu
      Aku cacat tanpa hidayahMu
      Aku hina tanpa RahmatMu

      Ya Allah
      Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
      Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
      Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
      Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
      Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
      Kerana aku sedar hinanya aku
      Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
      Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
      Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
      Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

      Ya Allah Tuhanku…
      Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
      Isteri yang dikasihi
      Isteri yang solehah
      Isteri yang sentiasa dihati

      Ya Allah Tuhanku...
      Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku
      Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran
      Menerima segala ketentuanMU
      Seandainya telah kau tuliskan Ianya sementara
      Kau berikanku ketabahan menjalani kehidupan ku yang seterusnya
      Bersama Anugerah Yang kau berikan
      Dan... Kau jadikanlah Aku 
      Insan yang sentiasa bersabar & redha dengan segala dugaanMU
      Dan...
      Andai kau masih beri kesempatan itu..
      Aku mohon....
      Kau lindungilah kami... dan Permudahkanlah Urusan Kami
      Ku Berserah PadaMU Ya Allah..

      Amin Ya Rabbi Allamin..

      ------Dedicate By Hati Seorang Isteri------

      Segmen Why You Blogging?

      Segment Sehari Sahaja


      Assalamualaikum....
      Hari ni rasa nak buat Short Segmen.. Segmen untuk suka-suka sahaja.
      Kalau berminat Sila join

      Tarikh: 23 September 2013 
      Masa: 9.00 pagi - 12 tgh malam

      Syarat Simple Sahaja:
      1. Copy Banner diatas Dalam Entry dan link ke Entry Segment ini
      2. Buat Entry bertajuk "Segmen Why You Blogging?"
      3. Coretkan Serba sedikit dalam Entry tu Kenapa anda blogging? Dan sejak bila Anda Ber"Blog"
      4: Follow Blog Anne ***
      5: Tinggalkan link entry anda di komen Entry ini sahaja

      Lain-Lain:
      Segmen ni untuk beramah mesra dan MENCARI BLOGLIST TERBARU bagi blogger yang aktif untuk dimuat dalam blog Anne..
      Ajaklah kawan-kawan join..
      Simple sahaja kan???

      Harap-harap ramai yang join walaupun segmen ringkas..

      Kenapa Anne Ber Blogging??
      Anne blogging dah lama Since study lagi.. tak bape ingat tarikhnye..
      Tapi Anne berblog sebab anne suka menulis dan meluah melalui penulisan. Sebab Anne seorang pendiam dan tak banyak cakap.. Kalau STRESS... Anne akan meluah melalui tulisan.. Tak kisah dibuku ker, kertas ke.. atau blog... Dengan cara tu.. Serba sedikit release tension.. Dan berblog juga untuk isi kelapangan waktu.. dan freedom!!!!

      Sunday, September 22, 2013

      Dirinya Telah Kian Hilang

      Berdirinya sang hati yang sedang kerinduan
      Menikmati deruan angin yang bertiup kencang...
      Merenung mencari ketenangan hati yang hilang entah dimana
      Mencari diri yang telah lama hilang

      Tulisan demi tulisan....
      Lakaran demi lakaran...
      Coretan demi coretan...
      Untuk hilangkan segala resah dan kesah
      Untuk lontar segala rasa gundah
      Agar dirinya terus kuat
      Hadapi jalan yang kian panjang

      Demi satu nyawa....
      Demi anugerah yang indah tercipta...
      Demi harapan diletak segala...
      Demi insan sekeliling yang ada....
      Masih mengharap... Masih setia...
      Agar diri terus berjuang....
      Agar terus bertahan...

      Lantas senyuman dilempar...
      Seraya hatinya berkata....
      Mungkinkah.....
      Sedangkan diri telah lama hilang
      Hilang bersama nostalgia tercipta
      Sedangkan rasa kian pergi
      Pergi bersama jiwa yang pantas berlari pergi
      Sedangkan penghuni kian menyepi
      Sepi bersama mahligai yang rapuh menanti

      Yang tinggal itu hanyalah jasad
      Yang masih berdiri demi satu rasa yang tiada belahan bagi
      Demi amanah yang telah diberi...
      Jika tidak.....
      Pastinya... Dia dah pun berlalu pergi
      Jauh dari duniawi yang tiada mengerti
      Ibarat matinya sekeping hati
      Tatkala hilang segala seri...

      Ya......
      Sedang dirinya dah lama hilang dibawa pergi.....

      ----- dedicated: Angin bayu petang-----

      Rebung Berduri Dihati

      Assalamualaikum.. dan salam sejahtera...

      "Gurindam lagu bergema takbir
      Tiung bernyanyi pohonan jati
      Bertanam tebu di pinggir bibir
      Rebung berduri di hati"

      Nyanyi-nyanyi pula... Update hari ni adalah pasal Rebung??? 
      Rebung buluh? Ishhh... miang tu...
      Tak lah.. Tengok gambar kat bawah ni.


      Tak jelas?? Nie lagi satu


      Nie rebung yang sudah siap dipotong dan direndam.. Emmm Sedap jer tengok.. Tapi bau dia.. Alamak... Tapi kalau dah masak.. Sedap hingga jilat jari... Tak caya?? Try lah...

      Rebung nie fresh handmade dari mak... Mak ambil rebung nie dari rumah Wan di Pahang.. Sampai rumah baru dihiris-hiris .. Maka jadilah seperti dalam gambar di atas... Tak perlu bazir duit beli-beli dikedai.. Handmade je... Tulah namanya rezeki ada dimana-mana... Kalau makan dikedai sahaja.. Entah berapa RM yang kena.. Kalau buat sendiri??? Puas hati.. 

      Rebung nie boleh masak macam -macam.. Well Orang nogori biasolah.. Terkenal dengan Masak Lomak Cili Api eh.... Gulai Rebung campur Perut... Emmm Marvelous!!!! 

