| DASHBOARD | HOME | TUKAR LINK |

Sunday, September 11, 2011

Kerja lagi yer..

Hari ahad masih kerja lagi... Hari offday pun macam tak offday pun.. he..he.. Biasalah kerja macam nie.. Yang penting hati ada ikhlas maui kelija ma.... Kalau talak kerja... mau makan apa ma? Takda olang mau bagi makan free ma... Semua duit ma... Utang keliling pinggang pun talak guna ..pasti kene bayar juga ma... Nanti mau mati talak senang wo... Ayarrkkk.. apa merepek aja nie...

He..he... sekadar mengisi kebosanan bekerja di hari ahad... huh..huh.. Esok nak kene gi check kesihatan lagi... Emm macam dah sihat jer... Boleh tak kalau tak pergi... "incik dokter.. saya dah sihat rasanyer.. tak perlu kut nak check up lagi..." " awak doter ker.... saya yang doktor..." he..he.,..

Gila tuh... nak kerja lagi.. nak check up lagi... hurmmm... jauh tu... apa-apa jerlah... tapi kene buat jugak.. kalau tak.. sampai bila tak tau... he..he...

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan dan Taulan

Bahang hari raya masih lagi terasa walaupun hari ini sudah mencapai hari raya yang ke-6... Masih lagi terdapat aktiviti kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.. Biasalah adat ziarah menziarahi harus diterapkan lagi.. Masa inilah kita semua menziarahi rakan-rakan kerana hari lain tentunya kita sedang sibuk bekerja.. dan masing-masing sibuk dengan urusan yang tiada pernah berkesudahan.

Anne pula hari raya pertama dah demam.. Tak berjalan mana-mana pun.. duduk berehat dirumah sahaja.. Tapi raya kali ini terasa sunyi... Biasanya hari raya pertama, rumah memang penuh dengan adik beradik.. riuh rendah.. bergosip-gosip.. terutama malam raya.. tapi kali nie tidak.. Masing-masing dah berkeluarga.. Jadi kene bertolak ansur..

Apapun.. Kita harus bersyukur terutama kepada yang masih lagi mempunyai keluarga dan ibu bapa.. Pulanglah beraya bersama keluarga.. mohon ampun dan maaf terhadap kedua orang tua kita. Hargailah saat-saat mereka masih lagi ada didepan mata kita.. Bayangkan pada mereka yang telah tiada.. Pasti terasa kehilangan dan kekosongan..

Janga hanya pada hari raya sahaja kita kunjungi mereka.. Harus diteruskan walaupun dihari yang biasa.. Agar ukhwah anatara kita terjalin mesra..Apapun.. Selamat hari raya.. maaf atas segala silap dan salah sepanjang anne menulis didalam blog ini.. Maaf andai ada yang terasa... Selamat Hari Raya Aidilfitri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pesanan Pemilik Blog
1: Sebarang gambar & paparan dalan blog ini adalah dari pemilik blog, kalau adapun dicopypaste dari google
2: Sebarang pendapat di blog ini juga adalah pandangan dari penulis blog sendiri dan ia mungkin berubah mengikut keadaan dan situasi semasa.
3: Sebarang maklumbalas sila ajukan pertanyaan melalui emel ansof86@gmail.com

MY ONLINE STUFF (Sampingan)