      Asyik sebut tentang makan je.. Ishhh Biarlah... Dah sinonim rakyat Malaysia nie terkenal dengan makanannya... Ada yang makan ada yang tak makan.. Alasan mungkin baunya.... Hai.... bau boleh hilang... Apa susah....

      Oklah... Selamat mencuba....

      Notakaki: Oh... Rebung berduri dihatiku ini.....

      Breakfast with onde-onde Melaka

      Assalamualaikum....
      Selamat pagi semua... Dah bangun...
      Perut terasa lapar.... Juadah apa nak buat pagi-pagi minggu ni untuk keluarga tersayang....

      Al-maklumlah saya memang tak pandai buat kuih-muih ni. Masakan lain insyaallah boleh diusahakan... He..he..

      Onde-onde melaka atau kuih buah Melaka ini memang senang nak dibuat. Cuma rajin dengan tidak. Alhamdulillah first trial.. Not bad!

      Kenapa warna onde-onde melaka ni tak hijau pekat? Sebabnya memang guna fresh perahan daun pandan tanpa tambahan pewarna hijau. Jadi keaslian warnanya adalah dari Daun Pandan semata. Baunya pun harum... Disalut dengan parutan kelapa fresh dari ladang.. Ladang mana lagi... Ofcourse keliling rumah ni...

      Oklah... Selamat menjamu selera...

      Notakaki: emmmm saya rasa sedap je.. Tapi tak taulah orang lain rasa kuih ni macam mana... Dap dup dap dup...

      Saturday, September 21, 2013

      Wahai Anak Adam, Aku Hairan...

      Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

      "Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEMATIAN tetapi masih BERGEMBIRA,
      Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap HARI PERHITUNGAN tetapi dia masih MENGUMPUL HARTA.
      Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KUBUR, tetapi masih TERTAWA.
      Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan AKHIRAT tetapi dia masih BERISTIRAHAT.
      Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap DUNIA & KEMUSNAHAN, tetapi dia masih TENANG dengannya.
      Aku hairan kepada mereka yang ALIM pada lidahnya tetapi JAHIL pada hatinya.
      Aku hairan kepada mereka yang sibuk BERSUCI dengan air tetapi HATINYA tidak suci.
      Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan KEAIBAN orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
      Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.

      Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."

      [Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]
      Sumber: U-Turn Kejalan Lurus

      Penipuan yang paling dahsyat adalah apabila kita sibuk melihat dan memperkatakan kesalahan orang lain. Tanpa sedar sewaktu kita sibuk melihat keaiban orang lain, kita sudah tentunya tidak sempat melihat cela, salah dan kelemahan diri-sendiri.

      Makan Ikan Salai?

      Assalamualaikum.. dan salam sejahtera...

      Pernah makan ikan salai? Of coz lah kan..... Tak pernah??? Rugi...
      Ikan salai ni banyak jenis ikan boleh buat.. Ikan laut ke atau ikan sungai... Boleh aje. Gambar yang akan Anne tunjukkan nie adalah Ikan Sungai. Ikan Haruan, Ikan keli@ Sembilang, Ikan Tilapia dan yang seangkatan dengannya... Ikut u all lah.. 
      Seperti dalam entri sebelum ni Ikan Oh Ikan... 


      Biasanya ikan salai nie kita buat masakan seperti Masak Lomak Cili Api..(bahaso nogori) ...Boleh campur dengan bahan yang lain contohnye nak rasa masam boleh campur dengan terung asam... Belimbing ke.. Nak campur tempoyak pun boleh... Mengikut citarasa kita lah... Kita buat dia kan?

      Tapi ikan diatas nie memang sedap.. Cuma banyak tulang... So nak makan kene hati-hati.. Nanti tercekik tulang pula sebab tulangnya bercabang dan halus... Penah juga makan tercekik tulangnya.. Susah nak keluar.. Sebab halus.. 

      Senang je caranya.. Kepal-kepalkan nasi putih.. dan telan.. So tulang tersebut akan tersangkut pada nasi yang kita kepal tu... Insyaallah..

      Selamat Mencuba....

      Pagi Sabtu Yang......

      Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca.... Kerja ke cuti hari nie?

      Sunyi sungguh di sini... Suasana kampung. Pagi-pagi lagi adik-adik dah ke sekolah. Hari sabtu.. Sekolah gantilah tu... So rasa macam hari biasa. Kalau tak dah dengar jerit suara adik bongsu tu dah jerit-jerit.

      Aktiviti pagi jalan-jalan di tepi rumah jelah. Apa nak buat... Ini jalan yang dah dilalui... Jadi harus tetap bertahan juga.

      Tapi best juga duduk dikampung... Suasana aman, bunyi burung-burung... Lihat cik pai lompat sana lompat sini.

      Terpandang "My Baby" yang dah beberapa hari tak gerak2. Emmmm.... Duduk jelah awak kat situ. Tuan kamu ni tengah xda mood. Biar dia recover dulu dari Stress dia yang melampau tu. Ahakkkssss!!

      Apapun ... Pada yang bekerja hari ni.. Selamat menjalankan tugas anda.. Pada yang bercuti, selamat bercuti dihujung minggu... Pada yang sedang ber"online" tu... Selamat beralam maya.... Wassalam

      Friday, September 20, 2013

      Doakan Musibah Menimpa Orang Lain

      Assalamualaikum....

      Dah dua hari Anne tak jengah blog.. Berehat-rehat sambil cuba menenangkan fikiran yang tak menentu. Semakin hari semakin kusut. Timbul kerisauan ia akan mengganggu kesihatan yang lain pula. Biasalah emosi manusia sememangnya tak menentu, sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Kadang kala baru nak pulih datang pula hal yang menambah emosi... Dugaan Allah swt.. Alhamdulillah... Allah sayang kita.. sebab itu DIA uji kita sedemikian rupa...

      Adalah menerima pesanan ringkas dari Hamba Allah yang tak dikenali... Sudahlah dibuat "Miscall" berkali-kali dari Nombor tak dikenali.. Dikirim pula pesanan SMS panjang mendoakan musibah menimpa kita. Nauzubillah... Hati manusia kan? Tak siapa tahu... Siapakah gerangan Si penghantar SMS tersebut? 

      Tak perlulah kita nak doakan keburukan orang lain, lebih-lebih lagi mencela-cela kita atau menuduh orang lain tanpa asal-usul periksa. Fitnah namanya tu.... Tak kisahlah sama ada tersalah menghantar sms @ dengan niat @ apa sekalipun... Kita semua ada agama, ada iman... ada akal... Mengapa nak ikutkan nafsu?? Mengapa nak ikutkan Amarah... Nanti malu sendiri... Kan senang Doakan kebaikan orang lain... Kita juga nanti turut peroleh kebaikan... Hati kita juga bersih dari hasad & dengki. Jauh dari pujukan Syaitan...

      Jika kita melawan bermakna kita ini serupa sahaja dengan mereka. Tiada bezanya... Diam itukan lebih baik.. Senyum dan serah pada Allah SWT kerana Dia Maha mengetahu akan segala sesuatu... Minta dijauhkanlah semua prasangka tersebut. 

      Ada betul juga kata teman... "Terlalu baik tak guna juga, Berdiam diri sahaja pun tak guna juga. Nanti orang akan pijak kepala kita. Orang terus aniaya kita." Ye sahabat... Betul... Tapi biarlah.... Apa yang kita kan peroleh daripada semua itu? Kebanggaan? Kegembiraan? Kebahagiaan? Kesenangan? Kepuasan Diri?

      Tidak... Bukan? Melainkan perasaan sakit hati.. Jika kepuasan pun.. Hanyalah bersifat sementara.. Bersifat Duniawi... Tiada apa nak dibanggakan.... Kita semua akan tua.. Kita semua akan kembali kepadaNYA.. Segala amal kebajikan dan keburukan kita dipertontonkan... 

      Jadi.... Tetaplah Diri kepada Allah Swt... Oleh itu.... Doakanlah kebaikan untuk orang lain dan diri kita juga... Jika ada yang mengatakan "Buat baik pun sama dapatnya, buat jahat pun sama juga.. tak berubah pun. Alang-alang.. buat jahat terus" Lupakanlah semua itu.... Jika keduanya sama perolehannya.. Pilihlah berbuat baik... Itu lebih memberi jaminan buat kita.....

      Waulahualam..

      Tuesday, September 17, 2013

      Remove Blog & Readers Only

      Assalamualaikum....
      Tadi sempat check link-link blog yang diletakkan pada Blog Anne. Jadikan aktiviti nak Blogwalking... Apa kesimpulan yang Anne dapati adalah:

      Kebanyakan link blog tersebut telah diremove. Maksudnya blog tersebut telah diremove oleh pemiliknya. Tak perlu nak letak kat sini.

      Dan....

      Kebanyakan blog juga telah me"limit"kan pembaca.. Just open to invites readers only... So Anne tak bole buka@ baca blog-blog tersebut. Hu..hu... Xmengapa...

      So bila senang nanti nak kemaskini semula listing blogger yang masih aktif lagi dialam maya nie. So senang nak BW bila kesempatan...

      Notakaki: memerap dirumah.... Cube cari ketenangan yang dah hilang....

      Anak bulus baru

      Emmm... Bangun2 Subuh jer dah bising bunyi kucing kecil... Ingat anak kucing sesat mana.. Rupenye dia...
      My bulat sayang pun turut tengok sama.. Tapi macam tak suka... Well takut diketepikanlah tue... He..he... Dont worry. U always no one!!!
      Entah manalah adik anne ambik budak kecik nie... Nak jaga bulat &panjang pun jenuh.. Nie kan pula tambah sekor lagi...
      Notakaki: Update je apa nak untuk hilangkan tekanan dihati &kepala nie...

      T-shirt I Love Blogging Giveaway



      Klik Banner
      Bermula 16 September - 23 September 2013

      Monday, September 16, 2013

      Bersabarlah dik

      "Bersabarlah.....
      Kita hidup didunia nie sementara cuma...
      Kita semua akan tua akhirnya...
      Takut... Apa yang kita buat Allah akan balas kembali...
      Takut... Apa yang Allah beri akan ditarik kembali kerana kita tak hargai dan bersyukur...
      Takut juga amanah yang Allah beri kita abaikan dan tak jaga dengan baik...

      Percayalah....
      Biarlah apa orang nak buat dekat kita dik... Allah ada....
      Takda apa yang nak dibanggakan
      Sementara sahaja dik...
      Mulakanlah hidup baru demi amanah yang Allah beri.... "

      Notakaki: Huh...... Berat mata memandang berat lagi bahu memikul... Pedih hati yang mengetahui... Pedih lagi hati yang menanggung... KAU tempat kememinta... KAU beriku bahgia... Jadikan aku selamanya... HambaMu yang selalu bertakwa....

      Pou Oh Pou

      Tak tau apa nak buat sekarang... Semua serba tak kene... Dalam keadaan tak sihat sangat-sangat ni...

      Sama macam cik Pou... Sakit kuning kew??? Satu-satunya Stuff kat hp yang dilayan setiap hari.. He...he...

      U all main pou juga kew?

      Ikan Oh Ikan

      PESTA IKAN....
      Banyak tak ikan?????
      Aktiviti ayah bila kelapangan....
      Besar-besar ikan lampam sungai nie...
      Nie bukan menjala tau.. Tapi gunakan kail...
      Biasalah dikampung masih banyak lubuk-lubuk ikan yang masih virgin lagi.. dan tak dicemari
      Maka ikan-ikan ini membesar dengan baik dihabitatnya...
      Best duduk kampung nie...
      Macam-macam ada....

      Sunday, September 15, 2013

      Segmen Follow Me by Salamah Ishak


      Tarikh Tamat: : 22 September 2013 Pukul 12tengahari.

      Syarat-Syarat Penyertaan:

      Follow blog Off Bonda Qalish
       Klik like di fb Qalish Garden (alamak.. anne xmain FB sekarang)
      Buat entry ini. "Segmen Follow Me by Salamah Ishak"
      Copy banner and backlink ke entry ini.
      Copy URL anda dan PASTE dalam comment box. Dalam CBox tidak dilayan. OK?

      5 Hadiah Misteri Menanti

      klik banner untuk join!!!

      Ular Tedung Vs Ular Sawa


      Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat berhujung minggu....

      Jom tengok gambar nie.... Baik punya!!!!


      Gambar nie Ular Tedung vs Ular Sawa yang sedang beradu tenaga menunjukkan kehandalan dan kehebatan masing-masing. Barulah dikata hero rimba.... He..he..

      Masing-masing ada kelebihan... Si tedung kelebihannya hanya mematuk tapi tak pandai membelit... Tapi kelebihan Si sawa adalah membelit...

      Bijaknya si Sawa awal-awal dah belit kepala si tedung... Agak2 mesti terbeliak mata Si tedung kene belit... Juling mata!!!

      Gambar nie diambil di paya sewaktu pembersihan tanah kebun.... Ish...ish... Kus semangat!!!


      Panahan Pandangan

      Segala peristiwa bermula dari pandangan mata
      Seperti kobaran api bermula dari setitik bara
      Berapa banyak pandangan yang membelah hati
      Laksana anak panah yang melesat tanpa busur dan tali
      Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
      Dia tidak terlepas dari bahaya yang menghadang
      Enak di mata tapi sakit di hati
      Tiada ucapan selamat bagi kesenangan yang berakhir dengan derita

      Orang yang memandang, bererti telah melepaskan anak panah di mana sasarannya adalah hatinya sendiri, sementara ia tidak menyedarinya....

      Credit jangan bertangguh lagi


      Saturday, September 14, 2013

      Sharing: Siapa Perampas? Tepuk Dada Tanyalah Iman

      Biar Gambar Berbicara...


      Diupload atas permintaan... 
      Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui Akan Segala Sesuatu...
      Jadikan Pengajaran & Teladan 
      Pada sesiapa yang telah memasuki Alam tersebut @ Berkeinginan kearah tersebut @ Sedang Kearah Tersebut... Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa, Ikut Nafsu Lesu, 
      Oleh itu.. Tepuk Dada Tanyalah Iman... 
      Kalau hati ikhlas Insyaallah.. Semuanya boleh dilalui dengan mudah.... 
      Apa yang penting REDHA & SABAR & sandarkan segalanya kerana ALLAH SWT
      Terima Segalanya Dengan Hati Ikhlas Setiap Dugaan & Cabaran Yang DiBerikan OlehNYA
      Sama Ada Baik @ Buruk

      Pengajaran terbaik Disini KLIK

      Notakaki: Tolong jangan saman saya... Saya Tolong Upload Je.... 

      Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman


      Syarat-syarat penyertaan..

      Mesti Follower Blog Sally...
      Follow sekali Twitter Sally...kalau ade...
      Klik aje LINK kat bawah (tunggu sampai hbs loading)
      Tulis satu entry dengan tajuk "Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman"
      Tampal banner dekat entry & linkkan ke entry INI

      Jom join..

      Notakaki: Minggu Segmen

      Segmen Simple & Mudah

      Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian
      Masih Online lagi? Jangan lupa selesaikan urusan yang wajib dulu ye..

      Malam nie satu lagi segmen saya join...
      Memang kiut sangat2.. dan I LIKE!!!!


      Kenapa Saya join???
      Well tertarik sebab kucing comel tuh!!!!

      Syarat Penyertaan KLIK BANNER

      Tarikh Tamat: 21 September 2013 

       TIPS UNTUK MENANG
      Buat entry. Peserta yang membuat entry berpeluang tinggi untuk menang. 
      Sebab penyertaannya mewakili 2 undian.

      Jom ramai-ramai join

      Note: Yumida. Blog awak comel.. Awak suke kucing gak ye... Titew pun suke

      Segmen 1st Mama

      Assalamualaikum dan selamat petang semua....

      Tengah Online ke tu????
      Jom sertai Segmen 1st Mama...
      Kelass Gitu..

      Comel Kan?
      A) Mulakan dengan Letak gambar yang direka khas ini di entry anda. Copypaste jer..
      B) Linkkan terus ke blog MAMA ..
      C) Jangan lupa follow MAMA, semuanya seperti biasa juga...
      D) Mama kata tak kisah nak buat entry atau tak... janji anda join cukup dah.. Ala.. Buat jer...
      E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama "
      F) Like Facebook mama .. Oppsss xmain facebook dah
      G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen. Dekat entry yang nie.. KLIK 

      Ok.... Siap Dah...
      Selamat Mencuba....

      Mimpi beri Bahgia?

      Assalamualaikum.... Selamat pagi... Masih tidur lagi? Ayuh bangun... Jangan lupa Subuh.... Bangun awal pagi rezeki murah...

      Suasana subuh dikampung memang seronok.. Pagi-pagi dah dengar kokokan Si Jantan memecah kesunyian pagi... Confirm tak tidur semula...

      Sebut perihal mimpi.. Memang kata orang ia mainan tidur semata. Tetapi kadang kala mimpi itu memberi petunjuk dan peringatan pada kita. Tapi jangan pula terlalu taksub mempercayai mimpi sehingga terbawa-bawa di realiti.

      Kadang mimpi itu terlalu buruk untuk kita terima sehingga memberi kesan kepada kita bila terjaga.. Maka segeralah ber istighfar kepada Allah swt.

      Dan.... Terkadang mimpi itu beri bahgia. Datang tanpa kita duga. Kata orang bila kita mimpi seseorang yang kita sayang..maknanya orang itu sedang ingat pada kita atau rindu pada kita... Ishhh boleh percaya ke?... nope!!! Jika mimpikan orang yang kita sayang.. Sedekahkan Al-fatihah kepadanya... Moga orang yang kita sayang sihat selalu dan sentiasa ingat kita...

      Jika di realiti mungkin kita tak mengalaminya... Tetapi kadang-kadang didalam mimpi kita peroleh atau merasai kebahagiaan itu... Emmm.... Terpulang pada kita menilainya....

      Yang pasti bahgia itu tetap dirasa... Dengan apa jua keadaan sekalipun... Kerna bahgia letaknya dihati...

      Apapun Syukur Alhamdulillah... Biarpun tak merasainya di alam nyata... Tapi Allah beri didalam mimpi... Kebahagiaan itu jelas terasa walaupun hanya sekadar mimpi yang entahkan menjadi realiti....


      Friday, September 13, 2013

      Segmen: Segmen Pertama Che Yam

      Assalamualaikum...

      Lama sangat tak join segmen @ contest yang dibuat oleh rakan-rakan blogger. Bila masuk Blog kakak saya iaitu AnnazSpace terlihat dia join segmen nie.. So nak join jugalah

      Comelkan ?? Pertama kali che yam buat nie
      Ha.. Berikut Syarat-Syaratnye
      * Wajib ada blog 
       * Follow Blog Che yam tu tau!!!
       * Copy Banner di atas 
       * Buat Tajuk " Segmen Pertama Che Yam " 

      Lain-lain???
      KLIK banner kat atas tu... 

      Jom Join....
      Sambil Bantu Che Yam...

      Sharing: Kalendar Cuti Dah Hujung Tahun

      Assalamualaikum... Selamat Petang...
      Saja nak post sumting dekat blog petang-petang begini...
      Ni copypaste nye yer. Nie linknya KELENDAR CUTI 2013..  Kalendar hujung tahun... Biasalah...
      Ada orang suka counting bila cuti.. Al-maklumlah nak pergi bercuti, beriadah, jalan-jalan sama keluarga, kawan-kawan...ataupun yang sedang sibuk untuk adakan Majlis-majlis tertentu seperti Majlis Perkahwinan, Doa Selamat, atau apa sahaja...

      Rajin-rajin tengok lew kat bawah nie..

      8 September
      Sunday
      Sarawak Governor's BirthdaySarawak Only
      16 September
      Monday
      Malaysia Day &
      Sabah Governor's Birthday
      Nationwide - since 2010
      Sabah
      6 October
      Sunday
      Sabah Governor's BirthdaySabah Only
      13 October
      Sunday
      Malacca Governor's BirthdayMalacca only
      15 October
      Tuesday
      Hari Raya Haji *
      Hari Raya Qurban
      Nationwide
      16 October
      Wednesday
      Hari Raya Haji (2nd Day) *
      Hari Raya Qurban
      Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
      24 October
      Thursday
      Sultan of Pahang's BirthdayPahang only
      3 November
      Sunday
      Deepavali or DiwaliNationwide
      5 November
      Tuesday
      Awal Muharram
      (Maal Hijrah)
      Nationwide
      11 & 12 November
      Mon & Tues
      Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
      22 November
      Friday
      Sultan of Johor's BirthdayJohor only
      11 December
      Wednesday
      Sultan of Selangor's BirthdaySelangor only
      10 December (6 Safar) TuesdayHari Hol Almarhum
      Sultan Iskandar Johor
      Johor Only
      25 December
      Wednesday
      ChristmasNationwide
      * Subject to change - depending on the sighting of the new moon

      Notakaki: tengah counting day... nervesnyer... moga-moga dipermudahkan segalanya... kan sweetie.. preparation semua dah buat.. terima kasih pada yang membantu.. tunggu masa je.. Insyaallah.. 

      Nak gurau-gurau

      Ishhh.... Kucing pondan nie nak gurau-gurau pulak... Pantang je tengok kita duduk-duduk rehat... Mulalah nak ngendeng-ngendeng (mean dekat-dekat)..

      Kerjanya makan + tido + main.... Namun nak pergi jalan-jalan ke... Cari gewe ke... Tidak... 24hours / day kat rumah...

      Tapi ada gak kawan bila dia kat rumah.. Penghibur hati .... He...he...



      Wednesday, September 11, 2013

      Jodoh tak siapa tahu

      Sebut pasal jodoh ni, kita hanya merancang tetapi hanya Allah swt yang mengatur dan mengizinkannya. Kerna jodoh itu hak Allah swt yang tentukan.

      Saja nak cerita-cerita.. Tak tau nak update apa dekat sini.

      Sebut jodoh ni... Sewaktu berjumpa doktor pakar hari ini... Ternampaklah kenalan lama... Tapi tak lah rapat.. Kenal-kenal gitu je. Masa sekolah dulu. Dia senyum.. Saya pun senyum... Senyumkan satu sedekah... Walaupun kami tak bertegur sapa.

      Dia bawa checkup juga... Kemudian terlihat kelibat suami dia.. Oppssss.... Macam kenal juga... Tak sangka ye... Dah jodoh kan? .. Alhamdulillah... kita tak tahu. Ketentuan Allah swt.

      Kalau dah jodoh tak kemana... Mungkin dulu orang itu yang kita bencilah.. Tak sukalah... Tau-tau... Allah swt telah rencana jodoh kita dengannya...

      Dan tak mustahil juga.. Orang yang kita sayang.. Kita cinta bagai nak rak pun... Rupa-rupanya Allah swt dah rencana jodoh kita bukan dengannya...

      Kuasa Allah swt.. Kun fayakun...

      Friday, September 6, 2013

      Review Buku: Penawar duka Pengubat Sengsara

      Assalamualaikum...
      Lama tak buat review buku-buku yang bagus untuk dibaca dan dijadikan inspirasi dalam kehidupan dan membina keyakinan diri dan motivasi diri dalam menempuh kehidupan seharian.
      Hari ini buku yang saya nak kongsi adalah buku tulisan Dr MAZA atau dikenali sebagai Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

      Tajuknya: Penawar Duka Pengubat Sengsara

      Terdapat Pengisian Yang menarik dalam buku ini iaitu;

      • Iman tidak dipaksa
      • Bila Usia Menjelang 40
      • Kemanisan dalam Ujian
      • Menangislah wahai mata
      • Mencari Keberkatan Masa
      • disebalik Cinta dan Tawakal
      • Mencari Hikmah di sebalik Duka
      • jalan Pulang Ke Pangkuan TUHAN
      • Dimakah Hendak Dicari Ketenangan
      • Pengaruh Wanita dalam Kehidupan Lelaki


      "Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada allah dan memohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan khusyuk. itulah penawar yang akan membuka kebahgiaan. Itulah janji-NYA"

      Dapatkanlah buku ini dipasaran. Best Seller!!!

      Kredit to Nazira For this Book... Really Helpful

      Hujan sudah

      Alhamdulillah... Hujan sudah... Tambah sejuk pula rasanya... Ni rasa nak bergelut dekat tilam nie... Emmm... Bestnyer ....

      Makin lebat tue.....
      Fikiran merawang jap.... La...la...la....
      Aipppp.... Dia pun same gak kew.... He..he...
      Jom layan...layan...

      Miss someone soo... Much....


      Sharing: Nasihat Suami Kepada Isterinya

      Maafkanlah kesalahanku
      nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
      dan janganlah engkau bicara
      saat kemarahanku sedang memuncak

      Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
      seperti engkau memukul rebana
      kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
      bagaimana sikap orang yang tidak dapat mengawal diri

      jangan engkau banyak mengeluh
      Kerana ia akan menghakis cinta
      dan hati ini akan berubah menolakmu
      kerana tabiat hati itu tidak tetap

      Sesungguhnya kulihat cinta dalam had ini
      bila berpadu dengan rasa benci
      dalam waktu yang singkat
      rasa cinta itu akan hilang...


      Sharing: Janganlah Engkau Habiskan Waktumu Untuk Keinginan Nafsu

      Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah R.A, (dalam peristiwa berita bohong):

      "Jika engkau merasa pernah berbuat sesuatu dosa, mohonlah keampunan kepad allah dan bertaubatlah kepadaNya.Sesungguhnya seorang hamba itu apabila mahu mengakui dosanya, maka Allah akan menerima taubatnya. "

      Bayangkanlah, bahawa engkai telah memiliki apa yang engkau inginkan dari angan-angan dan impian. Engkau telah sampai pada apa yang engkau inginkan dan apa yang engkau dambakan. Namun, semua yang engkau miliki tiba-tiba hilang darimu begitu saja. Pada saat itu pasti anda akan menangis, mengeluh, menyesal sambil menggigit jari kerna menyesali apa yang hilang darimu. Namun, apakah engkau pernah memperhatikan bahawa umur sebenarnya telah hilang bersama kesedihanmu tanpa kau sedari?

      Sesungguhnya, umurmu adalah permata yang sangat berharga sekali, tidak dapat dinilai dengan harta benda. Umur ini pada hakikatnya berupa hembusan nafas;  setiap hembusan nafas yang keluar dari anda selamanya tidak akan kembali lagi kepada anda. Hembusan nafas inimerupakan modal utama anda di dunia ini yang dengannya anda dapat membeli apa yang anda sukai dari kesenangan syurga.

      Maka... mengapa engkau mensia-siakan umurmu tanpa taubat yang sesungguhnya?

      Nota:  Ada satu jalan menuju kebahagiaan iaitu berhenti mengejar sesuatu yang tidak mampu kita raih

      Sharing: Kebahagiaan Lengkap dan Kebaikan Sempurna

      "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Necaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar (dari semua kesulitannya) "

      Tiada Suatu Kebahagiaan Pun Yang Lengkap Bagi Seseorang & Tiada Suatu Kebaikan Pun Yang Sempurna Bagi Seseorang.

      Sesungguhnya, kita keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan kita. Sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga. Sedangkan, didunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak. Segala yang kita inginkan tidak mungkin semuanya tercapai. Kita harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana, sakit, musibah dan ujian yang datang menimpa.

      Jadilah wanita yang selalu berSYUKUR ketika senang dan SABAR ketika tertimpa musibah. Jangan bermimpi hidup di alam khayalan, yang tidak ada sakit, tidak ada kemiskinan, tidak ada kesedihan, suami yang tanpa cela dan teman tanpa aib. Perkara seperti itu tidak akan tercapai selamanya.

      Oleh itu, pejamkanlah pandangan kita terhadap perkara-perkara yang negatif, kekeliruan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain dan tujukanlah pandangan kita hanya pada sisi-sisi positif lagi baik yang ada pada mereka.

      Tetaplah kita berbaik sangka, berpura -pura tidak mengerti dan berpegang teguh hanya pada Allah swt. Jangan sampai kita berpegang pada manusia, kerana sesungguhnya merek tidak layak untuk dijadikan pegangan dalam sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah swt.


      Allah swt Berfirman:
      "Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah......" (Surah Al-Jathiyah:Ayat 19)


      Bekalan: Jangan biarkan ada sudut gelap dalam kehidupan anda, kerana cahaya itu sudah ada dan anda hanya perlu memicit suis untuk menyalakannya.

      Wednesday, September 4, 2013

      Sharing: Lilin Harapan

      Sebuah kisah tentang 4 lilin yang menyala, satu persatu lilin tersebut habis meleleh dan mulai  redup,  suasana terasa begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
      Yang pertama berkata :
      Aku adalah DAMAI.
      Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!! Demikianlah  sedikit demi sedikit lilin itu padam.
      Yang kedua berkata :
      Aku adalah IMAN.
      Sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala. Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
      Dengan sedih yang ketiga berbicara :
      Aku adalah CINTA.
      Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya dan sekitarnya. Tanpa menunggu lama, maka matilah lilin ketiga.
      Tanpa terduga, seorang anak masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam. Karana takut akan kegelapan , diapun berkata :
      Apa yang terjadi? kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan! Ia menangis.
      Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : Jangan takut, janganlah menangis, selama aku masih ada dan tetap menyala, kita tetap dapat menyalakan ketiga lilin lainnya. Akulah HARAPAN.
      Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.
      Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN. Harapan yang ada dalam hati kita, dan semoga kita bisa seperti anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan Iman,Damai dan Cinta dengan HARAPAN-nya...
      Notakaki: Ya... Harapan tidakkan pernah mati.. kerana ia sentiasa ada... Tetap dihati...

      Jangan Lupa Namaku

      Walau aku tidak bersamamu
      Jangan engkau lupakan diriku
      Walau aku tiada di sisimu
      Jangan engkau lupakan namaku

      Kerana...
      Aku mengingati mu
      Kerana...
      Aku men’cintaimu...

      Andai aku
      Bisa bertemumu
      Dengan senyum ku tadah syukurku
      Andai aku bisa menyentuhmu
      Air mata pasti deras gugur

      Kerana...
      Aku merindui mu
      Kerana aku sentiasa
      Menyintaimu oh sepenuh hati

      Walau kamu
      Jauh di mataku
      Jangan aku hilang dalam kalbu
      Saat kamu samar mengingati
      Jangan aku terus kau lupakan

      Kerana aku
      Sentiasa mengingatimu
      Kerana aku
      Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...

      Andai aku bisa memelukmu
      Pasrah aku tabah diujimu
      Andai aku bisa dicintai
      Dengan rela menyerahkan hati

      Kerana...
      Aku merindui mu
      Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu.

      Ps: Layannnn......

      Monday, September 2, 2013

      Sharing: Mudahnya Menjemput Rezeki

      Amalan membaca Surah Al-Waqiah boleh membantu untuk menjemput rezeki.
      Dibawah ini cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

      1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
          Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya " (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
      2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
      3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
      4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

      Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

      Bacaan Doa Surah Al-Waqiah

      “Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

      Selain itu, Amalkan Solat Dhuha Setiap hari.. Insyaa Allah.. Allah Akan memudahkan dan memurahkan rezeki kepada kita.

      Khasiat Surah Al-Waqiah

      Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
       .
      1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
      2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
      3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
      4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
      5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
      6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
      • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
      • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
      • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
      • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
      • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
      • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
      7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

      Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

      8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

      Bacaan Lanjut: Fadhilat Al-Waqiah

      Sunday, September 1, 2013

      Coretan Malam: Untukmu Yang Senantiasa Dihati

      Malam semakin larut, mata minta dilelapkan. Pantasnya tangan mencoret sesuatu yang ada dihati. Sekadar coretan di blog sendiri.

      Selangkah kaki itu tuk berlalu pergi...
      Tidak kulangkah juga kaki ini tuk mengikuti...
      Cukuplah sekadar hati mengikuti bersama doa yang sering mengiringi
      Ditiap langkahan dan jejak kaki itu

      Bukan bijak untuk menyusun kata
      Mempamir ayat indah tuk memujuk rasa
      Namun sekadar fakta yang tiada auta...
      Jauh sekali tuk meriak kata...

      Kebahgian itu adalah pelbagai rasa
      Dinikmati dengan pelbagai cara
      Dihayati dengan fikiran yang bijaksana
      Diraikan dengan hati yang tiada berbelah rasa

      Biarpun masa semakin tiba...
      Dan keadaan yang memaksa untuk tidak boleh berbuat apa-apa
      Seringkali tertanya-tanya
      Apakah kan itu akhir jalan ceritanya
      Sebuah kisah antara dua dunia
      Antara hati yang saling terasa
      Antara keinginan yang sering xtercukupkan
      Antara kesal dan sesal
      Antara dua pilihan....

      Tak mampu memikirkan semuanya
      Kerna diri tak mahu mengakhirinya
      Tetap disitu dengan niat yang pertama
      Bukan diri yang meminta tetapi dipaksa tuk menerima...

      Namun doa kan sering mengiringinya
      Kebahgian buat insan yang disayangi segala
      Moga segala menjadi tanda...
      Bahwa tak semudah yang disangka
      Jika sering mengikut kata hati tatkala suka
      Beredar tatkala rasa tak mampu hadapinya
      Membiarkan amanah ditinggalkan segala
      Moga diberi petunjuk olehNYA..
      Diri tidak akan bicara apa-apa
      Kerna kata ini hanyalah layangan angin
      Doaku semoga bahgia...
      Moga tiada balasan yang ditimpa
      Atas segala yang telah terjadi...

      .........

      Esok waktu mungkin ada dan mungkin tiada
      Namun kaki ini harus melangkah
      Biarpun dengan penuh susah segala
      Bersama permata hati yang minta dikasihani
      Amanah yang harus dijaga rapi
      Tanda cinta kasihnya Ilahi
      Dalam ikatan yang terjalin suatu ketika
      Ayuhlah kita bersedar diri sayang...
      Bahwa mungkin sudah kita tak diperlukan lagi...
      Bukan kerna kita yang memilihnya...
      Tapi itu yang telah diberi
      Oleh tempat kita berteduh hati
      Mungkin demi bahgia tuk hatinya
      Ayuh sayang....
      Sedikit hari cuma....
      Kita bina semula mahligai yang kian punah
      Hanya kita berdua selamanya...
      Ayuh tidur sayang....
      Temani mu sepanjang waktuku....
      Selamat malam sayangku...

      ..............

      Notakaki: kalau dah menulis memang xingat... Ibarat seorang karyawan menulis apa saja yang terlintas difikiran dan terasa dihati... Kerna keaslian rasanya hilang apabila ia diedit.... So... No edit..edit.. Still virgin art...

      Sharing: Bersederhana dalam mencintai atau membenci.

      Bagaimana menjadi seorang bersederhana dalam mencintai atau membenci?


      Bagaimana kita menerapkan prinsip wasatiyyah dalam membenci? Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap seseorang. 

      Ajukan soalan di dalam hati: Mengapa Aku Membencinya?

      Seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci orang lain. Dia hanya merasakan kebencian setiap kali melihat atau mendengar nama orang itu. Namun jika ditanyakan sebab kebenciannya, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.

      Sikap "membenci tanpa sebab" ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan, Bahkan, orang seperti ini sebenarnya sedang menderita sakit jiwa yang harus segera diubat.

      Ada juga orang membenci kerana ikut-ikutan. Fenomena ini biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sama seperti sebelumnya, sikap ini bukan sikap islami yang layak ditampilkan oleh seorang Muslim.

      Sesetengah orang lain tahu faktor ia membenci orang lain. Mungkin kerana ucapan atau perbuatan orang itu yang pernah melukai perasaannya. Untuk orang seperti ini, soalan berikut harus diajukan kepadanya: 

      "Apakah kebencian itu berpatutan dengan kesalahannya?"

      Seringkali kebencian kita jauh lebih besar daripada sebabnya. Perkara yang sangat remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur, padahal sikap ini sangat digalakkan oleh agama kita.

      Orang yang lebih dahulu bertolak ansur dalam persengketaan petanda kebenaran berada dipihaknya. 

      Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara kedua-duanya adalah orang yang terlebih dahulu mengucap salam. " (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub)

      Islam melarang kita melampau dalam mencinta dan membenci hingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran.

      Firman Allah SWT:
      Wahai, orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Ma'idah 5: 8)

      Bacaan lanjut: Solusi Isu #29


      OMG! Not Ready Yet?

      OMG!!!!
      Masa dah semakin hampir dan terlupa...
      I'm not doing anything.... No preparation...
      Am i not ready yet?
      Masa cepat berlalu.... Tak sedar pun...
      Bila terlalu memikirkan hal yang satu lagi, hal yang lebih penting dah lupa... Dan terabaikan...

      Walaupun sempat lagi nak buat preparation, kata hati sayelah.... Tapi larat ke dalam keadaan mcm nie. Lonely! We don't know what will happen next!
      Yakin boleh sahaja lah... Ditinggal sorang dekat tepi jalan pun Allah swt bantu jaga kita... Inikan pula sekarang... Kata orang bila kita dalam kesusahan, dan setiasa mengharap dan berdoa kepada Allah swt, DIA akan bantu kita.

      Dan... Doa-doa orang yang dalam kesusahan dan doa-doa orang teraniaya ni dimakbulkan...Tapi... Yang penting niat kita. Allah swt takkan beri ujian atau kesusahan melebihi dari kesanggupan dan keupayaan kita.

      Emmmm tak mengapalah... Insyaa Allah... Semuanya akan baik-baik... Fikir positif sahaja... Kite tak bersendirian sebenarnya kerana kita ada Allah swt... Kita ada Malaikat dikiri dan kanan kita... Yang baik balasnya baik... Yang berhak membalas adalah Allah swt... Waulahualam...

      To be continued........

      Notakaki: Bila fikir semula... Allah swt sedang memperlihatkan apa yang kita tak nampak atau lihat sebelum ini. Allah swt sedang memperlihatkan antara yang haq & batil. Senyumlah dibalik kepahitan rasa. Gembiralah dibalik tangisan air mata. Kerna disitu terdapat cahaya. Allah swt telah memberikan sesuatu.. Anugerah yang tidak terhingga disebalik ketulusan dan ketaatan... Hadirnya ia kerana apa, rezeki dan nikmat Allah begitu luas. Hargailah ia. Kusedang menghargainya kerna ia satu-satunya nikmat dari nikmat Allah swt sebelum itu... Syukur Alhamdulillah...

      Pagi Yang Indah

      Assalamualaikum dan selamat pagi blogger semua.... Emmm hari nie hujung minggu... Aktiviti apa hari nie... Gi lah beriadah bersama keluarga... Eratkan ikatan silaturrahim... Esok dah mula kerja....

      Pagi lagi dah jengok blog... He..he... Biasalah... Pagi-pagi macam nie... Hirup udara segar kekampungan... Wah.... Rileks yang amat.... Jauh dari bising....

      Jenguk dapur ada durian sikit dalam bekas... Emmmm so suweeeettt.... Rasa nak je ambil makan... Tapi tak boleh pulak... Bahayes.... Sabar jelah... Buka icebox pun ada durian freez.. Aduhh... Sabar..sabar ye... Tahun depanlah kite boleh makan...

      Harus jaga kesihatan yang teramat tidak sihat ni. Tapikan... Terapi paling baik adalah dengan tidak memikirkan masalah kesihatan kita... Kita fikirkan yang kita sedang sihat... Jadi peratusan untuk sihat lebih tinggi... Kerana emosi akan mempengaruhi minda... Bila minda kita sihat, otak jadi cergas... Fikiran tak terganggu... Jantung pun sihat.. Darah pun jadi ok....

      Emmm logik ke?

      Apa-apa jelah... Mudah-mudahan semuanya baik-baik sehingga tiba waktunya demi yang tersayang... Andai jadi apa-apa... Kuasa Allah swt ... Tetapi asalkan kamu selamat.. Semuanya demi kamu.....

      Ok... Jom breakfast...  perut minta diisi... Oh adik-adikku... Silalah bangun... Sarapan dah ada.....

      Notakaki: " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha"


      Lama meninggalkan dunia blogger

      Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...